Saturday, March 26, 2011

Patriotik

Sementelah aku menganalisis secara tidak rasmi, aku rasa ramai anak - anak muda di Malaysia kurang semangat patriotik.
Hatta, yang bergelar penjawat awam, yang bertugas sebagai anggota keselamatan pun bila aku tanya
"Hang sanggup mati tak untuk negara?"
Jawapan yang aku terima " Tak mau ar aku.Buat apa.Baik buat benda lain" Tu dia pemikiran orang kita zaman sekarang.
Itu jawapan orang yang dah ditanam dengan benih patriotik.Tanam dan semai,malangnya tidak tumbuh dengan subur.
Mengapa?


Mungkin ada yang menafsir "sanggup mati untuk negara" adalah pencapaian tertinggi dalam tingkat patriotik.
Dalam Islam, syahid tahapnya.Tapi hakikatnya?

Sebelum aku pergi lebih jauh,suka untuk aku huraikan apa itu patriotik.Secara mudahnya,SEMANGAT CINTAKAN
TANAH AIR.Macam hangpa dok bercinta, demi cinta hangpa sanggup buat saja.walaupun ada kalanya diri boleh terkorban.
Betul dak Pali? Itu la yang sepatutnya ada pada diri semua orang.Patut ada, tapi ada ka? Bagi aku takdak!!

Mengapa dan kenapa?

1) Kurang penekanan kepada semangat kebangsaan- Sepanjang aku mengaji dulu, aku rasa takdak langsung ditekan kepada
hal ini.Dok harap pada subjek sejarah.Itu pun hanya dok menceritakan tentang perjuangan AMENO seakan- akan
negara ini depa yang buat, depa yang bagi ada semua.Kita sendiri tidak pernah diajar bagaimana nak jadi warganegara yang baik.Apa yang di momokkan ialah
Malaysia adalah role - model kepada negara lain yang berbilang kaum.hahahaha.Geli geleman pun ada.

2) Semangat yang datang sekali sekala - contoh mudah.Bola Sepak kebangsaan.Berapa ramai antara kita yang mula sokong
pasukan kebangsaan setelah depa menang Piala Suzuki? Masa tu la ramai dok mula pakai jersi Malaysia.Ultra Malaya la
apa la.Dan - dan la hangpa.Contoh lain ialah masa sambutan Hari Kemerdekaan.Berapa ramai yang mengibarkan kan bendera Malaysia?
Berapa ramai yang sanggup mengeluarkan modal sendiri p beli bendera tu? hahaha Aku rasa ramai yang harap dapat free dari
stesen minyak dengan plaza tol ja.Bendera yang berteraboq atas jalan pun kita kadang- kadang segan nak kutip.Atau kita sekadar mengibarkan bendera pada
Merdeka ja?

3)Manja lebih - Ini aku tujukan khas untuk generasi - generasi muda ni.Hangpa memang banyak lemak ar.Main bola
pun dalam rumah yang biliknya ada aircond.Pastu hangpa banyak demand.Bila disuruh atau diarah,hangpa tanya balik " Kenapa? "
Penampaq mau? Aku cukup ralat dengan orang yang banyak bersoal kenapa dengan aku.AKu tau la hangpa bijak - bijak.
Lahir di zaman boarderless world.Semuanya di hujung jari.Lahir- lahir terus kena sejuk aircond.Tapi itu bukan
bermakna hangpa ni secanggih- canggih umat.Yang Melayu leh tahan la tahapnya, yang bukan Melayu? Itu pasal aku sokong kenyataan Zahid Hamidi berkenaan
bukan Melayu tidak berminat sertai tentera kerana tidak patriotik.

4) Dok berpegang pada falsafah " Dulu aku.........." - Ni aku tujukan pada orang- orang lama plak.Dulu - dulu ar.
La ni, la ni.Zaman hang dulu lain.Zaman la lain.Mungkin zaman hang dah berakhir.Hang kena terima hakikat tu.Masa hang
servis dulu, awat hang tak hingaq? La ni dah pencen baru nak hingaq.Pasal dulu hang jaga bintang? jaga title Dato` hang?
La ni hang dok diam- diam, cukup bulan pi cucuk atm, pi ambik pencen penuh hang sudah.Harimau tua yang dah tak bertaring
dan berkuku, sapa nak takut?

5) Kurang "Kejantanan" - tu istilah sesopan mungkin yang leh aku tulis.hehehe.Dok hingaq sana sini, kita kena berani.
Kita tak boleh takut.Kita perlu berjuang ke tahap yang lebih baik.
Berani kepala bapak hangpa! Mai tang hangpa..dua,dua tangan hangpa pakai wat tadah teloq seumpama menatang minyak yang penuh.
Macam ni punya perangai hangpa nak bercerita pasal sayangkan tahah air? Rentikan lerrrrrr.......

Kesimpulannya.kita memang "kurang" semangat patriotik.

Sekian.

3 comments:

Mahligai Hantaran Doorgift said...

i like!!!cuba ang tanya bangsa lain....depa sanggup ka x???ang tau apa de pa kata....aku dah penah tya dah..depa kata sanggup....kalau ang tgk atlet2 malaysia yg bangsa lain...depa kata apa...depa main ni untuk negara....siap dengar lagu negaraku siap teriak...hahaha...bila pikiaq balik...jadi malu lak aku...huhuhu...

the pali said...

buh penampaq ja...br depa paham..hahahahahaha

Si teNang said...

demi negara yang tercinta~
ku curah bakti penuh setiaaa~

persoalannya...ok ka nak berkorban utk negara yg makin ntah papa nih? huhu