Sekitar tahun 2004, Pian menjalani latihan praktikal di Kamunting. Di sebuah kilang membuat piston dan sleeve block.Nama ja kilang buat piston dan sleeve, tapi praktikal di situ mengajar Pian menjadi seorang yang multi-skill.Tidak cukup dengan mengendalikan pelbagai mesin, dia juga diarahkan mengangkat kayu-kayu tiang peninggalan zaman era kolonial,tukang sapu, tukang kayu dan lain - lain lagi.Nasib baik dia tak diarahkan memberi makan kepada anjing peliharaan bos.Kalau diarahkan pun, apa ada hal? Buat jer la.Pian cuma takut kena gigit dengan anjing baka Rottweiler tu ja.Kalau nak kira haram menyentuh anjing, pegang tangan perempuan bukan muhrim pun haram.Tak gitu Pali?
Sepanjang 6 praktikal di situ, Pian duduk di Bandaraya Bagan Serai.Kira ok la kan hari- hari berulang dalam 48km pi dan balik.
Di persekitaran yang sama, Kadiaq tengah giat bercucuk tanam anggur di sekeliling rumahnya.Selepas tamat perkhidmatan "menggoyang teloq" di Kuala Kangsar
beliau kembali menyumbang khidmat bakti di bandaraya yang dicintai.Alhamdulillah, setelah berpenat lelah berfront support, sit-up, squad jump dan lain - lain, beliau berjaya dalam pemilihan dan dalam proses menunggu surat tawaran perkhidmtan dari TUDM.
Berhampiran dengan tali ayaq (ban), Ijai yang setia menunggang Kawasaki KIPS Victor 150cc sedang berkira - kira untuk menyiapkan dan mencantikkan motor itu.Al maklumlah, raya pun makin dekat ni.Standard beliau sebagai penunggu setia di bandaraya Bagan Serai harus dijaga.
Suatu malam, di Narathiwat (Ini adalah sebuah restoran bersebelahan Pejabat Pos dan rumah Hanis Mayonis dan tidak ada kena mengena dengan Narathiwat, Thailand)
" Wei, la ni hang dok wat apa Kadiaq?" Ijai bertanya soalan dengan penuh nada keihklasan
" Aku la ni berkebun la Ijai.Ada masa aku bersenam.Maklum la aku kan nak jadi Tentera" Nada bongkak Kadiaq kedengaran lagi untuk ke sekian kalinya.
"Aku nak bagi kerja kat hang ni.Keja senang ja.Hang mau? " Tanya Ijai lagi
"Kalau kena dengan bayarannya. Apa salahnya.Aku pun tengah dok free ni. Tapi kerja apa?" Jawab Kadiaq dengan nada yang agak serius.Serius boleh kat dia.
"Macam ni, aku nak buat balik motor aku tu. Tapi aku malaih nak p hantaq kedai.Aku ingat nak upah kawan- kawan ja.Hang boleh buat dak? " Ijai bercakap berlapik - lapik pulak gayanya. Seakan- akan berpuisi pula lagaknya.
"Nak buat macam mana tu Ijai? Aku bukannya reti sangat bab- bab pomen ni.Kecil - kecilan boleh la" Balas Kadiaq.Pengakuan yang agak jujur bagi manusia bernama
Kadiaq.
"Aku ajak Pian sekali la.Dia pun dok ada sini.Dia reti la sikit bab-bab motor ni.Dia kan ada Kriss berbox."cadang Kadiaq kepada Ijai.Bantuan harus di mohon serta-merta supaya tidak jadi kes tikus membaiki labu dan tikus menengok besi.
"Ok gak ajak Pian.Aku nak hangpa cat balik motor aku tu,simen pun hangpa buat sekali.Mana- mana benda yang hangpa rasa kena tukaq,Hangpa habaq mai kat aku"
"Baik Ijai!!!! Esok aku p habaq kat Pian.Dok ingat dia mai malam ni.Tapi dia tak mai pulak, tua dengan tidoq dah la ni" respons Kadiaq
Setelah berjaya mendapatkan persetujuan Pian.Kerja - kerja pembaikan dan penaiktarafan pun bermula.
Warna merah dan hitam dipilih sebagai warna tema motorsikal Ijai.Ini adalah inspirasi dari stripes energy RX-Z 5 speed keluaran tahun 80-an.
Untuk sticker pulak, Mat Kopi telah dihubungi dan beliau bersetuju untuk "cemey" sticker dari kedai sticker Tan.Dia tolak murah- murah ja.
Untuk cover set pulak, Ijai kata tak perlu tukaq.Sembuq cat pun dah cukup.
Pertama sekali, kerja - kerja penanggalan part-part penting.Yang ni memang senang.Kadiaq pun boleh buat dengan bantuan khidmat nasihat dari Pian.
Seterusnya, mengikis cat dan menampal simen pada tangki minyak.Part ni memang leceh.Menjadi amat dan lagi leceh bila nak gosok pulak simen- simen yang ditampal.Naik tebal ibu jari membuat kerja- kerja ini.Tapi sebelum itu, tangki ini perlu dihantar untuk dikimpal pada mana- mana tempat yang bocor.
Setakat tampal dengan sabun mandi, memang tak jadi.
Setelah siap semua kerja- kerja ini, part- part tadi perlu dicuci, dibasuh sebelum masuk ke kerja - kerja penyemburan cat.
Kadiaq menggunakan 2 tong cat merah semata- mata untuk mud-guard saja.Ini betul - betul menimbulkan kemarahan Ijai.Nasib Kadiaq tak diterajang oleh Ijai
seperti mana nasib yang menimpa Pali.Nyaris - nyaris cat nak masuk ke mata Kadiaq gara- gara menyembur cat tanpa membaca arah angin terlebih dahulu.
Masuk ke proses mencuci, Ijai turut hadir di tempat kejadian.
" Ni aku bawak soda ni, nak buat cuci enjin" Kata Ijai
" Soda? Apa benda tu? Ais krim soda ka? Tanya Mat Kerang yang dok menyibuk sekali
" Bukan soda tu.Ni soda untuk cuci enjin.Aku dok pakai buat cuci kapal korek.Senang ja minyak-minyak tu semua keluaq" Kata Ijai dengan penuh berkeyakinan.
" Kita tauk ja celah celah enjin tu.Pastu kita sembuq ayaq,hangpa tengok kotoq-kotoq tu keluaq senang ja. Tak payah teruk-teruk " Tambah Ijai lagi.
Ijai memang suka basuh motor.Hari- hari dia basuh motor.
Selang 10 minit.........
" Takdak apa pun Ijai.Hang kata cepat ja soda ni berkesan.Ni dah lama ni, takdak apa pun aku tengok" Suara Kadiaq dalam nada tidak berpuas hati.
" Sabaq la sat.cebok ada dak ? " Ijai buat permintaan cebok.Dalam bahasa standard, maksudnya gayung air.
" Takdak la.Mana ada sapa bawak pun" Balas Pian
" Guna benda ni ja la.Janji boleh ceduk ayaq" Balas Ijai.Benda ni yang dimaksudkannya adalah lampu motorsikal beliau sendiri.Sungguh kreatif beliau
meneruskan kelangsungan kerja.
Ijai pun terus mencurah air secara bertubi-tubi ke atas ketulan soda yang diletakkan di celah-celah enjin motor beliau.
Ibarat mencurah air ke daun keladi................
"Tak keluaq apa pun Ijai.Dok macam tadi ja " tanya Pian
"Ish, awat ar? Selalu aku buat kat kapal korek.Senang ja keluaq." Respon Ijai
" Selalu hang sembuq, hang buat macam mana? " Tanya Kadiaq tak puas hati.Beliau memang pantang orang buat kerja terhegeh-hegeh ni.
" Selalunya aku pakai water jet.Aku sembung sat ja keluaq" Jawab Ijai dengan jujur.
"Barua hg Ijai.Memang la senang keluaq.Water jet pressure dia tinggi!!!!.Ini hang pakai cebok ja.Mana nak keluaq!!! Issshhh, menyirap aku dengan hang Ijai!!!" Tinggi sekali nada Kadiaq ketika iu.
"Hehehehe.Ya ka? Tak boleh ka? Hehehehe " Jawab Ijai tersengih - sengih
"Errrrrrr....membuak-buak betul la aku dengan hang ni Ijai!!!!" Geram Kadiaq
Friday, July 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment