Wednesday, March 14, 2012

dulu matrik PJ tempat gua tidoq

tahun 2002, selepas parents gua melepaskan gua keseorangan dalam Bilik 316,Blok UKC, Matrik PJ, gua dengan spontan cucuh rokok sebatang, dunhill bhai..

gua merenung jauh luaq tingkap, melihat wajah-wajah innocent budak-budak baru abes SPM sama cam gua..ada yang riau terisak-isak...ada yang terpacak sunyi kat bawah khemah fasilitator, ada yang kelihatan termengah-mengah mengusung beg pakaian...bermacam ragam.

abes sebatang, gua baru berura-ura nak kemas bilik,tapi kemas bilik lancau apa awai-awai lagu ni..jadi, gua terus keluaq bilik, sebab takdak lagi roomate gua melapor diri kat gua..niat dihati nak riki jamban kolej..itu adalah tempat kedua terpenting selepas katil gua...jamban hancuq bermakna kehidupan gua akan terancam.tapi, disebabkan kolej UKC ni didiami oleh lelaki-lelaki terpilih, maka, bersih dan indahlah jamban itu.

gua patah balik ke bilik gua...niat dihati nak cucuh sebatang lagi...tak dan masuk bilik...pintu bilik depan bilik gua terbuka.

lantas terpampang wajah seorang remaja cam gua gak, tapi berkopiah..gua senyum...

salam bukan buah kilas 3 line gua hulurkan pada remaja tersebut..

gua mestila kena beramah mesra ngan budak ni, sebab dia ni akan jadi jiran gua nanti..tak gitu?kalau ada menda gua tak cukup buleh pinjam-pinjam dulu kan?lagipun duit gua reja ngan ah so dulu mana dan nak simpan...

jadi..gebang punya gebang..bertukaq maklumat diri..

rupanya mamat tu berasal dari kuala nerang kedah..maka gua buleh cakap utara ngan penuh rasa senang lenang tanpa sebarang kerisauan..gila pa kalau aku tiba-tiba nak cakap key el..tak balik bandaraya bagan serai la habaq hang.

sedang rancak gua mengencing jiran baru gua tadi..datang satu mamat berkopiah gak..ngan wajah innocent gak..memberi salam..

besala..bila dah salam...memperkenalkan diri..maka terjadi menda sebegini...besala..budak-budak sekolah agama, gua sekolah sekular...



tu la 1st and last gua sembang ngan jiran bilik gua..nok harrom betoi!

Sunday, March 11, 2012

malas buh tajuk V

i went to the room before lunch..

i sat on your chair..

i looked into your drawer..

i read every single words on your whiteboard..

i read the shit that i wrote on your wall..

smiling but crying..

i know..

you were there..

yup..you were there..

Sunday, February 12, 2012

Sikap dan peel

Terus - terang aku cakap dengan hangpa semua, sejak berkenderaan sendiri ni aku jarang sekali naik pengangkutan awam ni. Tak kira apa jenis sekali pun.Bukan niat aku nak berlagak, nak eksen ka apa ka.Tapi aku rasa lagi mudah dengan naik kereta aku tu.Walaupun tak la semewah, semahal mana. Tapi tak pernah pulak kereta aku tu buat hal hatta semasa melalui jalan Gerik sekali pun.Hehehehe.Banyak dah jasa kereta tu dengan aku.Tapi pengalaman aku menaiki kenderaan awam selama ni, ada sekolompok kecil penumpang - penumpang pangangkutan awam ni yang pada aku bersikap agak menjengkelkan dan cuba membuat pengangkutan awam itu macam bapak dia punya.Antaranya ialah:-

1) Lubang aircond tu nak tala kat dia semua - Orang lain pun tau gak rasa hangat bro.Hang tala aircond hang sudah la.Tak payah la tala hat orang kat hang.

2) Gantung beg tangan, porch bag, dll kat seat penumpang hadapan - Ini memang perangai yang agak haram jadah bagi aku.Kot hang banyak sangat beg, Hang simpan la kat tempat bagasi tu.Dak pun hang gantung ja la kat seat hang.

3) Bawak patung beruang, ikan lumba- lumba, katak puru,beruk untuk teman tidoq - Gadis - gadis selalu buat ni. ni apa jadah ni? hang ingat ni tilam empuk rumah hang ka yang segala mak nenek hang nak bawak naik atas bas?

4) Perturun seat sampai orang belakang nak angkat lutut pun tak boleh - Ni memang jenis nak tua dengan tidoq punya perangai ni.Dia tak kira apa. Janji dia nak tidoq dengan selesa.

5) Bawak kain gebaq yang tak pernah basuh untuk dijadikan selimut - kalau ya pun tak minat pakai baju sejuk, takdak sweater, hang bawak la kain gebaq hat elok dan wangi sket. Ini habis 1 bas bersin kerana hang.

6) Hisap rokok dalam bas - La ni aku tak tau la ada ka dak lagi.Tapi zaman - zaman aku remaja dulu, budak - budak baru nak up suka sangat buat kerja ni masa naik bas merah.Hang pernah buat dak Pali?

7) Bukak kasut yang kaki berbau pekung - ni pun jenis buta perut gak ni.

Cukup la senarai pendek yang aku nukilkan di sini.Kesimpulannya, orang lain juga membayar tiket sama seperti anda. Jadi ingat- ingatlah sama orang lain itu sebelum anda membuat apa-apa tindakan.

Saturday, February 11, 2012

ah so dan asam-asamnya III

'wei..pian..rini buleh balik awai la kan?ah so nak raya cina?'tanya salsabil sambil dok punggah kotak dalam stor.

'tak tau la aku..tapi..ya kot..dia nak makan besaq lagi..uiii..buleh dapat angpau la kita!!'jawab pian sambi menambah ketekunan memunggah kotak-kotak bagi tujuan pembungkusan asam jawa.

gua masih bertinggung memakan gaji buta sambil menghisap rokok dunhill.tahun 2002. murah lagi dunhill masa tu.

'arap-arapla buleh balik awai..dapat angpau...buleh la kita simpan dalam bank untuk jaminan masa depan kita.'gua mencelah.

*pause*

ok..dialog tu gua tipu..hakikatnya..

'arap-arapla buleh balik awai,dapat angpau..buleh main counter strike sejam dua jam..hangpa buleh chatting sampai dapat awek lagi..tak gitu pian?'gua mencelah.

pian renyeh ja...macam la gua tak tau aktiviti dia berchatting di ruang maya mencari kenalan. nak antaq gambaq posing maut kat majalah URTV takut kantoi kena bahan lak ngan rakan selepak..lagipun, mana ada budak Flet berani nak buat menda jadah seperti membeli majalah URTV..buleh rosak genetik..tau dak?kalau komik Ujang edisi bumper tu memang la ada kutu yang beli..

dalam kepala gua..dah terbayang..malam ni gua nak cipta rekod..nak headshot semua terrorist guna pisau..kalau guna pistol tu perkara biasa gua buat..siap la korang semua...getus gua dalam hati...menggunakan slang Key El.

gua tengok jam..aahh..dah dekat pukui 5 dah..buleh pi semayang asaq nih..

gua cari botak..gua miskol henset botak..emm..ok..gua tipu lagi..lancau gua tak pernah pegang henset time tuh..

gua tengok botak tengah tekun bekerja..yaa...bekerja menghabiskan sebatang surya gudang garam..bukan menghabiskan sebarang kerja kat kilang ah so..gua sound botak..gua nak semayang asaq sat..botak angguk..

dengan penuh tawadduk dan khusyu' gua beribadat..hampir 20 minit gua menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Ilahi..

sebelum telinga gua dikejutkan oleh sora botak..

'ebab!!ah so panggil..dia nak bagi angpau aku rasa...'

angpau!!?mata gua membulat bak budak-budak camwhoring lani..pantas gua bangun. dan menuju ke arh botak yang tersenyum riang..

yieeehaaaaaaaa!!!!!

botak ajak gua pi kat tempat amik gaji..ati gua dah berbunga riang..dari kejauhan..gua nampak pian ngan salsabil dah ada kat situ berborak manja dengan seorang pekerja lelaki melayu yang lain.

gua tak prejudis langsung ngan titik masa waktu tu..

gua cucuh sebatang rokok sambil berjalan beriringan ngan botak..

gua nampak ah so kat depan opis dia..tersenyum riang..

membuatkan kaki gua mengorak langkah dengan lebih pantas dan luas..

oh angpau...itu yang bermain di pikiran gua...

*pause*

15 minit kemudian...

'nak harrrommm punya ah so...mati-mati ingat nak bagi angpau..'

'sabaq pali..sabaq'ujar salsabil.

pian senyap tak terkata apa..

botak dok renyeh tengok gua...

sambil kami berempat bertungkus lumus menyiapkan menda alah ni..



untuk kegunaan ah so and family..

angpau ke mana..balik awai ke mana..

jilake punya ah so..nasib gua tak jaga HR lagi time tuh..kalau tak memang masak la lu ah so masa tu..