Monday, February 28, 2011

cerita hantu..

sedng pali melayan lagu The Cranberies sambil diselang seli dengan lagu asal Hallowed Be Thy Name nyanyian pemilik asal sambil diselang seli dengan lagu Gadis dan Bunga nyanyia Rahimah Rahim..pikiran pali melayang...semasa beliau masih belum bersunat..

zaman dia masih belum bersunat tuh..memang banyak band-band metal yang ada kaver album yang menakutkan..setakutnya pali melihat kaver novel siri bercakap dengan jin karya Tamar Jalis. ngan tengkorak hidupnya..ngan darah..yang penuh elemen horror and death...fuh!!buleh wat pali kecut teloq...bak kata orang kampung dia..

dan masa belum bersunat tuh...ada satu band metal ja yang pali tau and penah dengaq..iaitu Iron Maiden..yang man selalunya orang akan pronounce..Ayen Mydin..ha'ah..betoi sangat laa tu..

satu hari..pali cuba telah memasang secara curi-curi chupke-chupke kaset iron maiden milik abang kepada kawan kepada abang long dia dia punya kawan..emm..ok la...tak ketahuan apa punya lagu..lantas pali pun katup la..baik dia layan sesame street lagi dia paham..aah..dunia semua tu..lagho2!!

petang tu..masa abang long dia dok melepak sembang-sembang ngan kawan hat sebaya ngan abg long dia..pali pun memasang telinga terhadap perbualan.mengenai Kaset Ayen Mydin hat dia dengaq pagi tadi..antara isi kandungan penting adalah..:

'kawan abg aku penah kena kacau ngan hantu sebijik macam dalam gambaq ni.dia mai rumah..lepas dia pasang kaset Ayen Mydin ni..'

'klu hangpa nak tau...penyanyi kumpulan ni penah mati...dia hidup balik terus jadi penyanyi..sebab tu gambaq-gambaq kat kaset dia suma ada hantu..'

'aku dengaq..kalau ada sapa-sapa dengaq lagu dalam kaset ni..konpem..hantu dalam gambaq ni idup..dia mai cari malam-malam..tapi..kalau malam tu tak dak papa..selamat laa..dia mai time malam, hari kita dengaq kaset dia'

'aku dengaq orang penah kata depa ni semua hantu...tapi hat datang kacau orang malam-malam tu..hat hantu gambaq kat depan ni laa...uish..takut aku..sebab tu aku x berani nak dengaq lagu dep[a..'

'ada orang cakap satu lagu dia..jangan dengaq..sebab lagu pasai orang mati...orang hat dengaq lagu ni..suma mati pas dengaq lagu ni..-sambil menunjukkan tajuk lagu yang sampai la ni pali ingat..- HALLOWED BE THY NAME- ' cuma masa ni pali tak reti nak sebut ja tajuk lagu tu..

jadi..sebagai budak hat tak bersunat lagi..of kos...agak tergugat la kejantanan dia..risau habaq hang..dia muda lagi...sunat pun belum..takkan hantu tu nak datang bunuh dia kot.berbagai permasalahan sosial berlaku tatkala itu.cuak bhai!!cuak!!sebab hat sembang tu semua orang besaq dari pali..walaupun depa baru masuk sekolah menengah..SRP pun tak amik lagi..

tapi..pali maintain kool..kalau la petang tu petang last dia kat muka bumi..dia nak main puas-puas..sebab nanti hantu ayen mydin mai cari dia...hukhukhuk...

bila malam menjelma..pali tetap cuak..tapi..dia wt rilek..dia kalau buleh tak mau terlelap..kalau dak..nanti hantu ayen mydin mai..senang la nak bunuh dia..duss!!tapi..pali gagal..dah siang hari berlari keliling kampung,konpem-konpem malam-malam tewas awai..tak dan tengok Dunhill Double pali dah sign out from chat..

bila pali sedaq pagi sok..

'eh..aku idup lagi..eh.hantu ayen maiden tak mai ka semalam?'getus pali sendirian..

'ka dia tak jumpa cari aku..?fuh...selamat!!!'tak tau nak habaq betapa leganya pali..

itu masa belum bersunat..

pas dah sunat..

HAMJAD!!!!kan lambat pali layan metal..dek ada hamjad-hamjad yang sebut Iron Maiden pun tak betoi..sebab depa jugakla..pali tak berani dengaq lagu Zombie nyanyian The Cranberries.cilake lahanats hamjads!!!

Monday, February 21, 2011

depa takkan berenti untuk bertanya...

masa pali dalam perut mak dia..
orang dok tanya..

'bila la nak keluaq tengok dunia budak mata hazel nii?'

bila pali dah kuaq tengok dunia..
orang dok tanya..

'bila nak stat bejalan budak mata hazel muka cam korean niii?'

bila pali dah pandai bejalan..
orang dok tanya..

'bila la budak ni nak pandai sebut huruf R..asyik dok sebut LOGHI ja..LORI la..LORI la budak mata hazel weh!!!'

bila pali dah pandai sebut huruf R..
orang pakat dok tanya..

'bila la budak mata hazel ni nak masuk sekolah pakai seluaq pendek kaler biru..?'

bila pali dah masuk sekolah rendah pakai seluaq pendek kaler biru..
orang pakat dok tanya..

'bila la budak mata hazel ni nak pakai seluaq panjang kaler biru..?'

bila pali dah pakai seluaq panjang kaler biru..
orang pakat dok tanya..

'bila la dia nak dapat 4A dalam upsr budak mata hazel niii??'

bila pali dah dapat 4A dalam upsr..
orang pakat dok tanya..

'bila la budak mata hazel ni nak pakai seluaq kaler ijau?'

bila pali dah pakai seluaq kaler ijau..
orang pakat dok tanya..

'bila la budak mata hazel ni nak pakai seluaq kaler koko cam abg dia hat jadi ketua pengawas tu..'

bila pali dah pakai seluaq kaler koko..
orang pakat dok tanya..

'bila budak mata hazel ni nak amik PMR..nak amik SPM?'

bila pali dah amik PMR ngan SPM..
orang pakat dok tanya..

'bila la budak mata hazel tak dak masa depan ni nak sambung ngaji U cam abg dia hat kat UIA tu..?'

bila pali dah dapat masuk Matrik PJ UIAM..
orang pakat dok tanya..

'eh..ble masuk U gak?guna kabel optik ka apa?by the way..bila la budak mata hazel yang selekeh ni nak masuk main camp Gombak cam abg dia?'

bila pali masuk main camp Gombak..
orang pakat dok tanya..

'eh..meniru ka dalam final yang buleh lepas masuk main camp ni..?dan sekali lagi..bila nak abes belajaq ni?dah berapa tahun dok ngaji budak mata hazel nih?'

bila pali dah abeh ngaji kat main camp..
orang pakat dok tanya..

'bila nak rejanya?ngaji lama bukan main..UIAM lagi..bila lagi budak mata hazel?'

bila pali dah dapat first job as contract officer kat bank..
orang pakat dok tanya..

'bila nak buleh tetapnya budak mata hazel?'

bila pali dah dapat offer ngn gomen tahun 2009..
orang pakat dok tanya..

'dh reja gomen..bilanya nak nikah?'

dan tahun 2010..
'boh..bilo buleh makey nasi minyak?'

dan kesekian kalinya..
2011..

dan orang pakat dok tanya..

'BILO BOH NOK NIKOH?'

pali cuma terus-terusan menaip..sambil menggigit puntung winston merah..

hepi besday untuk gua..hahahaha

aaa..gua dah menginjak setahun lagi..alhamdulillah..
semakin meningkat semakin pendek la perjalanan gua kat dunia ni..
semakin hampir la due date gua kat dunia nih..
insap gua...amalan tak setera mana..

emm..
tahun ni..gua ingat nak jadi sedikit eksotik..
sebab gua ingat nak bela musang laa..
hahahahaha..
kalau dapat anak musang pandan pun ok dah...
tapi..kalau buleh dapat red fox..memang gua angkuh sampai besday gua tahun depan..wakaka...

red fox tu macam mana?
huh..gua kan malas nak aplod gambaq..
sila lah gugel..
dan menatang musang merah itu sangat chumel..apa adahal?
gua metal..
sebab tu gua kena bela musang...

kerna musang itu sangat comel...seperti di sini.

Friday, February 18, 2011

Sikap

Untuk entry kali ni,aku nak sentuh pasal Ops sikap.Hangpa tau dak ops sikap? ikan siakap hangpa tau? Kap pun kap?
3,3 tu takdak kena mengena pun di antara satu sama lain.Jadi sebelum aku meleret jauh dengan hangpa dok nganga taktau apa.
baik aku huraikan dulu apa itu ops sikap.

Ops sikap ni adalah ops yang dilancarkan oleh polis bersama- sama agensi lain pada tahun 2001.sebelum ni nama dia ops statik.cuma la ni trend dia cuma pada 2 musim
perayaan besaq ja iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.Tapi ada jugak ops sikap yang dibuat sempena perayaaan lain.
Tapi pendek cerita musim perayaan laa dan tempoh ops selalunya 2 minggu(1 minggu sebelum perayaan dan 1 minggu selepas perayaan)
paham suma sekali?!!!

Kenapa ops sikap ni diberi nama ops sikap? jawapannya mudah.pasal sikap kita.sikap rakyat Malaysia.

Sikap kita yang dok kira kepala sendiri,otak sendiri saja.Kita pikiaq kita saja.

Kita pikiaq kita ja nak cepat sampai.

Kita pikiaq kita saja ada kampung,ada destinasi nak dituju.

Kita pikiaq kita ja ada keluarga,adik beradik,sedara2,kulaan yang kita nak ziarah.

kesimpulannya,kita pentingkan diri kita saja.

Pengalaman aku memandu semasa ops sikap antara benda- benda bangang aku dok tengok pemandu kita buat adalah:-

1) Menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya-ini mmg celaka dan bangsat.hangpa tau dak guna lorong kecemasan tu? apa hangpa mengaji masa ambil lesen dulu?
Kot hangpa terlupa mai aku nak peringat.dah nama pun lorong kecemasan.dah tentu la untuk tujuan kecemasan.ini dak,hangpa p drive kat lorong tu.
mai ambulans nak lalu amacam? bomba amacam? JPAM(jamban pam) amacam? bila geng2 ni sampai lambat hgpa marah,hangpa hingaq kata lambat.Pasal yang
eksident tu bukan adik beradik hangpa? bukan sedara hangpa? sapa yang dok wat
lambat tu ? lorong asal dari 2 jadi 3.Bila polis dok tunggu kat depan baru hangpa kelam kelibut nak masuk balik lorong asal.ganggu abis kenderaan lain.
kalau dengan aku,memang aku tak bagi chance.pasal apa? pasal hangpa yg bangang!

2) Memandu dengan terhegeh-hegeh- hangpa jangan ingat bawak deras ja bawak masalah.yang terhegeh- hegeh pun masalah jugak.Dak tau keta hang tu slow,tak power,
dok la lorong kiri.lorong kanan untuk keta yang power,laju dan berkuasa tinggi.

3) Memandu macam ribut- oit,hang tau dak had laju? mau kena saman nanti hang hingaq.padahal hang yg salah.tp aku ada 1 pesanan kat sini.Kalau hang rasa hang
banyak sangat duit,taktau dah nak buat apa.bawak la laju2 pastu bayaq la saman.paling kurang hangpa menjana kepada pendapatan negara.ada bagus gak tu.

aku rasa cukup la setakat ini.meluat plak rasanya aku nak tulis panjang- panjang.

Thursday, February 17, 2011

my opinion

gua seboleh-bolehnya malas nk sentuh pasal isu politik nih..
sebab..bukan semua orang paham pun apa itu politik..
cam masa gua study dulu pun..
budak-budak yang 'bertanding untuk kepentingan' gua dan student-student lain tuh..
gua tak nampak pun apa sumbangan and kepentingan geng-geng tuh kat student..
melainkan presiden masa gua mula2 jejak kaki kat main camp..gua respek..
walaupun gua x sampai dua bulan kat situ,
gua nampak..
mamat tuh memang jalankan tugas untuk kebajikan student yang malas cam gua,
gua lupa lak sapa nama dia..yala..tahun 2003,gua pun dah lupa..
tapi..
memang beliau berjiwa pemimpin..
pas ja ada geng bas sekolah yang baru naik..
haram..
wat rugi ja gua undi..
sama ja..masalah yang lama tak selesai gak..
tiap2 kali PRK..aka pilihanraya kampus..isu sama ja bawak naik..
aahh..tak kira la aspirasi or We Unite For Islam (WUFI)..
sama ja..janji pelesu belaka..
sampai tahap gua pi buang undi pun sebab gua nak amik short sem and gua nak hostel..
klu la tak diwajibkan..
memang gua lepak bilik tengok ayumi hamasaki la ritu...

kuasa student!!kuasa generasi akan datang laa..kuasa pemimpin generasi akan datang lak..
gua bagi jari tengah..y?
sebab sejauh mana lu orang punya kesan kat komuniti univ masa tuh?
gua x nampak kesan pun..
sama jaa..yang gua dengar..
kalau lu orang kalah undi..
lu boikot laa PRK laa..lu boikot makcik nasi jual nasi lemak kat BMI sebab makcik tu jual nasi lemak sikit tapi harga mahal..

bagi gua..suma tu palancau..

gua bukan la sekular punya orang..gua jugak bukan makhluk liberal..
gua ada agama..gua Islam..walaupun gua suka mencarut dalam nih..err..kat luar gua tak penah mencarut..percayalaaa!!!
tapi..maybe sebab gua dah terbiasa ngan environment yang bebas..yang gua belajar and carik sendiri..mak bapak gua tak ajar..mak bapak gua ajar gua p masjid jaa..
so..kadang2 ada certain issues or things yang gua rasa..

HEY!!asshole..we need to change that attitude!!!

sebagai contoh..

dey tambi!!battle of the band kot..takkan tu pun tak buleh?
takkan la lu orang nak suh gua ngadap nasyid UNIC yang nak berchenta tapi tak ke mana akhirnya?
get my point?
bagi sesetengah orang..yess!!!itu tak boleh..muzik itu haram..nasyid bukan muzik..ok?
maher zain xpa..g konsert dia x salah sebab nak carik keinsafan walupun lu orang bergaya sakan abess cam faking freak semata2 nak g insafkan diri?
tapi..battle of the band yang menyajikan permainan muzik bertenaga berlirikkan Ketuhanan dan alam..dan mengasingkan laki dan pompuan..itu salah..heh!
wadefak?

btw..
gua bukan nak kecam nasyid..tapi..itu cuma sebagai contoh..
cam ada orang penah cerita kat gua..
masa KONVO tahun bila tak tau..aziz satar pun dibaling telur..apa ka salah orang tua tuh?dia ada londeh seluaq dia atas pentas kat tapak KONVEST tu ka hapa?ada ka sesapa budak U aku yang ble sohihkan cerita ni?

lu orang berdegung-degang menyajikan janji bila lu orang tak dak kuasa..
walupun PRK ja..lu orang janji cam buleh turunkan harga petrol RON95 sebaik saja tampuk kuasa lu dapat..
tapi..
lancau laa!!!dah berkuasa pun lu orang tak dak perubahan..
itu yang nak jadi pemimpin masa depan?
dan yang asyik kalah ja tuh..tak dak reja lain..
asyik nak burukkan orang jaa..dan bila dah dapat kuasa sekali..
sama sendiri lak nak becakaq?
fak off!!
lu arap orang cam gua yang suka jadi pemerhati bebas dan menonton filem 3 bintang nih...nak caya lu orang pegang negara nanti?

itu baru kelompok politik yang gua perasan dalam U gua dulu..
lama dah gua tinggal..dan gua rasa..tak dak gak perubahan..y?sbb U ada kekangan..elok laa..nak suh lu orang tumpu belajaq betoi2 dulu..
baru la jadi student berkualiti..jangan jadi sampah, ada degree tapi apa pun tatau..setakat nak begaya pakai robe..

'i ada degree..i ada master'

heh!

lu orang ada sekeping kertas ja..ingat tuh..sekeping kertas ja..

dan bila mana pak2 arab ngan monarki2 asia barat sedang menggelitat dek revolusi dan domino theory..
kita ada terdengar yang masyarakat malaysia nih..ada yang
cuba mengikut jejak langkah tersebut..sedang-sedang memanggil revolusi ke malaysia..
malaysia perlukan perubahan...
tumbangkan kerajaan yang sedia ada melalui revolusi..
supaya malaysia lebih maju..
setanding negara maju yang lain..

a'ah..elok laa tu..
memang dah perangai masyarakat kita yang suka sangat nak mengikut orang lain..
VD ikut..new year ikut..revolusi ikut..tonggang ikut..suma nak ikut..semua nak sedut..
kalau gua ajukan satu soalan..

lu orang pilih untuk revolusi..
berbaloikah sekiranya revolusi kat malaysia nih?
hahahaha...
gua gelak dulu..
sebab pendokong revolusi ni cuma satu ja aim depa..
nak tumbangkan kerajaan sedia ada..tu ja..
kuasa rakyat..yess!!
cuma ada golongan minoriti ja yang tahu apa yang depa nak..dan mostly yang join ni..depa tak tau apa yang depa nak..cuma depa tau apa yang depa tak nak..
ok..cukupla tu..dari tak tau apa langsung..kn?tapi..selepas apa yang depa tak mau tu dah tak dak..depa akan stop..dan..segolongan yang tau apa yang depa nak ni la..
kemungkinan akan exploit..akan jadi opportunist..exploiting keadaan masa tuh.
itu satu menda..

lagi satu..
sapa yang akan lead revolusi nih?
adakah dari golongan leftist?
anarchsit?
or..ahli-ahli politik yang sememangnya gilakan kuasa?
student2 yang sedang memperjuangkan hak student kat univ?
or student2 yang kena kencing ngn PTPTN cam gua?

gua kadang2 tertawa sendirian ngan orang2 kita yang mengaku minda terbuka..
yang owez cakap..
kita xleh refer ngan satu source ja kalau nak carik info..
utusan ngn BH tu propaganda kerajaan..
so..kena la ada alternatif lain..
internet..hahaha..
yaa..
lu orang percaya ka ngan berita internet?
wikipedia pun tak btoi der..
bila lu orang tulis something..lu orang ble jadi objektif ka?
kamon la..konpem2 lu orang akan bias gak..
buleh pakai ka orang bias punya info?cet!!tahek!!

a'ah..karangan gua kali ni..cam gua sapot kerajaan lani..
so..apa adahal?gua x sapot revolusi sebenaqnya..hahahahaha..
ini pendapat gua..
gua tak kisah sapa pun memerintah sebenaqnya..tapi..cara pengalihan kuasa tu biaq cara sepatutnya..
kata nak demokrasi palancau..tapi..why would you resort to violence?
so..apa adahal?
at the end..those revolutioners only craving for power..power does matter bebeh!

p/s:gua benci blog yang post pasal berita..wadefak?setakat kopipes..kalau gua train anjing liaq pun dia buleh buat..hahahahahaha

tak mau dah jadi lagu ni..

'you boleh ke x ni pali?'suara gadis memecah gegendang telinga pali masa dok melepak depan sebuah umah banglo.

'ish..i tak biasa la menda-menda camni..i think you should find someone else..'balas pali dalam ketidaktahuan yang nyata.

'alaa..please..1 on 1 won't do any harm..kn?'pujuk si gadis.

'ish..tak buleh laa..bukan i tak nak tolong..i rasa i tak boleh laa..'jawab pali ngan keseriusan.

'emm..you tak nak sebab you tengok i pakai baju lengkap lagi..i think you would change your mind...if..i...'kata si gadis sambil meletakkan jari di bibirnya sendiri.

pali menelan air liur...halkum beliau jelas kelihatan saat tuh..*aargghh..sudah...masak aku...*

pali terdiam terpana..ligat pala otak dia mencari idea.

'bukan tu maksud i sebenarnya...emm..i rasa segan laa..kalau i ajak kawan i sekali boleh?'tanya pali mengharapkan jawapan yang negatif dari gadis tersebut.

si gadis terdiam.

tapi dalam senyuman yang paling gedik dan horny..si gadis membalas..

'threesome??!!gud!!!nak sangat!!!u call la kawan you cepat2..i dah x sabar dah ni!!'balas si gadis.

*aahh..sudah..masak aku...*sambil mengeluarkan henset beliau dan mendial seketul nama...

SARK..aka Hizal..kawan baik beliau yang berada di Putrajaya.

'weh..zal..aku nak mintak tolong hang sikit nih..'

'hah..padia?cepat-cepat..aku bizi sikit nih..'

'ni..ish..lagumana aku nak cerita kat hg ntah..'kata pali.

'laa..cerita ja la..hg tak cerita mana la aku nak tau apa..camna aku nak tolong hang...'

'dak..lagu ni...ni ada cikaro sorang..comei hbq hg!!'

'dah tu awat?apa kena mengena ngan aku?setakat call hg nak belagak baik x payah,satgi aku letak kot..'balas hizal ngan cengei.

'ish..sabaq la sat..aku nak story ni..dah la aku call hg...!!'ujar pali.

'ok ok..aku melawak ja sorli..'

'dak..lagu ni..budak pompuan ni..dia ajak aku main..tapi..aku tamau..aku habaq la aku segan sorang-sorang..'kata pali sambil menelan ayaq liuq.

'dah tu?'

'dia suh aku cari kawan sorang..nk wat threesome..aku terpikiaq hang ja..tak tau pasaipa..tapi satgi hang cakap la hang pun tamau naa?'kata pali.

'ish..apa lak tamau..threesome kot!!mana penah ada experience lagi hbaq hg!!'kata hizal.

pali tergamam!!

tak sangka kawan dia buleh setuju..

pali terasa bahu dia di pegang..dan di sentuh-sentuh..

dia seboleh-bolehnya tak mau kalih..tapi dia kalih gak..

'eh..shahid..'kata pali.

'hg nk gi ke tak bachok pagi ni...dah 6 pagi dah ni..kate nak gi photoshoot?'kata si shahid..housemate pali budak melaka.

'eh..jadi..jadi..apa lak x jadi..'jawab pali sambil dok gosok mata dia...

dia memandang sekeliling..hanya skrin monitor yang menyala..memainkan cerita mongol yang dia layan malam semalam sebelum terbantai terlena.

'ooh..mimpi rupanya tadi..nasib..klu tak aku kena threesome..ada hizal?aargghh!!!rosak mimpi gua!!!!'kata pali dalam ati yang masih terbaring.

dari kejauhan terdengar laungan azan subuh memecah keheningan pagi.

pali berjalan longlai nak p toilet..sambil dalam kepala dia terpikir..takkan aku tengok cerita mongol ble mimpi camtu..ish2...

Wednesday, February 16, 2011

dia budak masjid okay!!!

kalau pi arisun,memang pi ramai-ramai..
xdaknya nak buat perangai nak p sorang-sorang..
melainkan dating ja..tapi..
apa barang dating kat arisun..

selalunya kalau p arisun ni..konpem-konpem la depa p tingkat paling atas..sebab tu ja tempat hiburan..
ground floor juai barang-barang dapuq and ada marrybrown.
tingkat dua ada juai baju ngan seluaq-seluaq..
tingkat atas sekali ada juai barang2 untuk remaja beserta pusat hiburan keluarga..

jadi..

pada suatu malam pas maghrib,budak-budak flet nih..
secara bergerombolan cam ikan barracuda menyerbu ke arisun..
lalu ja tingkat dua hat ada juai baju2..termasuk baju2 dalam dan seluaq dalam wanita..
depa wat kool..xdak la pervert sangat nak usha patung yang bercahaya yang selalu pekerja arisun pakaikan baju dalam ngan seluaq dalam kaler merah hat sexy tu..
depa tak amik tau pun..walaupun tiap-tiap kali pi..
depa tengok..eh..terperasan yang patung tu tak penah pakai pakaian dalam kaler lain..kaler tu ja laa...
maybe sebab yang tu sexy abess kot..kot laa..

pali ni pulak kalau bejalan..tangan dia memang suka pegang anak dara orang...
eh..bukan..
pegang baju2 yang tergantung rapi bagi merasakan kelmbutan kain-kain yang bergentayungan kat situ..
lembut dan gebu..
dan pali dok gagau tu tanpa menoleh..sebab dia suka melayan perasaan asyik memgang kelembutan kain..
sampai laa ni dia dok suka wat lagu tu..
buleh tau kain tu jenis sejuk ka jenis cepat panas ka..jenis cepat lusuh kaa..
dengan hanya sekali sentuhan..
cuma malam tu..

masa pali dok jalan-jalan sambil gagau tuh..
tiba-tiba dia terasa sesuatu yang keras..
dia pelik..itu bukan kain..
dia cuba genggam..bukan jugak baju..
keras..ternyata ianya bukan sejenis fabrik..
dan bulat..sah..bukan dari spesis kain hatta kanvas..

truih dia usha..
rupa-rupanya..

tangan pali sedang melekap ngan gigih dan kukuh..
pada sesuatu..

emmm..

pada emm...

emm...

dada sebuah mannequin perempuan..
ataupun ngan kata budak2..
pada dada patung peragaan..

suma mata kawan2 terperasan situasi tersebut..
termasuk ngan wanita-wanita yang sedang membeli belah..
termasuk jua dengan salesgirl kat floor tuh..
sambil menjilat bibir melihat pali..*ok..ni tipu..*

demm!!!hamjad betoi!!!

sebab tu la ni pali kalau menggagau kain kat kedai or pasaraya besaq dia akan melihat kain yang dia gagau tuh..dulu tak pala budak-budak..kalau umuq dia lani wat lagu tu..memang kena tunggu adik tomoko abeh blajaq la baru dia ada jodoh..hahahahahahahaha...

Sunday, February 13, 2011

gua pun nak post pasal BELENTAIN DEY!!!!

suma pakat nak post pasai valentine..tiap2 tahun...majlis fatwa akan cakap pasai menda ni..x caya tengok next year..hahahahaha..

dari pemerhatian gua yang bz nih..ada beberapa kelompok manusia kat malaysia nih dalam membahaskan pasai valentine..

1.kelompok penentang

'valentine day (VD) ni..haram!!menyesatkan!!dakyah yahudi dan nasrani!!mengagungkan seorang paderi kristian zaman kejatuhan islam Cordoba!!!!ni la punca penyebab banyak maksiat lani..kita tentang habis-habisan!!!' tatkala sedang berdating dengan bf/gf kat resepi rahsia.

2.kelompok penyokong

'alaa..suma nak haram..tu nak haram..ni nak haram..majlis fatwa tu bukan tau apa dia cakap..nampak cam bagus..padahal depa tak tau ka nabi cuma tinggal 2 benda je kat umat dia..Quran dan Sunnah..yang nak pi refer ngan hadis tu pahal?sapa yang tulis pasal hadis nabi!!?ceh..serban je besar..otak kecik!!tatkala sedang menogok samsu rembat.

3.kelompok melayu liberal

'alaa..rilek la...kena la open minded sikit..setakat bagi bunga,bagi hadiah,bagi cokelat...then comolot sikit2..apa adahal?jangan la konservatif sangat, bila melayu nak maju camni?asyik terkongkong jaa..cam katak dalam akuarium lak lu orang..'

4.kelompok tak kesah

'sama ja ada tak dak..gua tiap2 ari VD ngn kapel gua..apa adahal?'

5. gua

apa adahal?xdak VD pun tiap2 ari ada orang buang bayi?
apa adahal?xdak VD pun tiap2 ari ada hamjad kena tangkap khalwat?
apa adahal?xdak VD pun tiap2 ari lu dating?
apa adahal?xdak VD pun lu buat suma menda haram..tapi lu nak cakap pasal halal haram?ngaji dulu bhai!
apa adahal?liberal tu lu punya pasal der..gua ada batas and kepercayaan..dan pegangan.
apa adahal?tak tau ka harga bunga and coklat tu mahal tahap hamjad masa 14 februari?cuba beli masa 21 Februari..x mahal der!!
apa adahal?orang kita memang malas nak study and wat research..main cedok and kaut ja apa orang lain berak.
apa adahal?VD ja kot..tiap2 ari maksiat ada kat malaysia nih..gua pun tak terkecuali..apa lepas 14 Februari pencegahan tu dah tak penting ka?istiqmah laa..istiqamah!!

why kita nak bagi sportlight kat satu jarum berkarat di atas timbunan najis-najis manusia?

dosa kering waktu maghrib

gua baru ja dan online..
waktu azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib bagi kota bharu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya..
gua nk p semayang dulu..

ok..gua sambung..
gua online ja tadi..gua nampak la..
kawan gua yang gua kenal dari matrik upload gambaq..
ok..gua x bengkek..
dia nak aplod apa kejadah sangkut paut ngan bandwith gua kn?
gambaq dia pakai loreng ada 1 calit..aka Lans Koperal Wataniah..
gua rasa dia based kat 515 lagi..gua syak camtu laa..

Wawa chan..sila carik beliau..hahahahahaha..

ok..gua sambung...
sebab gua kenal lama ngan dia..
gua pun klik la gambaq dia..
gua tengok dia memang dah kurus..
tak macam badak air lemas dalam swimming pool dah lani..
dia post gambaq..

gua ok lagi..

ish..dan dan lak gua malas la nak mentulis..
gua nak share la dosa ngan lu orang...
hahahahahahahaha...



hamjad!!!

dah caption pun new me..
lagi mau wt ayat..

'ye ke?'wadefakk!!!?

jadah tol...

p/s:gua memang sengaja..xleh blah gua ngan attention-whore ni...sama ja cam blogwhoring..hahahahahaha

Monday, February 7, 2011

hamjad!!!!

gua suka melayari internet..
kadang-kadang kawan gua datang bilik gua kalau internet depa tak ok..
kadang2 bos gua pun datang bilik gua mintak gua carik pasal pekeliling..
tp..gua tak kisah..
semudah google..

tapi..
gua masih bengap lagi pasal IT nih..
setakat nak search and copy paste terer ar gua..

dan gua cuba poyo-poyo nak carik sendirik..
camna nak selesaikan..
masalah web page yang gua klik..
tak redirect ke web page lain...
sebagai contoh mudah..
gua google perkataan navigator 5 mp power seh!!!!
dan gua pun klik la pada salah satu carian oleh encik google..

loading sat..

tetiba..

gua terperasan..

redirecting...

JUMP

ke site yang gua tak berahi pun..
kadang-kadang masuk website hotel punya promotion..
kadang-kadang masuk website percutian ke stamford bridge is falling down..

tapi..
yang buat gua rasa nak hempuk PC gua guna meja gua..

pabila..

gua nak tunjuk kat orang opis gua camna nak mintak tolong encik google..
dan mister redirecting
dengan selamber babinya..

membawa hasil klikan gua tuh..

ke satu web page yang lain..

yakni..

ke website porno... KHAS untuk GAY!

fak!!!

HAMJAD!!!!!

gua rasa..mungkin laa..mungkin..

mungkin ada mulut yang mengatakan..

*patutla tak kawen lagi..*

*patutla dia tak pernah ejas doktor or misi2 kat sini*

*patutla bila nak ejas kat sapa2 dia tak mau*

FAK!!!

HARAMSSS!!!!

gua sedang bermusuh dengan web browser..sapa-sapa buleh tolng ajarin aku camna nak pebetoi setting nih?

Sunday, February 6, 2011

emosi seorang remaja

kat bagan serai..
banyak sangat sumber ayaq semulajadi yang buleh memberi sumber pendapatan dan hobi..
sebagai contoh yang nyata lagi hakiki..
adalah ban ngan sungai kurau..
dua-dua tempat ni memang port orang bagan serai laa..
kalau kat ban..buleh la nak dapat lampam ka,teruboi ka, kaloi ka, kepaq kaa, temakang ka..
kalau p sungai kurau..
kat belakang kampung kamal tu..samada p kat pengkalan kt belakang tu..x pun..kat belakang umah cina gila ka..
buleh la..nak cari udang kaa..or ikan-ikan ayaq tawaq yang x bersisik..cam baung..

cuma..
kalau mengai ikan kat belakang kampung kamal tu..
dan kena pulak musim ikan mengawan..
ikan feveret yang akan menghabiskan umpan adalah.
ikan temekung..
spesis ikan tak bersisik yang adik beradik ngan ikan duri..
atau nama glamernya adalah..
sangat huduh dan lucah..
sehingga buleh menimbulkan rasa ketidakpuashatian masyarakat majmuk di malaysia..
menyebabkan pali tak buleh nak taip nama glamer tersebut..

'aish!!asyik2 ikan ni ja naik..tak dah ka anak baung ka nak sambaq?!'getus jan yang agak emosi kalau mengai ikan.

pali ngan yan cuma diam dok usha mengai depa sambil dok sedut asap dunhill yang masih murah gila babeng time tu..rasa cam nak tidoq pun ada kalau mengai kat pengkalan kat belkang kampung kamal tu,ngan keredupan dan kerendangan pokok di samping angin2 lembut membantai kulit tubuh..aahhh...*klimaks*

memang masyuk la kalau dok mengai kat situ,sebabnya..kalau mengai kat ban..memang tiada tempat berteduh..maka..dengan wajibnya..la budda mengikut bahasa arabnya..kalau p mengai kat ban..pali selalunya mengenakan topi apek hat ada tulis XPDC tu..bagi mengelakkkan sun burn..dia mana penah pakai sun block..dan masa tu pun dia tak tau sun block tu ada.

dalam dok sedut asap dunhill tu..

mengai yan ngan pali dok kena cagut gak ngan ikan..

yan dan jugak bawak naik sepit udang walaupun udangnya x dapat..

pali..dan karau buh umpan ja..sebab hantu ayaq dok makan umpan dia.

jan..kerap dok karau mengai dia yang semedang sangkut ikan temekung.

ikan temekung ni menjadi satu ikan yang tak feveret dek ikan tersebut dipercayai suka memakan sisa toksik buangan badan manusia..aka..taik manusia..sebab tu jan marah sangat kalau mengai dia dapat ikan tuh. tapi hat pali ngan yan pelik..tak pulak jan tauk balik ikan hat dia tak mau tu dalam ayaq balik.

pali ngan yan masih macam tadi..
dok sedut dunhill sambil membicarakan gelombang REFORMASI Anwar Ibrahim..
sambil membicarakan..
awek2 hot kat SABAR ngn SMAI hat masih single..
sambil membicarakan pasaipa masjid lama tak buat makan ari khamis malam jumaat.

Jan masih berperang ngan sambaran ikan temekung yang semakin menjadi2..

sedang ralit pali ngan yan berbicara..
terdengaq bunyi jan mengomel sorang2..

sambil dikeluarkan pisau lipat sekupang yang dia baru beli..
lantas..
dibelahnya perut ikan temekung tu idup2...sebiji cam orang besiang ikan nak buat gulai.
dikeluaqkan segala isi perut ikan tu..
siap ja sekoq disiang ikan tu..
jan mencapai pokok kiambang hat hanyut tumbuh meliaq kat situ..
dipacakkan akaq pokok kiambang tu kat duri ikan yang telah disiang tadi..

dan dilepaskan semula dalam ayaq..

sambil menjerit..

CATCH AND RELEASE!!!!!

pali ngan yan..
terdiam ja...sambil dok sedut asap dunhill lagi..
dalam situasi tergamam dek kekejaman jan.

gila emosi hg jan mengai dapat temekung..

Saturday, February 5, 2011

check halkum hangpa..

satu petang jumaat yang suci..
pali ngan pian mengorak langkah p parit buntaq...(kalau tomoko konpem dia sebut p.b sebagai singkatan).
pas membuat sesi sharing moment kat tepi sungai kerian sambil melapah apam balik..depa pun beransur pulang..

pian ingatkan pali untuk beli buah mata kucing hat pali nak beli awai2 masuk pasar malam tadi.

jadinya..

pabila sampai kat gerai tersebut..
pali tanpa membuang sedikit masa pun membeli buah mata kucing seberat 2 kilo.
urus niaga tu pali lakukan ngan seorang pengkid..ataupun tomboy...gamaknya laa..

selepas 13 langkah..

check! satu!!dua!!

pian sound kat pali..

'weh..laki ka pompuan hat juai tu?'

'laa..konpem-konpem la pompuan..tengok halkum dah tau dah der..'jawap pali sambil memamah buah mata kucing.

'saja ja aku tanya,nak kan kepastian..'balas pian.

13 detik selepas tu..

pali usha pian..dan mengatakan..

'aku tak nampak pun halkum hang pian?'

pian terkedu..

dem!!!

'takkan kawan dari kecik pun hang nak pertikaikan pali?' jawab pian sambil membuat perlahan jalan.

Wednesday, February 2, 2011

Wayang

Malam itu dirasakan amat tenang dan dingin.

Rambut Ali yang baru berjinak- jinak nak jadi rockers meliuk lentok di buai bayu utara.

Di sinari sinaran lampu jalan, wajah ali yang kecina - cinaan kelihatan persis Jet Li.

Ketibaan Ali melengkapkan perjanjian jejaka - jejaka flat utk pogram malam ni.Pian,Mat Kerang,Bulat dan Ijai a.k.a Lijoi
awal lagi dah sampai.Logistik pun dah bersedia.Depa nak menuju ke P.B bak kata Tomoko.Pali panggil Parit Buntaq.
Buat julung- julung kalinya depa merencanakan aktiviti ini iaitu menonton wayang.

Sorotan perbincangan pada petang tersebut.............

"Tiket berapa duit Mat Kerang? " Ijai melontarkan persoalan.Pemilik nama yang sama seperti ex-husband Nora Danish ini
tidaklah memiliki helikopter tapi memiliki kapal.Buat gadis- gadis pembaca yang berminat boleh la menghantar resume/profile
ke pengarang blog ini.

"Rasa - rasa aku dalam 4 ringgit ja kot.Murah ja lijoi oit" Malek memberi kenyataan dan keyakinan diri kepada Ijai.
Ijai ini amatlah pemalu dan bersopan santun orangnya.Hattan nak makan pun,dia bersimpuh persis gadis melayu terakhir.

"Awek ramai dak awek? Ada awek baru best" Ijai bertanya lagi.

"Bebudak sekolah ramai ar.Nak awek hg p Taiping Central la oit.Wayang yang kita nak p ni wayang besa2 ja.wayang zaman P.Ramlee nu.Lambang
Shaw`S Brother dok ada lagi kat bumbung dia" Balas Bulat plak.Dia mmg terer line2 Parit Buntaq pasal dia salu menarik
cikar - cikaro ke situ.

"Bebudak sekolah ar best.Dapat nombot leh layan sms.hehehe."Getus Ijai lagi.Bebudak sekolah memang taste beliau.

"Filem apa yg kuaq la ni?" Tanya Pian

"Err...Kuliah Cinta lakonan Erra Fazira dan Yusry KRU" Balas Mat Kerang yang telah diarahkan membuat kerja - kerja recce pada pagi hari itu.

"ok ka tu? Macam x best ja " Balas Pian.

"Layan p ar.Dari xdak apa2 aktiviti" Respon Bulat dalam menegakkan betapa perlunya aktiviti tersebut dijalankan.

"Malam ni lepas maghrib.kita kumpul sini.pastu baru gerak.Ok? " Pian lantang menyuarakan cadangan.
"Jadi ar" balas Ali yang dari tadi mendiamkan diri.

Kembali ke kejadian sebenar.....

"Jom kita p.semua dah ada ni" Pian dah mula bersuara..

Maka,remaja - remaja berkenaan mula mengatur pergerakan ke kenderaan masing - masing.Lantas memulas throttle/pendikit minyak
meluncur ke Pawagam Kapitol, Parit Buntaq.

setibanya di sana,mereka pun park kenderaan mereka.

Lantas menuju ke kaunter untuk membeli tiket.Bagai yang dikata Mat Kerang mmg harga tiket dalam RM 4.00 sahaja.

Setelah membeli tiket,depa menuju ke dewan tayangan.

"err..nak dok mana ni wei? Takdak nombor pun tiket ni " tanya Ali

"Dok la mana pun.Aku rasa x ramai tgk malam ni" Balas Mat Kerang kerana beliau tau malam itu bukanlah malam minggu ka apa ka.

Setelah mengambil kedudukan masing- masing dan menunggu filem ditayangkan.

Masing - masing begitu teruja dan gembira berada dalam wayang itu.Maklum la pertama kali ke pawagam.hehehe

Setelah 45 minit berada di dalam panggung.

"fuh...cemuih aih.err...leh isap rokok dak dalam panggung ni?" tanya Pian kepada Mat Kerang

"Ish...mana boleh.Ni tempat awam ar.Leh kena saman ooo" balas Mat Kerang.

Tiba - tiba......

Ali dengan bersahaja mengeluarkan sebatang rokok cap singa kembaq lantas mencucuhnya tanpa rasa was- was.

Tindakan Ali itu mengejutkan kawan-kawannya.

"Ha tu Ali selamba ja.Boleh kot." jawab Pian

Pian tanpa membuang masa mengeluarkan rokok beliau lalu dicucuh sehingga mengeluarkan kepulan - kepulan asap yang bisa membentuk persis awan kumulus nimbus.

Diikuti oleh Mat Kerang,pastu Bulat,pastu Lijoi

Tamat tayangan filem..

Di lokasi parking..


"Boleh ka hisap rokok dalam wayang ni Ali?" tanya Pian

" Ntah aku pun tak tau.Dah aku sangap nak hisap,aku hisap ar.hehehehe"ringkas jawapan Ali

"La..aku ingatkan depa dah longgaq undang- undang bagi hisap dalam wayang dah.Kami elok ja p follow hangg" respon Bulat

Fuhhh........seb baik tak kena kompaun.........

ni list gua..

gua suka p kenduri..
espeseli kalau kenduri tu kawan gua kawen..
kalau kenduri bapak pada kawan gua kawen..
gua tak excited sangat..sebab gua tak kawan lagi ngan bapak kawan gua..

tapi..
selama gua p kenduri..
orang melayu sahaja..
gua dok perati..
ada beberapa perkara hat buat gua rasa nak jadi wedding crasher..

1.floor manager

ni spesis makhluk yang selalunya ada ikatan kekeluargaan ngan pengantin. sikap dan tanggungjawab depa untuk keberkesanan majlis adalah sangat bagus tapi membuatkan gua rasa nak tikam ja perut depa ngan payung pengapit tatkala gua jadi pengapit.
tambah-tambah plak kalau gua jadi pengapit..time tu tengah hujan,lagi la gua cepat mendidih..dan sempat dia pulak lebih2 dari orang lain dalam mengarahkan pengantin wat macam2..kalau dia dah berumur tu gua x kisah..padahal lu pn baru nak buat rambut pacak beckham ada ati nak mengarah gua!!!sial la lu!!
dan tambahan yang memedihkan ati gua..bila lu mintak pengantin ngan rombongan terpacak depan khemah balai yang hanya 3 meter ja lagi nak sampai..tengah2 ujan lebat...dan lu buleh pulak wat lawak dan nak bersilat depan gua. nasib bukan kenduri gua.kalau dak..memang makan kasut la lu time2 hujan.

2.jurufoto berbayar

ni spesis yang gua memang xkan puas ati...sampai gua dapat makan. gua tau lu buat kerja lu untuk poket lu. tapi..kalau dah majlis start lambat..lu jangan la terhegeh2 nak suh pengantin posing lama2 depan pelamin.lu xtau ka pengantin x jamah nasik langsung sebab nak pastikan bengkung sampin tuh x terburai dek kebuncitan?lu tatau ka pengantin ngan rombongan depa dah lapaq time lu dok suh2 posing?bagi depa makan dulu..syaitonn!!!!
dan gua tau lu ada kamera yang bapak gempak..sebab lu duit banyak..tapi..lu x payah la nak tgk pic gua amik guna kamera digital kawan gua..kalau pun lu nak tengok..lu mintak izin ngan gua la..nk tengok pic dalam dslr gu yang murah tuh..baru la lu nak wat muka belagak pun..penerajang mau?


3.mak andam

ni kalau yang jenis ikut adat nak mampus!!!hat tu tak buleh..hat ni salah...arrgghh!!!gua tau lu berbayar!!!tapi..jangan la tahan pengantin yang lapar!!!

4.caterer

ni masa gua kasut saiz empat x berapa ramai lagi..lani cam sperma yang pertama kali dilepaskan dari kilang..bersepah!!caterer nih..betoi2 punctual..pukul 4.03 minit siap kemas dah barang2 hgpa..gila paa..woi..woi..hangpa xtau ka ada orang xmakan round kedua lagi time tuh?

5.geng kompang

yang ni gua berbulu kalau geng kompang tu budak2 sekolah..kalau gadis2 xpa..gua x marah sangat..hahahahahahahaha..sori budak2 kompang..sora lu orang off chord..cam sora gua..sebab tu gua xpenah join geng kompang.

6.geng makcik2 mulut longkang

yang ni spesis yang banyak mengomplen pasai kenduri orang tuh..kenduri umah dia..lauk kenduri x sedaplaa..nasik x cukup masak laa...tapi lu jugak yang mula2 cakap..
'lauk kenduri bungkus satu!!!' lu ingat ni mapley ka makcik?

7.geng perokok tegar

haa..geng ni memang wajib ada...tambah-tambah kalau ada rokok kenduri..depa hat kuat balas rokok..reja x buat pun...gua yang buat reja pun isap rokok sendiri bhai..sebab lu orang tibai rokok kenduri...paneh lak gua!!!

8.lahanat potong queue

haa..ni kalau lu orang p buffet punya kenduri..sah-sah la lu orang berbaris cam kat kantin sekolah rendah dulu. tapi..tiba turn lu nak tapau nasik dalam pinggan..rilek ja ada lahanat hat cilok masuk lu punya len..yang lagi tambah panas..kalau dia tak tengok muka lu,tak angkat tangan..dan orang yang potong line lu tuh..orang tua berkopiah..lagi tambah menyirap dalam dada gua..

9.brader juai aiskrim calit

eh..dak..yang ni gua suka..dari kecik lagi gua suka brader juai aiskrim calit dua kupang kat kenduri. pak ngan mak gua ja tak berapa suka kalau gua berkawan ngan brader tuh..sian kan brader tuh?

10.awek2 manis

yang ni paling ramai laa...dan yang ni pun gua tak leh blah. gua tau gua hot..tapi..jangan la goda2 gua..kenyit2 mata kat gua.lu orang buat gua ilang fokus tau dak!!?gua ada tugasan penting kot..gua jadi pengapit!!paham?!!

tu ja gua nak tulis..arrgghh...gua x tulis gak lagi pasai kawan gua punya kawen mawen..aarrghhh!!!

Tuesday, February 1, 2011

ceghita mulut awi

'awi..hang kawan ngn indon mana lak ni?mak x pernah tau pun?'tanya mak awi masa awi dok siap2 nak keluaq melepak.

'indon?'mana ada mak..'jawab awi ngan sopan santun berbudi pekerti mulia.

'tu..mak dengaq kawan hang cakap indon pekat cam dalam drama kat luaq tu..sapa dia?'

awi tergamam...

dalam ati dia..

HARAM PUNYA TOMOKO..

tau la tiap-tiap ari kena tengok pekerja indon kat kilang..tapi..T_T