Friday, February 10, 2012

ikhlas hati gua

before this gua penah taip kat wall fb gua..apa beza sassanid ngan uthmaniyyah...

sebab gua ada terbaca berkenaan dengan semangat umat muslim nak wujudkan kembali kegemilangan daulah islamiyyah...nak wujudkan kembali dunia Islam di bawah satu pimpinan khalifah..

gua ok aja..

tapi..yang gua tak okay bila ada kutu-kutu yang tak faham tentang sistem khalifah ini.

pendapat gua, sistem khalifah dalam Islam telah tamat dan mati dengan kematian Saidina Ali bin Abi Talib. yaaa...bukan berakhir dengan runtuhnya empayar Turki Uthmaniyyah!!!ianya telah berlaku lebih awal, paham dak?

then mua'wiyah naik jadi khalifah bagi Dinasti Umayyah..gua lebih suka gunakan dinasti dari khalifah sebab sistem penurunan kuasa adalah secara hereditary..bukan pemilihan zaman ar-rasyidun..

selepas beberapa ratus tahun..naik pulak Dinasti Abbasiyyah...kemudian naik pulak Dinasti Turki Uthmaniyyah..lepas tu zaman negara bangsa model barat lak diperkenalkan..sampai lani..

yang sebenarnya..

itu adalah dinasti-dinasti yang besar sahaja dalam sejarah Islam, kerana terdapat lebih banyak kerajaan-kerajaan Islam lain di area tu masa tuh..aah..lu orang google la sendiri..lempang lelaju kang!

dan...di antara dinasti-dinasti yang wujud ni, konpem ada punya persengketaan..sedangkan adik dan abang dalam satu family buleh berparang, inikan pulak berlaianan keluarga diraja..hikhikhik...

dan..point gua adalah...

apa guna nak revive khalifah islamiyyah yang bermodelkan dinasti-dinasti terdahulu?

apa relevan kewujudan khalifah islamiyyah sekiranya sistem pentadbiran tiada beza dengan si majusi sassanid?

*pause*

ok..ok..betul..dari segi agama, perundangan, ekonomi..blaa..blaa..blaa..yaa..yaa...banyak beza ngan sassanid..

tapi..apa yang menentukan hala tuju dan bentuk sosio-politik, ekonomi dan perundangan sesebuah pemerintahan kat muka bumi nih?

hah?

apa dia?

yaa...

kuasa!!!kuasa pemerintahan!!!

tau pun!sebab tu DSAI ketagih nak jd PM..

btw..

kalau sistem pemilihan khalifah sendiri tak telus..apatah lagi sistem yang lain?

oleh yang demikian..

kalau pemerintahan khalifah islamiyyah berpaksikan dinasti..lebih baik gua hidup di bawah kerajaan demokrasi yang sekular...hahahaha..

2 comments:

Anonymous said...

khalifah umar abdul aziz camane pulak?

Anonymous said...

khalifah itu cuma gelaran..tak kira la kalau nama khalifah itu khalifah mohd rodzi sekali pun...as long as depa menggunapakai sistem dinasti aka monarki berketurunan sendiri..gua prefer sistem demokrasi sekular..paham?hadoilaaa...itu yang gua suh lu pahamkan anon!!!