sedng pali melayan lagu The Cranberies sambil diselang seli dengan lagu asal Hallowed Be Thy Name nyanyian pemilik asal sambil diselang seli dengan lagu Gadis dan Bunga nyanyia Rahimah Rahim..pikiran pali melayang...semasa beliau masih belum bersunat..
zaman dia masih belum bersunat tuh..memang banyak band-band metal yang ada kaver album yang menakutkan..setakutnya pali melihat kaver novel siri bercakap dengan jin karya Tamar Jalis. ngan tengkorak hidupnya..ngan darah..yang penuh elemen horror and death...fuh!!buleh wat pali kecut teloq...bak kata orang kampung dia..
dan masa belum bersunat tuh...ada satu band metal ja yang pali tau and penah dengaq..iaitu Iron Maiden..yang man selalunya orang akan pronounce..Ayen Mydin..ha'ah..betoi sangat laa tu..
satu hari..pali cuba telah memasang secara curi-curi chupke-chupke kaset iron maiden milik abang kepada kawan kepada abang long dia dia punya kawan..emm..ok la...tak ketahuan apa punya lagu..lantas pali pun katup la..baik dia layan sesame street lagi dia paham..aah..dunia semua tu..lagho2!!
petang tu..masa abang long dia dok melepak sembang-sembang ngan kawan hat sebaya ngan abg long dia..pali pun memasang telinga terhadap perbualan.mengenai Kaset Ayen Mydin hat dia dengaq pagi tadi..antara isi kandungan penting adalah..:
'kawan abg aku penah kena kacau ngan hantu sebijik macam dalam gambaq ni.dia mai rumah..lepas dia pasang kaset Ayen Mydin ni..'
'klu hangpa nak tau...penyanyi kumpulan ni penah mati...dia hidup balik terus jadi penyanyi..sebab tu gambaq-gambaq kat kaset dia suma ada hantu..'
'aku dengaq..kalau ada sapa-sapa dengaq lagu dalam kaset ni..konpem..hantu dalam gambaq ni idup..dia mai cari malam-malam..tapi..kalau malam tu tak dak papa..selamat laa..dia mai time malam, hari kita dengaq kaset dia'
'aku dengaq orang penah kata depa ni semua hantu...tapi hat datang kacau orang malam-malam tu..hat hantu gambaq kat depan ni laa...uish..takut aku..sebab tu aku x berani nak dengaq lagu dep[a..'
'ada orang cakap satu lagu dia..jangan dengaq..sebab lagu pasai orang mati...orang hat dengaq lagu ni..suma mati pas dengaq lagu ni..-sambil menunjukkan tajuk lagu yang sampai la ni pali ingat..- HALLOWED BE THY NAME- ' cuma masa ni pali tak reti nak sebut ja tajuk lagu tu..
jadi..sebagai budak hat tak bersunat lagi..of kos...agak tergugat la kejantanan dia..risau habaq hang..dia muda lagi...sunat pun belum..takkan hantu tu nak datang bunuh dia kot.berbagai permasalahan sosial berlaku tatkala itu.cuak bhai!!cuak!!sebab hat sembang tu semua orang besaq dari pali..walaupun depa baru masuk sekolah menengah..SRP pun tak amik lagi..
tapi..pali maintain kool..kalau la petang tu petang last dia kat muka bumi..dia nak main puas-puas..sebab nanti hantu ayen mydin mai cari dia...hukhukhuk...
bila malam menjelma..pali tetap cuak..tapi..dia wt rilek..dia kalau buleh tak mau terlelap..kalau dak..nanti hantu ayen mydin mai..senang la nak bunuh dia..duss!!tapi..pali gagal..dah siang hari berlari keliling kampung,konpem-konpem malam-malam tewas awai..tak dan tengok Dunhill Double pali dah sign out from chat..
bila pali sedaq pagi sok..
'eh..aku idup lagi..eh.hantu ayen maiden tak mai ka semalam?'getus pali sendirian..
'ka dia tak jumpa cari aku..?fuh...selamat!!!'tak tau nak habaq betapa leganya pali..
itu masa belum bersunat..
pas dah sunat..
HAMJAD!!!!kan lambat pali layan metal..dek ada hamjad-hamjad yang sebut Iron Maiden pun tak betoi..sebab depa jugakla..pali tak berani dengaq lagu Zombie nyanyian The Cranberries.cilake lahanats hamjads!!!
Monday, February 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment