Friday, February 18, 2011

Sikap

Untuk entry kali ni,aku nak sentuh pasal Ops sikap.Hangpa tau dak ops sikap? ikan siakap hangpa tau? Kap pun kap?
3,3 tu takdak kena mengena pun di antara satu sama lain.Jadi sebelum aku meleret jauh dengan hangpa dok nganga taktau apa.
baik aku huraikan dulu apa itu ops sikap.

Ops sikap ni adalah ops yang dilancarkan oleh polis bersama- sama agensi lain pada tahun 2001.sebelum ni nama dia ops statik.cuma la ni trend dia cuma pada 2 musim
perayaan besaq ja iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.Tapi ada jugak ops sikap yang dibuat sempena perayaaan lain.
Tapi pendek cerita musim perayaan laa dan tempoh ops selalunya 2 minggu(1 minggu sebelum perayaan dan 1 minggu selepas perayaan)
paham suma sekali?!!!

Kenapa ops sikap ni diberi nama ops sikap? jawapannya mudah.pasal sikap kita.sikap rakyat Malaysia.

Sikap kita yang dok kira kepala sendiri,otak sendiri saja.Kita pikiaq kita saja.

Kita pikiaq kita ja nak cepat sampai.

Kita pikiaq kita saja ada kampung,ada destinasi nak dituju.

Kita pikiaq kita ja ada keluarga,adik beradik,sedara2,kulaan yang kita nak ziarah.

kesimpulannya,kita pentingkan diri kita saja.

Pengalaman aku memandu semasa ops sikap antara benda- benda bangang aku dok tengok pemandu kita buat adalah:-

1) Menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya-ini mmg celaka dan bangsat.hangpa tau dak guna lorong kecemasan tu? apa hangpa mengaji masa ambil lesen dulu?
Kot hangpa terlupa mai aku nak peringat.dah nama pun lorong kecemasan.dah tentu la untuk tujuan kecemasan.ini dak,hangpa p drive kat lorong tu.
mai ambulans nak lalu amacam? bomba amacam? JPAM(jamban pam) amacam? bila geng2 ni sampai lambat hgpa marah,hangpa hingaq kata lambat.Pasal yang
eksident tu bukan adik beradik hangpa? bukan sedara hangpa? sapa yang dok wat
lambat tu ? lorong asal dari 2 jadi 3.Bila polis dok tunggu kat depan baru hangpa kelam kelibut nak masuk balik lorong asal.ganggu abis kenderaan lain.
kalau dengan aku,memang aku tak bagi chance.pasal apa? pasal hangpa yg bangang!

2) Memandu dengan terhegeh-hegeh- hangpa jangan ingat bawak deras ja bawak masalah.yang terhegeh- hegeh pun masalah jugak.Dak tau keta hang tu slow,tak power,
dok la lorong kiri.lorong kanan untuk keta yang power,laju dan berkuasa tinggi.

3) Memandu macam ribut- oit,hang tau dak had laju? mau kena saman nanti hang hingaq.padahal hang yg salah.tp aku ada 1 pesanan kat sini.Kalau hang rasa hang
banyak sangat duit,taktau dah nak buat apa.bawak la laju2 pastu bayaq la saman.paling kurang hangpa menjana kepada pendapatan negara.ada bagus gak tu.

aku rasa cukup la setakat ini.meluat plak rasanya aku nak tulis panjang- panjang.

1 comment:

wAwA^cHan said...

xde komen.
tp nak like jek :p

xde button like la plak, tpakse komen. :p