Sunday, February 12, 2012

Sikap dan peel

Terus - terang aku cakap dengan hangpa semua, sejak berkenderaan sendiri ni aku jarang sekali naik pengangkutan awam ni. Tak kira apa jenis sekali pun.Bukan niat aku nak berlagak, nak eksen ka apa ka.Tapi aku rasa lagi mudah dengan naik kereta aku tu.Walaupun tak la semewah, semahal mana. Tapi tak pernah pulak kereta aku tu buat hal hatta semasa melalui jalan Gerik sekali pun.Hehehehe.Banyak dah jasa kereta tu dengan aku.Tapi pengalaman aku menaiki kenderaan awam selama ni, ada sekolompok kecil penumpang - penumpang pangangkutan awam ni yang pada aku bersikap agak menjengkelkan dan cuba membuat pengangkutan awam itu macam bapak dia punya.Antaranya ialah:-

1) Lubang aircond tu nak tala kat dia semua - Orang lain pun tau gak rasa hangat bro.Hang tala aircond hang sudah la.Tak payah la tala hat orang kat hang.

2) Gantung beg tangan, porch bag, dll kat seat penumpang hadapan - Ini memang perangai yang agak haram jadah bagi aku.Kot hang banyak sangat beg, Hang simpan la kat tempat bagasi tu.Dak pun hang gantung ja la kat seat hang.

3) Bawak patung beruang, ikan lumba- lumba, katak puru,beruk untuk teman tidoq - Gadis - gadis selalu buat ni. ni apa jadah ni? hang ingat ni tilam empuk rumah hang ka yang segala mak nenek hang nak bawak naik atas bas?

4) Perturun seat sampai orang belakang nak angkat lutut pun tak boleh - Ni memang jenis nak tua dengan tidoq punya perangai ni.Dia tak kira apa. Janji dia nak tidoq dengan selesa.

5) Bawak kain gebaq yang tak pernah basuh untuk dijadikan selimut - kalau ya pun tak minat pakai baju sejuk, takdak sweater, hang bawak la kain gebaq hat elok dan wangi sket. Ini habis 1 bas bersin kerana hang.

6) Hisap rokok dalam bas - La ni aku tak tau la ada ka dak lagi.Tapi zaman - zaman aku remaja dulu, budak - budak baru nak up suka sangat buat kerja ni masa naik bas merah.Hang pernah buat dak Pali?

7) Bukak kasut yang kaki berbau pekung - ni pun jenis buta perut gak ni.

Cukup la senarai pendek yang aku nukilkan di sini.Kesimpulannya, orang lain juga membayar tiket sama seperti anda. Jadi ingat- ingatlah sama orang lain itu sebelum anda membuat apa-apa tindakan.

2 comments:

wAwA^cHan said...

alalala~ :p

tapi skang kne salu naik bas, so sabar ye syg? :p

Anonymous said...

soalan ke 6:

jawapan dia...

'aku isap rokok pun tak..camna aku nak wat perangai huduh lagu tu cha?'

-pali