Sunday, January 23, 2011

cerita melapuk

Sekitar tahun 2006....

Jam:2200hrs

Lokasi: Garaj belakang rumah kadiaq

"Busan betul la aku.Hari - hari kita 3 orang ja lepak.x best betul ar" Malek a.k.a Mat Kerang bersuara

" Dah tu hang nak ramai p lepak ngan geng kampung Chak Raya ar" sound Bulat

"Wei,jom p minum ayaq.Busan aku dok nganga lama2 kat sini" Pian lak bersuara

Ketika itu musim IPT tidak bercuti.Jadi populasi geng flat amat - amat la kritikal.Pian tengah praktikal kat Kamunting.Kilang buat piston ngan sleeve bernama Izumi.
Manakala 2 lg kawan-kawannya, Bulat dan Mat Kerang baru abis SPM.Tengah melangut sementelah menunggu mendapat kerja
untuk menampung duit poket dan duit rokok depa.

" Jom ar.P minum kat kedai Boy.Motor ada 1 ja ni.Takkan nak naik bertiga kot" Mat Kerang bersetuju

"Motor Fame Amat -Amat Power kan ada.Hg p la amik kunci kat pak hang tu" Bulat memberi cadangan.Bijak pulak si Bulat
di saat itu.

"Okok.Helmet ada wei?" Mat Kerang bertanya lagi

"Argh.Tak payah helmet la.Bukan jauh mana pun kita nak p.Lintas jalan besaq tu ja" Bulat bersuara lagi

"Jom ar lekaih.Dok mesyuarat plak hangpa ni" Pian meninggikan nada suaranya.Terhegeh - hegeh betul kawan - kawan dia
yang baru lepas SPM ni.

Setelah hampir 2 jam melapuk di kedai Boy.......

"Jom balik ar.Esok aku nak kerja plak"Suara Pian di saat jarum jam menunjukkan angka 1200.

"wei,tu ada polis ar kat hujung simpang tu.Seriau aku nak balik"Bulat berkata

"Ala,relex ar.Kita kat kampung ja pun.Takkan dia nak saman kot" Mat Kerang cuba menyakin kan Bulat

"Ish,seriau aku aih.Mau kena saman nanti penat nak bayaq.Aku mana ada duit.La ni depa saman,x kira penunggang ka pembonceng,2,2 depa saman." Bulat masih tidak yakin

"Jom la Bulat.Kita cilok kot jauh sket" kata Mat kerang lagi.

Arakian Bulat pun menunggang la motor itu bersama - sama Mat Kerang.Pian? Pian dah tentu la dgn Kriss Hitam bersport rim LC lengkap dengan Box beliau.

Sesampai di flat.Di garaj flat.........

"Hisap rokok sebatang dulu wei.Pastu kita balik ar.Hangpa bukan ada anak bini pun nak balik awal2" Cadang Pian

"Aku masuk rumah sat ar" Malek berkata

Selang beberapa minit.........tetiba...........

"Assalammualaikum!!!!!!!!!!"

"err..errr...Waalaikummussalam Cik" jawab mereka semua.

" Tadi sapa yang naik motor x pakai helmet?" Tanya encik polis

"err.errr saya cik" jawab Bulat dalam keadaan panik

"Bagi IC dan lesen kamu semua" sound encik polis lagi.

Pian xdak masalah.Dia clear.Semua serba serbi lengkap.Dia kan penunggang berhemah.

cuma Bulat yang bermasalah.

Di saat depa menghulurkan dokumen - dokumen berkenaan.Depa menyedari..........

Kehilangan Mat Kerang.Di manakah beliau?


"Nah,surat saman kamu.Lain kali bawak motor pakai helmet.Kepala kamu tu bukan keras macam batu.paham? "

"Terima kasih encik.Saya janji saya bayaq saman ni" Bulat melafazkan ikrar dalam keterpaksaan.

Selepas polis bersurai.........

Tetiba............

"wei Bulat,hang kena saman ka? Pasal apa? " Mat Kerang tetiba muncul

"Barua betul.Ni semua pasal idea hg la ni.Hang p mana tadi?" Bulat bertanya dalam nada yg x puas hati

"hehehehe.Time aku nak kuaq tadi.Aku nampak polis sampai aku menyorok belakang pintu ar tadi.Nasib baik.Nasib baik.hehehe" gembiranya Mat Kerang

Mat Kerang mmg cekap take cover.Dari dulu,kini dan mungkin selamanya.......

"Mana aku nak cari duit nak bayaq saman ni? sob..sob" suara Bulat dalam nada kesedihan

No comments: