Sunday, July 10, 2011

pecahan dan perpecahan...

si pemerintah yang memerintah setelah sekian lama memegang tampuk kuasa menyebabkan ada rakyat yang tak senang hati, sebab rakyat pun nak kuasa gak..pasaipa?sebab pemimpin tu manusia biasa, rakyat tu pun manusia biasa gak..rambut sama itam..hati lain-lain..matlamat sama cara ja lain..

jadi, tatkala sebahagian dari rakyat melakukan pemberontakan secara terang-terangan..maka si pemerintah dengan kegelabahan yang menimpa-nimpa telah memerintahkan pasukan lashkar biru untuk memerangi kebangkitan rakyat itu..ada yang dihentak...dipedihkan mata..dibasahkan air..diberi minum...diberi makan...err..*tak mungkin nih..propa lebih ni part makan nih..*

padahal rakyat bukan la membuat pemberontak bersenjata...senjata yang dibawa cuma belalai dalam seluar dan 2 bungkus nasi lemak di dada sahaja..itu pun sudah menakutkan si pemerintah...kalau diikutkan..tiadalah sebarang marabahaya...bahaya lagi pengakuan adik adinda evans yang tiada dara itu..*oh..citer lama...sori..baru teringat nak quote*

namun,

sekiranya...sesiapa jugak yang ada kuasa memerintah..tak kira la setinggi manapun songkok beliau...sebesaq manapun lilitan serban beliau...sehuduh manapun shawl beliau..selabuh manapun tudung beliau..sesingkat manapun skirt beliau...kalau dah namanya manusia yang mahukan kuasa..maka..tiada beza antara si pemerintah dan juga rakyat..

bagi hat belum pegang kuasa..maka depa akan berusaha untuk memegang kuasa..sebabnya memang dah sifat manusia camtu..konflik antara manusia ni tak pernah padam..sejak kes pembunuhan manusia yang pertama pun..adalah kerana konflik merebutkan kuasa...power of favor...kuasa di mana anak adam dipilih berdasarkan ketaatan dan ketaqwaan..dan korupsi dah pun berlaku masa tu...bagi pihak yang tak berpuas hati..

conflict of interest is inevitable..

itu dari segi konflik..

jadi..jika dilihat dari segi menghapuskan korupsi dan rasuah..adakah jenayah ini akan terhapus secara total sekiranya si rakyat memerintah?baik..secara logik akalnya..kita masih belum tahu kekuatan dan kemampuan si rakyat...adakah si rakyat mampu untuk berjalan seperti yang dicakap ataupun bercakap sambil berjalan sahaja? umur rasuah dan korupsi setua bisnes lendir aka pelacuran..no cure for it..

jadi..

isu rasuah dan korupsi ini..

adakah socialism boleh menghalang?democracy?autokratik?ataupun berdemonstrasi jalanan?ataupun memprotes demonstrasi jalanan?mampu kah?hukuman headshot kat belakang kepala guna AK47 pun masih tak mampu menghapuskan gejala rasuah kat china..

kurangkan possible..nak hapuskan?haha...terhapusnya manusia dari muka bumi baru terhapusnya korupsi dan rasuah...sebab tu Kerajaan Malaysia panggil Badan PENCEGAH Rasuah..ataupun..Suruhanjaya PENCEGAHAN RASUAH Malaysia...ianya boleh dicegah..tak boleh dihapus sama sekali..

ya..yaa....orang akan cakap...KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM yang sebenar..sama macam zaman Nabi..InsyaAllah..masalah ni akan selesai..

ok..kembali kepada ajaran Islam..dari segi pentadbiran, undang-undang dan ekonomi..semuanya berbalik kepada Islam..tapi..sudahlah sifat manusia itu sukakan sesuatu yang terhalang...maka, tidak dapat tidak..depa akan melanggarnya jugak...sejauh manapun pelaksanaannya..

sebagai contoh bangang:

budak-budak HS dan Law dan Econs di matrik uiam PJ fly p fourteen pada pukul 12 malam. menda ini dilarang sama sekali,tapi..masih dilakukan walaupun setiap malam ada pemantauan.

budak-budak lelaki akan nampak seorang gadis 'menjadi bogel' tatkala depa melihat gadis -gadis menayangkan dada yang berenjut dalam baju ketat di khalayak ramai...walaupun si gadis memkai lengkap dengan shawl dan jugak fesyen gypsy mabuk minum brandy mana ntah..

budak-budak SMKA Kerian akan fly meredah hutan sawit semata-mata nak p makan kat RnR Bukit Merah walaupun kawasan sekolah telah dipasang pagar jasmani dan rohani..*pergh!!!*

semakin tersekat manusia itu, semkain terdesak manusia itu, maka depa akan melakukan apa sahaja untuk keluar dari situasi tersebut.

jadi..pali dok pung pang ni...setakat gebang ja...ada solusi dak?setakat pung pang tak dak solusi baik sengap ja...ya dak??

solusi?

cuba try tiap-tiap pagi pi semayang subuh jemaah dulu kat masjid..baru nak perangi menda lain..nak jadi hero jalanan sekalipun...pi solat subuh kat masjid dulu..pali masih lagi mencuba..

tak payah nak pung pang pung pang nak bersilat laa..nak passing memorandum laa..nak belarak laa...nak buat roadblock la..untuk genarasi masa depan la...padahal..apa pun tak dak...

dan lagi satu..jangan nak sembang pasai communism ngan socialism depan budak sains politik kalau setakat paham communism itu bintang tiga..dan jangan nak sembang pasai democracy berparti depan budak yang sedang makan nasi gulai ayam...tersedak bhai...

manusia terpisah bukan kerana berlainan agama, bukan kerana warna kulit, bukan kerana perbedaan pendapat, bukan kerana bahasa yang berlainan..tapi...

hanya kerana

kerana terdapat label dalam otak yang bias...

1 comment:

saya said...

"ya..yaa....orang akan cakap...KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM yang sebenar..sama macam zaman Nabi..InsyaAllah..masalah ni akan selesai..

ok..kembali kepada ajaran Islam..dari segi pentadbiran, undang-undang dan ekonomi..semuanya berbalik kepada Islam..tapi..sudahlah sifat manusia itu sukakan sesuatu yang terhalang...maka, tidak dapat tidak..depa akan melanggarnya jugak...sejauh manapun pelaksanaannya.."

ye..memang betul. sebab apa berlaku macam ni? sebab aqidah tak mantap. kebergantungan terhadap Allah tak kuat. kepercayaan terhadap kuasa Allah, azabNya utk yg berbuat jahat, balasan syurga utk yg berbuat baik tak kuat. makanya jadilah orang melanggar peraturan dan hanya nak buat seronok dengan apa yg dpt dilihat di depan mata sahaja.

Wallahualam.