Sekembalinya aku yang dah lama tak menulis dalam blog ni.Aku nak huraikan dari segi pandangan peribadi aku pulak.
Seperti Pali, aku setuju dengan pandangan dia berkenaan tafsiran politik, walaupun aku tak mengaji dalam sains politik macam beliau.Politik ini
terlalu luas.Sedaq tak sedaq dari bermulanya hidup di dunia ni pun kita dah didedahkan dengan politik.Paling mudah, organisasi keluarga kita.
Pastu masa hangpa masuk sekolah, hangpa terlibat dengan pemilihan ketua kelas kan? ada pilih pengerusi kelab itu, presiden kelab ini Itu politik la tu.
Cuma dasar pemilihan tu macam shit sikit la.Pilih abang- abang senior yang hensem dan kakak- kakak senior yang cun.hahahaha.
Muka macam aku ni tak ruang la nak terpilih.Semua muka mesti ala - ala macam Tomoko.Dah masuk pengajian peringkat tinggi pun, hal ini terus berlaku.
Majlis Perwakilan Pelajar la, apa la.Boleh tara tu kawan- kawan?
Sebagai generasi muda yang telah mendaftar sebagai pemilih, secara amnya aku memandang politik kepartian ini "SAPA DAN APA YANG BOLEH BAWA KEBAIKAN KEPADA
RAKYAT, AKU SOKONG".Apakah semua yang UMNO buat tu salah? Apakah semua yang PKR buat tu semuanya betul? Ada sahabat- sahabat aku yang komen yang berbunyi
"mana boleh macam tu Pian, macam tak dak prinsip pulak" Ai, menyokong yang benar tu la prinsip aku.Benar yang macam mana?
Benar dari apa yang aku rasakan benar.Aku ada penilaian aku sendiri.
Aku tak mau bandingkan keadaan politik Malaysia dengan politik mana- mana negara.Tu bukan cara aku.Tapi lebih suka menyelami dan mendalami pemikiran dan
tahap kematangan kita khasnya orang Melayu berpolitik.Kengkadang dengan berpolitik ini ada di kalangan orang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamat.
Kenapa? Demi mendapat kuasa.Dah ada kuasa boleh la buat macam- macam.Senario yang terjadi di Malaysia, siapa yang ada kuasa dia seakan raja.Padahal dia terlupa
kuasa yang dia dapat tu adalah dari rakyat.Baik pemerintah atau pun pembangkang, masing- masing ada cara tersendiri
untuk mengekalkan kuasa dan mendapatkan kuasa.
Aku nak komen sikit berkenaan senario politik kepartian Malaysia sekarang.Seperti yang kita tau (ada yang tak tau dan malas ambik tau) kita dah menghampiri
ke PRU.Masing- masing sedang mengatur strategi untuk survival masing- masing.Sampaikan kita yang golongan marhaen ni naik pening dan susah hati.Bukan pening
siapa akan jadi PM pulak nanti, tapi pening dengan peel, suasana, karenah pemimpin - pemimpin politik kita.hahahahaha.
Sebagai pengamal FB, aku tengok ramai yang dah menonjolkan sokongan masing- masing.Siap tempek pic badges lagi.hehehe.Senario ni aku rasa sama macam
pasukan bola sepak kita menang Piala Suzuki.Banyak yang main ikut-ikut.Banyak yang mengomen untuk menunjukkan pendirian masing- masing.Semuanya mengikut rentak dan fenomena.
Blogger pun dah mula memainkan dan merancakkan penulisan depa.Ada yang menulis dengan fakta dan ada yang menulis dengan logik emosi semata- mata.
Agensi kerajaan dah mula dikerahkan.Paling kasihan PDRM.Aku paham dilema yang dialami PDRM.Sebagai penjawat awam, sudah tentulah ayat di atas tandatangan anda
yakni SAYA YANG MENURUT PERINTAH menjadi pegangan dan ikatan.Kalau tak diakur, macam - macam karenah, tindakan yang nak dan akan dikenakan.Anak dan isteri di rumah perludiberi makan.Jadi suka atau tidak suka, akur dan patuh jer la.Cari jalan selamat dan main dengan selamat.Mudah cakap, dah elok - elok hidup senang, buat apa cari dan
nak hidup susah.
Aku percaya di dalam hati kecil IGP dan DIGP, depa tau apa yang benar dan apa yang salah.Tapi atas kehendak perkhidmatan dan sebab seperti di atas
terpaksa direlakan jua.
Sebab tu kalau kita perhatikan, ramai penjawat - penjawat awam hanya bersuara selepas pencen.hehehehehe
Friday, July 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sedih habaq hg tgk orang dok pung pang pasai politik ni...eh..bukan politik..tapi parti politik..apa pun depa tak tau....semua pakat ngaku...RAKYAT LANI DAH CERDIK DAH...KAMI BUKAN MACAM DULU...KAMI PANDAI MENILAI..tapi..apa hat depa nilai aku tak tau la...padahal depa sendiri tau.. pi mai pi mai....PKR ka BN ka...mana ada trlepas dari wat menda jadah..mesti ada punya..dah namanya sifat manusia...ada la kurang..tapi...orang kita berparti politik mencari kekurangan orang...bukan cuba untuk melebihkan dari lawan dia...haram!!!tak dak..pi la ceramah PAS ka..UMNO ka..PKR ka...cerita sama...dok kutuk2...buruk2kan sama sendiri..mafakka!!! ni laakibat kalau semua menda nak di parti politikkan...bodoh jenis takleh nak ajaq...buleh bagi penerajang ja...
-pali
Post a Comment