Thursday, March 3, 2011

nak sangat!!!

selepas habis training hoki pada pagi sabtu yang cemerlang..
pali,mali,mat kopi,kadiaq,sahal dan in gunta bergerak menuju ke arah bandaraya dari sekolah tercinta..
sebagai seorang pelajar form 4,itu adalah honeymoon year..

dan haneymoon year ni adalah tahun yang mana setiap pelajar akan pergi berhoneymoon dengan pasangan masing-masing..
walaupun pali jua mepunyai pasangan pada masa itu...
*speedo aka winger kiri SABAR kot,xtak kan tak dak gadis minat,kn?dah la jambu..*
tak dak la pulak pali menghabiskan masa berhoneymoon ngan pasangan dia..sebab pasangan dia tengah dok pulun nak amik PMR *junior*walaweh!!!*

sesampai ja depa berenam kat bagan serai..
terus lah depa melantak nasi kat Toko Hudaya..
dan kemudian memarkingkan serta melandingkan diri kat umah kadiaq hat family dia tak dak..
semua diam merenung tv kat rumah kadiaq..perut kenyang..badan letih memang sesuai la nak bantai tidoq..
disebabkan beberapa rancangan TV yang membosankan..
terpacul la idea yang agak bernas pada tengahhari tu..

'mandi ban nak dak weh?' suggest mali tanpa sebarang rasa was-was..

'buleh gak..tp..perut tengah kenyang kot...rilek..satgi pukui 3 baru kita p..'kata sahal..seorang warga simpang empat,berkening bersambung dan bertindak sebagai pertahanan tengah yang kental..sebab sahal adalah pelajar yang paling tinggi dalam SABAR..kalau masa perhimpunan hari Isnin..dia sorang ja tak buleh cakap sebab kalau dia cakap gak ngn kawan-kawan lain..konpem..kena libas ngan cikgu aziz..

'satgi la mali..tidoq la dulu..tengok tv kaa..'tambah kadiaq.

'dalam pukui 3 kita p laa..nanti abang kadiaq tunjuk camna cara nak buat lipat dekat ban..pali..hang main terjun bom cukup'sambung kadiaq lagi.

pali membalas dengan jari tengah sebab pali memang tak reti nak buat lipat aka back somersault..ataupun..gaya terjun papan anjal sukan asean..hat pali reti...junam or tiruk dan terjun bom..
kadiaq renyeh ngan riang sebab dia berjaya menganjing pali.JAHANAM!!!

tepat pukui 3..
dalam keadaan mamai-mamai ulat gonggok..
maka bergerak la sahabat-sahabat ini ke arah ban..
line clear!!!cantek!!tak dak orang mandi ban...
sahabat-sahabat ni pakat buka baju...seluaq ja depa tak londeh sebab pakai seluaq training hoki pagi tadi..
kadiaq yang dikenali sebagai anak muda yang belagak..mengambil posisi di atas besi pengadang atas titi...

'pali..tengok aku buat camna!!!'jerit kadiaq dalam keangkuhan..sambil melonjak badan beliau ke atas..dan melenturkan badan ke belakang..sehingga membuat pusingan 360 darjah..sebelum kaki mencecah ayaq ban..dan diiringi oleh hamburan pujian dari sahal..
pali dok lepak ja..sebab dia cemuih dah tengok kadiaq buat macam tu..

mat kopi pun sama..menunjuk gaya yang lebih kurang sama..
jadi..
sebagai seorang anak muda bagan serai..malu la pali kalau dia tak tunjuk gak..tambah-tambah In Gunta pun lipat jugak...
itu tidak adil...In Gunta adalah warga Selinsing..Simpang $ semanggol..tak bleh jadi lagu ni..pali nekad nak buat lipat gak utk pertama kali..dia dah nekad!!

tatkala keyakinan tengah tinggi tu..

mali mengambil posisi..sambil renyeh senyum tengok pali..

'bab..hang tengok camna abang-abang buat lipat ni..baru hang buat..'

HARAM!!! kata pali dalam hati sambil membuat muka ketat.

mali menyedut nafas dalam-dalam..
dan memberi sekeping senyuman pada pali sebelum melonjak kan diri beliau ke udara..
membuat pusingan somersault 360..

1 kali...pusing somersault..

2 kali...pusing somersault..

KELEBUSSHHHH!!!!bunyi ayaq memercik.

semua tergamam..tapi pali dak..pali dok merenggah ataupun ketawa dengan riang dari atas titi...sampai keluaq ayaq mata..

tatkala melihat terjunan mali yang mana..bukanlah kaki beliau yang mencecah ayaq..tapi..belakang mali hat kena ayaq dulu..
cuba bayangkan..dari ketinggian 3.5 meter...belakang badang tanpa sebarang baju..terhempas atas ayaq...yang boleh mendatangkan kepedihan melampau..

yang mana..
belakang mali menjadi merah..
dan menyebabkan mali terdampaq kat tebing ban..
cm penyu nak beteloq..

dan secara tak langsung membuat kan pali masih bertawa riang..sambil membuat terjun junam yang perfect..
sebab dia teruih ilang keyakinan nak buat terjun balik kuang aka terjun lipat belakang..

tak konfiden bhai...tak rela ditampaq pak cik ban di tengah belakang..
pedih bhai..birat tengah belakang...buleh sesak nafas ooo...

No comments: