Sunday, September 27, 2015

NILAI SEKETUL LOGAM



Alhamdulillah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah berusia 132 tahun.Kiraan ini bermula dari tahun 1883 dari tertubuhnya Pasukan Bomba Sukarela di Selangor.Umur sebenar? Saya pun tak tahu.Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia yang di sambut pada 4 Mei setiap tahun sekadar menyatakan tahun ia disambut kerana hari berkenaan ialah untuk meraikan anggota Bomba di seluruh dunia.


Bermula dengan penyatuan perkhidmatan Bomba pada tahun 1976,bertukar nama dari Jabatan Perkhidmatan Bomba ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada tahun 1997,jabatan ini terus berdiri megah sebagai agensi penyelamat utama negara ini.



Bermula dengan penukaran nama itu, dari sebuah jabatan yang hanya dikenali dengan tugasan memadam kebakaran, jabatan telah dinaik tarafkan kan dengan pelbagai aset untuk penugasan penyelamatan seperti menyelamat tempat tinggi,mencari dan menyelamat (SAR),penyelamatan di air, penyelamatan udara dan lain - lain lagi.



Tidak ketinggalan pasukan - pasukan khas JBPM telah mula ditubuhkan.Antaranya Pasukan Penyelamat di air (PPDA) yang turut di anggotai oleh penyelam yang berkemampuan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di dalam air,pasukan Hazmat yang ditubuhkan selepas insiden kebakaran kilang Bright Sparklers di Sungai Buluh pada tahun 1993 berupaya menangani insiden - insiden melibatkan bahan - bahan berbahaya dan ancaman pengganas, pasukan Multi-Skill Team (MUST) yang berkebolehan menjalankan penugasan operasi mencari dan menyelamat di dalam hutan dan juga operasi penyelamatan udara.Pasukan medik (EMRS) juga mampu menghulurkan bantuan perubatan kecemasan permulaan di tempat insiden.Penubuhan Unit Udara Bomba Dan Penyelamat pada tahun 1998 jugak merupakan perkembangan baru di Jabatan sekaligus melancarkan lagioperasi mencari dan menyelamat udara menggunakan pesawat.Pasukan Payung Terjun (Smokejumpers) juga dilatih khas di dalam operasi kebakaran hutan.Turut tidak ketinggalan unit - unit lain yang seperti unit pengesan (K9), unit bermotosikal (RIM) dan lain - lain lagi.Yang terbaru pasukan STORM, pasukan untuk Urban Search and Rescue (USAR )Walaupun elaun yang diterima dirasakan tidak setimpal dengan risiko yang di tanggung dan hanya sebilangan dibayar elaun, jabatan ini tetap tetap melaksanakan tugasan tanpa sebarang keraguan.



Di bawah Majlis Keselamatan Negara, JBPM merupakan agensi penyelamat utama yakni Timbalan Komander sekiranya berlaku bencana di darat.Di dalam Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) JBPM juga merupakan antara agensi yang terlibat selain dari Polis dan Tentera.



Di dalam misi - misi bantuan antarabangsa, JBPM ini tidak kurang peranannya.Bermula dengan bantuan operasi pemadaman kebakaran hutan di Indonesia pada tahun 1997.


Jabatan terus menyumbang bakti di dalam bantuan seperti bantuan bencana tsunami di Acheh dan juga kebakaran hutan di Riau.



Di dalam pembangunan negara, JBPM ini turut tidak ketinggalan untuk menyumbang.Mengganggotai Jawatankuasa OSC (One Stop Centre ) Pihak Berkuasa Tempatan sebagai agensi sokongan teknikal.Peranan jabatan ini dalam menasihati PBT terutamanya dalam aspek keselamatan kebakaran projek - projek pembangunan yang akan dijalankan tidak perlu dipertikaikan lagi.



Di dalam soal keselamatan negara pula, JBPM ini sudah mula disenaraikan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Sasaran Penting di bawah Kementerian Dalam Negeri.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga turut menyumbang di dalam aspek pelancongan yang mana juga disenaraikan sebagai Panel Jawatankuasa Pengkelasan Hotel- Hotel.


Terkini dalam program NBOS 7, Jabatan ini sudah mula membina rumah untuk mangsa kebakaran!! wow!!

Dalam memastikan kelestarian perkhidmatan kepada masyarakat, Jabatan sudah mula mewujudkan Pasukan Bomba Bantuan, Pasukan Bomba Komuniti dan Pusat Sehenti Pasca Insiden.Peranan Pasukan Bomba Sukarela pun tidak pernah dilupakan



Malangnya melalui semua sumbangan ini, penghargaan kepada jabatan ini terutamanya kepada pegawai dan anggotanya begitu hambar.Jarang sekali kedengaran pengurniaan darjah - darjah kebesaran negeri dan persekutuan kepada pegawai dan anggota JBPM.Pegawai dan anggota Bomba pula hanya lah mengenal 4 Pingat Kebesaran Jabatan.


Melalui artikel ini, saya mengesyorkan pengurniaan Pingat Perkhidmatan Am (PPA) yang tertakluk di bawah Kementerian Pertahanan dianugerahkan kepada semua pegawai dan anggota Jabatan ini.Pingat yang berada pada kedudukan ke 26 dalam Darjah Kebesaran , Bintang dan Pingat Persekutuan.Pingat yang menjadi asas pasukan beruniform lain seperti Polis dan Tentera sepatutnya turut di anugerahkan kepada pegawai dan anggota JBPM ini.Apa kurangnya kami tidak layak dianugerahkanpingat ini? Adakah pingat ini hanya tertakluk kepada agensi Diraja Sahaja? Sedangkan ada agensi bukan Diraja lain turut dianugerahkan pingat ini dan ada Agensi bertaraf Diraja turut tidak dianugerahkan pingat ini.


Atau adakah pengurniaannya tertakluk kepada agensi bersenjata sahaja.Sedangkan peranan dan fungsi JBPM juga penting setanding dengan Polis dan Tentera terutamanya dalam aspek penyelamatan.Mungkin risiko yang JBPM hadapi bukanlah peluru hidup, bukan letupan bom,namun nyawa tetap kami pertaruhkan.


melalui perhubungan saya dengan Bahagian Istiadat Dan Protokol JPM, ini jawapan yang saya dapat:





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Tuan,


Dengan hormatnya, saya diarah merujuk kepada emel tuan berhubung perkara di atas.


2. Untuk makluman tuan, seperti yang diperuntukkan dalam Statut Pingat Perkhidmatan Awam (PPA), kelayakan penerima PPA ditentukan oleh Menteri Pertahanan, melalui Regulations Governing the Award of the PingatPerkhidmatan Am yang mendefinisikan pasukan beruniformseperti berikut:


Part I


ARMED FORCES OF MALAYSIA


a) The Malaysian Army


b) The Royal Malaysian Navy


c) Royal Malaysian Air Force


d) Malaysian Territorial Army


e) The Royal Malaysian Naval Volunteer Reserve


f) The Royal Malaysian Air Force Volunteer Reserve






Part II


UNIFORMED SERVICE OF MALAYSIA


a) Royal Malaysia Police (including Women Police), the Special Constabulary (including Women Special Constables) and Extra Police Constables


b) Auxiliary Police


c) Police Volunteer Reserve (including the Special Constabulary in Sabah and the Auxiliary Police in Sarawak)






3. Dalam hubungan ini, JBPM tidak tersenarai dalam kelayakan yang boleh dipertimbang untuk dikurniakan pingattersebut.










Terima kasih jua.






xxxx binti xxxxx


Unit Pengurusan Penganugerahan Bintang dan Penyelidikan


Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa


Jabatan Perdana Menteri.


2 Mac xxx







Jawapan ke dua pula:-






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Tuan,



Dengan hormatnya saya merujuk kepada kepada emel tuan mengenai perkara di atas.






2. Untuk makluman tuan, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan PingatPerkhidmatan Am (PPA) merupakan Pingat Persekutuan yang dianugerahkan kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform iaitu Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia seperti yang terkandung di dalam kedua-dua Statut pingat tersebut yang telah diwartakan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tidak tersenarai dalam senarai penerima yang diwartakan tersebut.






3. Penganugerahan PPA pada dasarnya adalah kepada Pasukan Perkhidmatan Beruniform yang terlibat semasa konfrontasi sahaja.



Sekian, terima kasih.


xxxxxx Binti Jxxxxxxx
Seksyen Istiadat dan Protokol
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa


Jabatan Perdana Menteri



Tel: 03-8872 xxxx Faks: 03-8888 xxxxx


Bagi aku jawapan di atas masih meragukan.Benar ke begitu?






Tunggu sat.Mai kita tengok gambaq-gambaq ini







Imigresen






SPRM







APMM






Ketiga- tiga gambar di atas bukanlah di kalangan agensi yang dinyatakan oleh Bahagian Istiadat Dan Protokol tadi tetapi pegawai - pegawai mereka memakai PPA.Mai kot mana pulak dah? Jeng Jeng Jeng!!!


Harus diingat...



AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)

Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau

Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)

Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:

(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu;

maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.





Melalui tinjauan yang tak seberapa ini, saya merasakan ada yang tak kena dengan jawapan berkenaan.Kalau depa boleh dapat, Kami di bomba ni pun teringin jugak nak gantung di uniform.Mungkin bagi orang lain, ia hanya sekadar seketul logam yang kalau dinilai dari sudut wang hanya bernilai puluhan ringgit.Namun bagi saya, ia adalah anugerah yang lebih dari itu.Anugerah yang mampu membangkitkan moral, semangat dan kemegahan dalam perkhidmatan.

                                                 Pingat Perkhidmatan Am (PPA)