Sunday, January 8, 2023

2023

dah masuk tahun 2023 ni, umuq pun dah nak masuk 40 dah. 

 

 rutin hidup pun lain sangat dah lani. 

 

     tiap pagi antaq awang pi sekolah, aku akan bersembang ngan dia,walaupun jarak perjalanan tu adala 3 minit ja. tiap kali antaq awang,tiap kali tu la aku akan teringat diri aku sendiri masa umuq dia.masa belum sunat lagi. awang lain la..dia takdan masuk darjah satu steady dah pi sunat. takdak can aku nk gempaq dia sunat guna kapak..luck betoi awang. 

 

     tiap kali ujan pagi mereputla dok beratuq nak masuk pagaq sekolah antaq anak,sebab buleh kata semua parents antaq naik reta, termasuk la aku pun. awal tahun 90an dulu,nak tengok reta beratuq camni memang payah la,yalaa zaman tu bukan semua orang mampu beli reta. so, tiap kali tengok kawan-kawan yang mak pak antaq naik reta aku rasa kagum,mesti syok kan dok dalam reta, ada ekon pulak tu...aku klu nak rasa ekon zaman tu kena pi pasaraya Kedai Kawan kat pekan. ah..Kedai Kawan, kedai paling heaven sebelum Arisun muncul kat bagan serai. 

 

     kalau hujan lagu ni, memang aku ngan abang-abang aku akan pakai baju hujan kaler kuning tu...kayuh gak dalam hujan nak pi sekolah nak elak baju lencun. kerjaya pak aku sebagai bomba ni tak buleh nak manja sangat anak-anak dia dalam bab lagu ni, dah dia reja bomba, dia lebih diperlukan orang awam. pi la kot mana pun, janji kami semua mesti pi sekolah. setakat hujan, apa la sangat, sedangkan masa ayaq pasang besaq sampai bilik ayaq rumah aku dulu pun masuk ayaq still kami pi sekolah cam besa...apa adahal?nasibla rumah aku pun tak jauh mana ngan sekolah,jauh lagi sekolah awang kalau nak banding ngan aku.

 

     dulu mengkalakata pagi hujan tapi masa balik sekolah tu dah tak hujan, mau berejam jugak nak sampai ke rumah sambil dok meniti tepi longkang dok main racing boat daun.kalau kena hari last sekolah, dalam hujan lebat pun randuk sebab tau dah buku tak basah,beg waterproof kot..kasut basah takpa,nanti wiken basuh laa..apa susah. yang penting buleh main hujan. kalau weekend hujan letakla kasut belakang peti ais, nanti kering laa...

 

    tapi zaman lani aku nak bagi keseronokan lagu tu kat anak aku, aku tak yakin ngan environment..manusia tak buleh pecaya. depa nak main kat luaq pun mesti depan mata aku punya. manusia jahat ramai sangat lani. 

 

     biasanya bila dah balik dalam lencun lagu tu, kadang-kadang mendapat jugak habuan dari mak aku,sebab pulun main hujan. tapi kalau balik tu mak aku pun dok basuh tangga guna ayaq hujan...biasanya tak kena papa la..sebab konpem aku akan offer teruih nak tolong basuh tangga jugak..dapat main hujan lagi. rumah aku ada port ayaq pancuq turun..so..kalau masa ujan lebat..ayaq pancuq tu rasa macam ayaq terjun bila kena kepala...nasib tak baik buah pelam pun buleh kena atas kepala,aku tak pernah kena laa...aku hero kot.hmmm..

 

    dan dan terasa teringin nak main ujan balik lani..tapi kalau aku main ujan..princess jelita mesti meraung nak ikut...aku tak buleh..aku kalah teruk ngan dia...so..aku abaikan dulu la main hujan tahun 2023 ni...tunggu princess jelita besaq sikit laa...

 


No comments: