Wednesday, February 2, 2011

Wayang

Malam itu dirasakan amat tenang dan dingin.

Rambut Ali yang baru berjinak- jinak nak jadi rockers meliuk lentok di buai bayu utara.

Di sinari sinaran lampu jalan, wajah ali yang kecina - cinaan kelihatan persis Jet Li.

Ketibaan Ali melengkapkan perjanjian jejaka - jejaka flat utk pogram malam ni.Pian,Mat Kerang,Bulat dan Ijai a.k.a Lijoi
awal lagi dah sampai.Logistik pun dah bersedia.Depa nak menuju ke P.B bak kata Tomoko.Pali panggil Parit Buntaq.
Buat julung- julung kalinya depa merencanakan aktiviti ini iaitu menonton wayang.

Sorotan perbincangan pada petang tersebut.............

"Tiket berapa duit Mat Kerang? " Ijai melontarkan persoalan.Pemilik nama yang sama seperti ex-husband Nora Danish ini
tidaklah memiliki helikopter tapi memiliki kapal.Buat gadis- gadis pembaca yang berminat boleh la menghantar resume/profile
ke pengarang blog ini.

"Rasa - rasa aku dalam 4 ringgit ja kot.Murah ja lijoi oit" Malek memberi kenyataan dan keyakinan diri kepada Ijai.
Ijai ini amatlah pemalu dan bersopan santun orangnya.Hattan nak makan pun,dia bersimpuh persis gadis melayu terakhir.

"Awek ramai dak awek? Ada awek baru best" Ijai bertanya lagi.

"Bebudak sekolah ramai ar.Nak awek hg p Taiping Central la oit.Wayang yang kita nak p ni wayang besa2 ja.wayang zaman P.Ramlee nu.Lambang
Shaw`S Brother dok ada lagi kat bumbung dia" Balas Bulat plak.Dia mmg terer line2 Parit Buntaq pasal dia salu menarik
cikar - cikaro ke situ.

"Bebudak sekolah ar best.Dapat nombot leh layan sms.hehehe."Getus Ijai lagi.Bebudak sekolah memang taste beliau.

"Filem apa yg kuaq la ni?" Tanya Pian

"Err...Kuliah Cinta lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU" Balas Mat Kerang yang telah diarahkan membuat kerja - kerja recce pada pagi hari itu.

"ok ka tu? Macam x best ja " Balas Pian.

"Layan p ar.Dari xdak apa2 aktiviti" Respon Bulat dalam menegakkan betapa perlunya aktiviti tersebut dijalankan.

"Malam ni lepas maghrib.kita kumpul sini.pastu baru gerak.Ok? " Pian lantang menyuarakan cadangan.
"Jadi ar" balas Ali yang dari tadi mendiamkan diri.

Kembali ke kejadian sebenar.....

"Jom kita p.semua dah ada ni" Pian dah mula bersuara..

Maka,remaja - remaja berkenaan mula mengatur pergerakan ke kenderaan masing - masing.Lantas memulas throttle/pendikit minyak
meluncur ke Pawagam Kapitol, Parit Buntaq.

setibanya di sana,mereka pun park kenderaan mereka.

Lantas menuju ke kaunter untuk membeli tiket.Bagai yang dikata Mat Kerang mmg harga tiket dalam RM 4.00 sahaja.

Setelah membeli tiket,depa menuju ke dewan tayangan.

"err..nak dok mana ni wei? Takdak nombor pun tiket ni " tanya Ali

"Dok la mana pun.Aku rasa x ramai tgk malam ni" Balas Mat Kerang kerana beliau tau malam itu bukanlah malam minggu ka apa ka.

Setelah mengambil kedudukan masing- masing dan menunggu filem ditayangkan.

Masing - masing begitu teruja dan gembira berada dalam wayang itu.Maklum la pertama kali ke pawagam.hehehe

Setelah 45 minit berada di dalam panggung.

"fuh...cemuih aih.err...leh isap rokok dak dalam panggung ni?" tanya Pian kepada Mat Kerang

"Ish...mana boleh.Ni tempat awam ar.Leh kena saman ooo" balas Mat Kerang.

Tiba - tiba......

Ali dengan bersahaja mengeluarkan sebatang rokok cap singa kembaq lantas mencucuhnya tanpa rasa was- was.

Tindakan Ali itu mengejutkan kawan-kawannya.

"Ha tu Ali selamba ja.Boleh kot." jawab Pian

Pian tanpa membuang masa mengeluarkan rokok beliau lalu dicucuh sehingga mengeluarkan kepulan - kepulan asap yang bisa membentuk persis awan kumulus nimbus.

Diikuti oleh Mat Kerang,pastu Bulat,pastu Lijoi

Tamat tayangan filem..

Di lokasi parking..


"Boleh ka hisap rokok dalam wayang ni Ali?" tanya Pian

" Ntah aku pun tak tau.Dah aku sangap nak hisap,aku hisap ar.hehehehe"ringkas jawapan Ali

"La..aku ingatkan depa dah longgaq undang- undang bagi hisap dalam wayang dah.Kami elok ja p follow hangg" respon Bulat

Fuhhh........seb baik tak kena kompaun.........

No comments: