subjek yang pali paling minat masa sekola rendah dulu adalah alam dan manusia...dan pali pun suka sangat baca ensiklopedia bebas masa tu..nak baca readers digest haram tak paham pun..pali bukan dilahirkan fasih dan lancar dengan balaghah bahasa inggeris..
lagipun otak pali dah terbiasa ngan tulisan samada rumi jawi ataupun hebrew..pali jadi agak lampi sikit berkaitan ngan nombor...payah dia nak jawab soalan matematik nih...kat sekolah dia belajaq balik rumah leas kena tibai ngan rotan masa ngaji Quran..dia sambung belajaq matematik..itu semasa dia mangkaq matematik la..
bila dah master ngan matematik, sifir 12 dah hafal dah..kurang la sikit dia nak study matematik sekolah rendah ni..mudah sangat kot..
bila dia masuk sekolah menengah..dia buleh catch up lagi ngan subjek amtematik untuk PMR.. tak dak hal..tak payah study sangat pun..sambil kencing berdiri pali buleh jawab soalan PMR tu..nasib masa PMR tak dibenarkan jawab dalam toilet ja..kalau dak memang pali buktikan kat pengawas peperiksaan kesenangan soalan matematik PMR tuh..gila tak mencabar..sebab tu senang-senang ja pali kitai soalan matematik PMR tuh..sapa la yang gubal kertas periksa time tuh..sampai lani pali tertenya-tanya..
by the way..
pali cuma belajaq matematik kat sekolah ja..tak dak lak dia pi amik tusyen ka kusyen ka nak mudahkan dia jawab soalan matematik..cuma..dia ngan budak-budak flet lain kerap sangat pi tidoq kat surau flet dengan tujuan study group..tak kira la masa bila pun..hatta musim cuti sekolah...*study group la sangat*
bila pali melangkah kaki ke form 4, pali rasa...alaa..matematik ni sonang yo...tak payah study sangat pun..lagipun honeymoon year kot..lek lu kok tang..fokus dan tumpu pada hoki!tu aim pali.
memang pali tak belajaq setara mana sangat pun time tu...dan seperti yang dijangka...result pertengahan tahun keluaq...
matematik moden pali rembat 9G...hamik kau...mudah sangat amik mudah...
tergamam pali..selalu dia buleh beat soklan matematik nih..melengung dia seminggu...4 game straight pali tak skor masa friendly hoki. pincang dan tumpul...konsentrasi terganggu. padahal kalau time friendly tak skor sebiji tak layak la jadi speedo kiri SABAR.. FACEPALM pali hampir sebulan...
balik rumah...nak kuaq melepak si rakan-rakan sebaya p join tusyen Paksu pulak..tensen pali...sampai la hujung tahun..result still macam hamjadah bagi matematik moden.
pali kena buat sesuatu..
dan..satu hari dia luahkan kat mak dia nak masuk tusyen kat paksu..sebab dia dah bengap matematik...
walaupun tak berapa nak harap ngan anak bujang dia hat sorang tu..dia restu gak pali join tusyen kat paksu belajaq matematik moden sahaja..add math pali tak amik..sebab dia budak kelas arab.
dan..biasala..sekeras mana taik pun..akan keluaq ikut dubur jugak...begitu la pali..belajaq tusyen punya pasai..dia tengok soalan math moden untuk SPM tu macam soalan PMR..gila senang..
ujian pertengahan tahun masa form 5..satu kelas terkejut sekali ngan cikgu adilah hat mengajaq pun terkejut..budak stended 9G buleh dapat 1A dalam math moden?pergh!!!nampak sangat meniru...kata la beberapa kutu hat tak puas ati ngan percaya pada kemampuan pali.*deng!*
tapi..lama-lama..terbuktila bahawa math moden tu memang makanan pali...kertas 1 ka kertas 2 ka..sekali lahap ja..1A dalam tangan la kalau math moden. siap cikgu adilah pun akan refer kat pali jawapan kalau ada sebarang keraguan dan perbezaan jawapan dikalangan budak-budak 5A1 masa dok belajaq math moden. pali still cam biasa..lek lu...kok tang..tak dak hal..makanan semua tu...makanan semua tu..
sampai satu masa...diwar-war kan mana-mana pelajar SPM hat nak sambung belajaq masuk matrik perlu amik add math.. pali haram apa pun tatau apa itu matrikulasi...hat dia tau..abnang dia isi upu masuk uia...cukup dah...tak payah susah-susah..pali wat derk ja..malas nak pikiaq..
tapi..bila budak-budak kelas dia berdegung-degang kata kalau tak masuk matrik tak leh sambung belajaq...ada jugak timbul kegusaran dalam hati beliau..walaupun dia tak plan langsung nak sambung belajaq..masuk askar lagi baguih...
selepas diberi penerangan untuk semua student 5A1 time tu..adala dalam beberapa belas orang hat amik add math..of kos..tidak termasuk pali...walaupun cikgu adillah berkali-kali ajak pali masuk kelas add math..pali masih enggan..tapi..dalam senyap-senyap...dia belajaq gak apa itu add math..sampai la satu masa...pali saja stay dalam kelas add math...belajaq subjek fungsi...ok...gak mencabar..tapi buleh tapau lagi..nak makan payah sikit...tak dak hal laa..
jadi..
next class pali still join gak..walupun pembelajaran agak perlahan masa tu sebab nak bagi semua orang catch up...sekurang-kurangnya la..
selepas 2 minggu kelas intensif add math..cikgu adilah buat ujian..nak tengok hamjad-hamjad kelas arab ni paham ka buat-buat paham sebenaqnya..dan resultnya..pali buleh catch up la subjek add math...bagi fungsi ngn janjang..
dan pada satu petang yang sepi pi pi....
datang la sorang budak pompuan kelas pali kat dia...pali time tu dok pulun bagi siap homework math moden sebab dia malas ak bawak balik buku teks hat berat tu..pali kalau buat math mod ada orang ajaq isap rokok pun dia tamau...minat sungguh beliau..
stended samseng la pali tanya..
'awat..nak apa?'
termanggu si gadis yang sebaya pali tu..
'jangan la cengei sangat pali oi..aku nak mintk tolong sikit ja...'jawab si gadis dalam nada tak berapa puas ati la agaknya..
'nak tanya pa?'
'ni...hang pandai add math kan...nak mintak tolong hang jaq aku buleh dak?'
'tak dak la pandai mana aku ni..kalau pandai aku dah mengajaq hangpa dah..haa...awat...hat mana yang hang tak paham?'
'ni haa...subjek RANJANG ni haa...aku tak paham...'
berkerut dahi pali dengaq nama topik add math hat dia tak pernah dengaq..RANJANG?
secara perlahan-lahan pali usha...
CIBET!!!!JANJANG la!!!!JANJANG!!!!!bukan RANJANG!!!!
selepas kejadian tu..pali terus jumpa cikgu adilah...request nak berenti amik add math...jiwa remaja beliau tersinggung....
subjek RANJANG untuk budak-budak sekolah lani buleh la ajaq...biaq depa paham sikit apa itu sex edukasi...jangan tau nak sex ja...hahahahaha....
Tuesday, July 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment