kat bagan serai..
banyak sangat sumber ayaq semulajadi yang buleh memberi sumber pendapatan dan hobi..
sebagai contoh yang nyata lagi hakiki..
adalah ban ngan sungai kurau..
dua-dua tempat ni memang port orang bagan serai laa..
kalau kat ban..buleh la nak dapat lampam ka,teruboi ka, kaloi ka, kepaq kaa, temakang ka..
kalau p sungai kurau..
kat belakang kampung kamal tu..samada p kat pengkalan kt belakang tu..x pun..kat belakang umah cina gila ka..
buleh la..nak cari udang kaa..or ikan-ikan ayaq tawaq yang x bersisik..cam baung..
cuma..
kalau mengai ikan kat belakang kampung kamal tu..
dan kena pulak musim ikan mengawan..
ikan feveret yang akan menghabiskan umpan adalah.
ikan temekung..
spesis ikan tak bersisik yang adik beradik ngan ikan duri..
atau nama glamernya adalah..
sangat huduh dan lucah..
sehingga buleh menimbulkan rasa ketidakpuashatian masyarakat majmuk di malaysia..
menyebabkan pali tak buleh nak taip nama glamer tersebut..
'aish!!asyik2 ikan ni ja naik..tak dah ka anak baung ka nak sambaq?!'getus jan yang agak emosi kalau mengai ikan.
pali ngan yan cuma diam dok usha mengai depa sambil dok sedut asap dunhill yang masih murah gila babeng time tu..rasa cam nak tidoq pun ada kalau mengai kat pengkalan kat belkang kampung kamal tu,ngan keredupan dan kerendangan pokok di samping angin2 lembut membantai kulit tubuh..aahhh...*klimaks*
memang masyuk la kalau dok mengai kat situ,sebabnya..kalau mengai kat ban..memang tiada tempat berteduh..maka..dengan wajibnya..la budda mengikut bahasa arabnya..kalau p mengai kat ban..pali selalunya mengenakan topi apek hat ada tulis XPDC tu..bagi mengelakkkan sun burn..dia mana penah pakai sun block..dan masa tu pun dia tak tau sun block tu ada.
dalam dok sedut asap dunhill tu..
mengai yan ngan pali dok kena cagut gak ngan ikan..
yan dan jugak bawak naik sepit udang walaupun udangnya x dapat..
pali..dan karau buh umpan ja..sebab hantu ayaq dok makan umpan dia.
jan..kerap dok karau mengai dia yang semedang sangkut ikan temekung.
ikan temekung ni menjadi satu ikan yang tak feveret dek ikan tersebut dipercayai suka memakan sisa toksik buangan badan manusia..aka..taik manusia..sebab tu jan marah sangat kalau mengai dia dapat ikan tuh. tapi hat pali ngan yan pelik..tak pulak jan tauk balik ikan hat dia tak mau tu dalam ayaq balik.
pali ngan yan masih macam tadi..
dok sedut dunhill sambil membicarakan gelombang REFORMASI Anwar Ibrahim..
sambil membicarakan..
awek2 hot kat SABAR ngn SMAI hat masih single..
sambil membicarakan pasaipa masjid lama tak buat makan ari khamis malam jumaat.
Jan masih berperang ngan sambaran ikan temekung yang semakin menjadi2..
sedang ralit pali ngan yan berbicara..
terdengaq bunyi jan mengomel sorang2..
sambil dikeluarkan pisau lipat sekupang yang dia baru beli..
lantas..
dibelahnya perut ikan temekung tu idup2...sebiji cam orang besiang ikan nak buat gulai.
dikeluaqkan segala isi perut ikan tu..
siap ja sekoq disiang ikan tu..
jan mencapai pokok kiambang hat hanyut tumbuh meliaq kat situ..
dipacakkan akaq pokok kiambang tu kat duri ikan yang telah disiang tadi..
dan dilepaskan semula dalam ayaq..
sambil menjerit..
CATCH AND RELEASE!!!!!
pali ngan yan..
terdiam ja...sambil dok sedut asap dunhill lagi..
dalam situasi tergamam dek kekejaman jan.
gila emosi hg jan mengai dapat temekung..
Sunday, February 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment