Sunday, February 12, 2012

Sikap dan peel

Terus - terang aku cakap dengan hangpa semua, sejak berkenderaan sendiri ni aku jarang sekali naik pengangkutan awam ni. Tak kira apa jenis sekali pun.Bukan niat aku nak berlagak, nak eksen ka apa ka.Tapi aku rasa lagi mudah dengan naik kereta aku tu.Walaupun tak la semewah, semahal mana. Tapi tak pernah pulak kereta aku tu buat hal hatta semasa melalui jalan Gerik sekali pun.Hehehehe.Banyak dah jasa kereta tu dengan aku.Tapi pengalaman aku menaiki kenderaan awam selama ni, ada sekolompok kecil penumpang - penumpang pangangkutan awam ni yang pada aku bersikap agak menjengkelkan dan cuba membuat pengangkutan awam itu macam bapak dia punya.Antaranya ialah:-

1) Lubang aircond tu nak tala kat dia semua - Orang lain pun tau gak rasa hangat bro.Hang tala aircond hang sudah la.Tak payah la tala hat orang kat hang.

2) Gantung beg tangan, porch bag, dll kat seat penumpang hadapan - Ini memang perangai yang agak haram jadah bagi aku.Kot hang banyak sangat beg, Hang simpan la kat tempat bagasi tu.Dak pun hang gantung ja la kat seat hang.

3) Bawak patung beruang, ikan lumba- lumba, katak puru,beruk untuk teman tidoq - Gadis - gadis selalu buat ni. ni apa jadah ni? hang ingat ni tilam empuk rumah hang ka yang segala mak nenek hang nak bawak naik atas bas?

4) Perturun seat sampai orang belakang nak angkat lutut pun tak boleh - Ni memang jenis nak tua dengan tidoq punya perangai ni.Dia tak kira apa. Janji dia nak tidoq dengan selesa.

5) Bawak kain gebaq yang tak pernah basuh untuk dijadikan selimut - kalau ya pun tak minat pakai baju sejuk, takdak sweater, hang bawak la kain gebaq hat elok dan wangi sket. Ini habis 1 bas bersin kerana hang.

6) Hisap rokok dalam bas - La ni aku tak tau la ada ka dak lagi.Tapi zaman - zaman aku remaja dulu, budak - budak baru nak up suka sangat buat kerja ni masa naik bas merah.Hang pernah buat dak Pali?

7) Bukak kasut yang kaki berbau pekung - ni pun jenis buta perut gak ni.

Cukup la senarai pendek yang aku nukilkan di sini.Kesimpulannya, orang lain juga membayar tiket sama seperti anda. Jadi ingat- ingatlah sama orang lain itu sebelum anda membuat apa-apa tindakan.

Saturday, February 11, 2012

ah so dan asam-asamnya III

'wei..pian..rini buleh balik awai la kan?ah so nak raya cina?'tanya salsabil sambil dok punggah kotak dalam stor.

'tak tau la aku..tapi..ya kot..dia nak makan besaq lagi..uiii..buleh dapat angpau la kita!!'jawab pian sambi menambah ketekunan memunggah kotak-kotak bagi tujuan pembungkusan asam jawa.

gua masih bertinggung memakan gaji buta sambil menghisap rokok dunhill.tahun 2002. murah lagi dunhill masa tu.

'arap-arapla buleh balik awai..dapat angpau...buleh la kita simpan dalam bank untuk jaminan masa depan kita.'gua mencelah.

*pause*

ok..dialog tu gua tipu..hakikatnya..

'arap-arapla buleh balik awai,dapat angpau..buleh main counter strike sejam dua jam..hangpa buleh chatting sampai dapat awek lagi..tak gitu pian?'gua mencelah.

pian renyeh ja...macam la gua tak tau aktiviti dia berchatting di ruang maya mencari kenalan. nak antaq gambaq posing maut kat majalah URTV takut kantoi kena bahan lak ngan rakan selepak..lagipun, mana ada budak Flet berani nak buat menda jadah seperti membeli majalah URTV..buleh rosak genetik..tau dak?kalau komik Ujang edisi bumper tu memang la ada kutu yang beli..

dalam kepala gua..dah terbayang..malam ni gua nak cipta rekod..nak headshot semua terrorist guna pisau..kalau guna pistol tu perkara biasa gua buat..siap la korang semua...getus gua dalam hati...menggunakan slang Key El.

gua tengok jam..aahh..dah dekat pukui 5 dah..buleh pi semayang asaq nih..

gua cari botak..gua miskol henset botak..emm..ok..gua tipu lagi..lancau gua tak pernah pegang henset time tuh..

gua tengok botak tengah tekun bekerja..yaa...bekerja menghabiskan sebatang surya gudang garam..bukan menghabiskan sebarang kerja kat kilang ah so..gua sound botak..gua nak semayang asaq sat..botak angguk..

dengan penuh tawadduk dan khusyu' gua beribadat..hampir 20 minit gua menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Ilahi..

sebelum telinga gua dikejutkan oleh sora botak..

'ebab!!ah so panggil..dia nak bagi angpau aku rasa...'

angpau!!?mata gua membulat bak budak-budak camwhoring lani..pantas gua bangun. dan menuju ke arh botak yang tersenyum riang..

yieeehaaaaaaaa!!!!!

botak ajak gua pi kat tempat amik gaji..ati gua dah berbunga riang..dari kejauhan..gua nampak pian ngan salsabil dah ada kat situ berborak manja dengan seorang pekerja lelaki melayu yang lain.

gua tak prejudis langsung ngan titik masa waktu tu..

gua cucuh sebatang rokok sambil berjalan beriringan ngan botak..

gua nampak ah so kat depan opis dia..tersenyum riang..

membuatkan kaki gua mengorak langkah dengan lebih pantas dan luas..

oh angpau...itu yang bermain di pikiran gua...

*pause*

15 minit kemudian...

'nak harrrommm punya ah so...mati-mati ingat nak bagi angpau..'

'sabaq pali..sabaq'ujar salsabil.

pian senyap tak terkata apa..

botak dok renyeh tengok gua...

sambil kami berempat bertungkus lumus menyiapkan menda alah ni..



untuk kegunaan ah so and family..

angpau ke mana..balik awai ke mana..

jilake punya ah so..nasib gua tak jaga HR lagi time tuh..kalau tak memang masak la lu ah so masa tu..

Friday, February 10, 2012

ikhlas hati gua

before this gua penah taip kat wall fb gua..apa beza sassanid ngan uthmaniyyah...

sebab gua ada terbaca berkenaan dengan semangat umat muslim nak wujudkan kembali kegemilangan daulah islamiyyah...nak wujudkan kembali dunia Islam di bawah satu pimpinan khalifah..

gua ok aja..

tapi..yang gua tak okay bila ada kutu-kutu yang tak faham tentang sistem khalifah ini.

pendapat gua, sistem khalifah dalam Islam telah tamat dan mati dengan kematian Saidina Ali bin Abi Talib. yaaa...bukan berakhir dengan runtuhnya empayar Turki Uthmaniyyah!!!ianya telah berlaku lebih awal, paham dak?

then mua'wiyah naik jadi khalifah bagi Dinasti Umayyah..gua lebih suka gunakan dinasti dari khalifah sebab sistem penurunan kuasa adalah secara hereditary..bukan pemilihan zaman ar-rasyidun..

selepas beberapa ratus tahun..naik pulak Dinasti Abbasiyyah...kemudian naik pulak Dinasti Turki Uthmaniyyah..lepas tu zaman negara bangsa model barat lak diperkenalkan..sampai lani..

yang sebenarnya..

itu adalah dinasti-dinasti yang besar sahaja dalam sejarah Islam, kerana terdapat lebih banyak kerajaan-kerajaan Islam lain di area tu masa tuh..aah..lu orang google la sendiri..lempang lelaju kang!

dan...di antara dinasti-dinasti yang wujud ni, konpem ada punya persengketaan..sedangkan adik dan abang dalam satu family buleh berparang, inikan pulak berlaianan keluarga diraja..hikhikhik...

dan..point gua adalah...

apa guna nak revive khalifah islamiyyah yang bermodelkan dinasti-dinasti terdahulu?

apa relevan kewujudan khalifah islamiyyah sekiranya sistem pentadbiran tiada beza dengan si majusi sassanid?

*pause*

ok..ok..betul..dari segi agama, perundangan, ekonomi..blaa..blaa..blaa..yaa..yaa...banyak beza ngan sassanid..

tapi..apa yang menentukan hala tuju dan bentuk sosio-politik, ekonomi dan perundangan sesebuah pemerintahan kat muka bumi nih?

hah?

apa dia?

yaa...

kuasa!!!kuasa pemerintahan!!!

tau pun!sebab tu DSAI ketagih nak jd PM..

btw..

kalau sistem pemilihan khalifah sendiri tak telus..apatah lagi sistem yang lain?

oleh yang demikian..

kalau pemerintahan khalifah islamiyyah berpaksikan dinasti..lebih baik gua hidup di bawah kerajaan demokrasi yang sekular...hahahaha..

Thursday, February 9, 2012

hahahahahaha...tasha manshahar pulak dah.....



hahahahahaha..

bandwagon...

bandwagon...

cukup-cukupla retis youtube nih...

cukupla setakat yuna...

yang lain-lain ni..

buatla menda lain..main caklempung ka...kestenet ka..kayu tik tok ka..

macam jilake faham!!!

ok..gambaq gua culik dari gugel.....gua kisah hapa ada watermark ka watergate sekalipun?

Wednesday, February 8, 2012

kaki share maklumat palsu




Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

.....................................................................................

respon:













klik gambaq nak bagi besaq...aish..tu pun gua nak kena tulih ka?
.....................................................................................

respon gua...

kalau yahudi taknak lu orang tau..camna lak ada kutu buleh tau pasai ni siap post kat fb lagi?ka yang buat perkongsian ilmu dan maklumat ni seorang yahudi?hahahahahahahahaha...

hitler's holocaust ngan yahudi bunuh orang palestin tu sama ja..genocide bodoh!!!!sama cam rejim khmer rouge pol pot!!genocide bodoh!!!sama cam uthmaniyah bunuh orang kurdis..genocide bodoh!!!sama cam saddam bom halabja, genocide bodoh!!sama cm perang rwanda hutu ngan tutsi,genocide bodoh!!!

takdanya hitler nak simpan-simpan untuk orang lain belajaq..ceh..orang eropah dah lama kasik pogrom ngn jews kat eropah...sejarah dah tertulis..tak perlu nak tunggu hitler simpan untuk orang lani pikiaq...ni semua reja kutu-kutu taksub iluminati ngan freemason ar nih...woha!!!

Tuesday, February 7, 2012

gitar+tudung+shawl+yuna+pampers+youtube+AJL+najwa latif=ainan tasneem pulak dah...

senang ja nak feymes lani...tak susah pun...

mula-mula..

pakai shawl...lilit sampai nampak cam pakai mafla team bola kegemaran masing-masing..

buat muka comel..wat la mulut itik ka..pipi kembung ka..mata bulat ka...cam babi sekalipun...yang penting bajet comel..

pastikan ada webcam..

internet koneksi..

pastikan pandai main gitar...

mula-mula cover la lagu apapun..jangan cover lagu band paling power yakni Nirvana dah...

record and post la kat youtube...

agak-agak kalau ada orang puji..tak kena keji...

buat la lagu sendiri pulak...

tak kisah la kalau dok ulang kord CAFG dari awai sampai habis..yang penting catchy...*la sangat*

lepas tu upload lagi la kat fb ka...kat youtube ka...

ok..done!!!

rilek..tak lama lagi lu orang buleh la masuk AJL kaa...

tak pun

tak lama lagi lu orang buleh la bernaung bawah mana-mana recording company...

tak pun jadi duta pampers...*lagi*

yaaa...gua tau...lu orang pandai buat lagu sendiri..gua terer main Red Alert 2 ja...

stat ngan yuna..lepas tu najwa latip...ni ainan tasneem pulak dah...jangan ada nama adik gua dah..gua terajang tulang belakang!

btw..

saranan ni cuma untuk yang rasa muka ada market*la sangat*...yang muka pecah rumah...pecah tabung haji...abaikan cita-cita anda...better buat band cam angtoria..paham?

Monday, February 6, 2012

hantu hutan sawit versi gua

khamis malam jumaat..bulan tak berapa nak penuh di samarkan oleh gerembolan awan-awan nano..eh..awan-awan nipis, angin malam yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, lembut menyentuh kulit gua yang senipis bawang..emm..ok..gua tipu, gua pakai longsleeves beserta dengan sweater bundle gua. mata gua dah kuyu, sebab kadar nikotin dalam otak gua dh berkurangan dengan pesat disebabkan kesejukan malam itu.

gua usha keliling gua, gua tengok lahanat-lahanat lain semua muka lebih kurang gua, kuyu dan tidak bermaya. yaa..apa kejadah nak bermaya setelah dilanyak sepanjang hari ngan aktivit fizikal dan merentas hutan, sedap-sedap tidoq buleh pulak depa gerak bangun...memang buat gua bengang..sebab gua tak dan nak cucuh rokok sebelum masuk berkumpul...arrgghh!!!rugi....rugi!

minda separa sedar gua dah tak kesah apa ngan situasi malam tu, apa yang fasilitator gebang pun memang tak sampai ke telinga gua, sebab gua dah activate zombie mode gua. layankan aja..

sebab kalau dari pengalaman gua, ni depa nak buat sesi burung hantu..cilanat...ini permaianan sekolah rendah!!!bentak hati gua yang masih rapuh ketika itu.

aahhh..ini semua mainan dunia semua nih..gua malas banyak cakap malam tu, memang zombie punya komitmen gua bagi malam tu. fasi suruh baris, gua baris, fasi suruh jalan, gua jalan..dalam perjalanan tersebut..mata gua yang separa visi malam ni buleh la nak nampak bentuk muka bumi kat area tuh..hutan sawit..bunyi cengkerik dan belalang kunyit dan riang-riang menemani perjalanan pada malam itu..

dari kejauhan telinga gua dapat menangkap bunyi suara yang nyaring seperti menjerit..budak-budak pompuan dalam group gua ada yang dah cemas...gua menten kool..kan gua dalam mode zombie..

sorang-sorang peserta di tinggalkan..sampai la turn gua kena tinggal...

kutu sebelum gua yang kena tinggal adalah sorang budak pompuan, kat belakang, gua dengar sora dia dok panggil-panggil orang..

tiba-tiba ada satu sora menyahut panggilan pompuan tersebut..dekat sangat sora tu ngan gua..walaupun sora tu jauh ngan pompuan tu, tapi dia yang gelabah lebih..gua lek aje..

sora-sora yang menyahut tu tak dapat menggentarkan gua, gua kan hero, apa lancau gua nak gelabah puyuh..

tiba-tiba..

bunyi berdesing mengelilingi tempat gua..makin lama makin kuat dan banyak..desingan tu sampai menusuk kedalam telinga gua..gua dah stat tak puas ati..apa celaka dugaan hero camni?tak dan 5 minit dah kena dugaan..ni permaianan kanak-kanak SRK Bagan Serai ja ni..bukan level gua nak main and kena dugaan camni..

gua teringat orang cakap..jangan takabbur..jangan belagak..kalu dak mesti kena kacau punya..

gua terdiam sebentar..ahh..celaka!!!

lantas gua selubung kepala gua dengan sweater gua..namun desingan malam tersebut masih bermain-main kat kepala gua...apa kah celakanya perkara ini?gua nak landing tidoq pun payah..

dari posisi duduk ke posisi mengiring ke speedo.semuanya gagal!!!gua dah fed up..

gua teringat senjata rahsia yang gua memang prepare untuk kes-kes camni..sekiranya berlaku..nasib gua bawak..lega...menda-menda camni memang kena halau..kalau tak..naya gua...

gua pun dengan yakinnya menyeluk sweater gua..dan gua keluarkan..

peneman gua dikala sunyi..

yakni...

sekeping lighter dan sekotak winston merah..

yaaa..

asap rokok buleh dibuat penghalau nyamuk yang menghurung kepala anda di dalam hutan sawit...

dan juga boleh dibuat pembakaran terbuka bagi membuat asap bagi menghalau nyamuk untuk tujuan tidoq semasa sesi burung hantu dijalankan..

kan gua dah cakap, menda burung hantu ni budak-budak SRK Bagan Serai punya permainan.

Saturday, February 4, 2012

Gua pernah pi mapley NZ

bagi student uia gombak, antara port mamak nak pi melapuk yang happening adalah kat area wangsa maju...mapley NZ..ada 2 lot, NZ atas ngan NZ bawah. hizal cukup minat pi lepak NZ sebab banyak cikaro katanya...gua jarang lepak NZ ni sebab gua busy mentelaah..tu tujuan gua sambung belajaq. bagi gua, setakat pi melepak mapley adalah lebih baik dari pi gegaq pagaq UPSI tengah-tengah malam nak buat apa tak tau..maybe nak antaq kertas pereksa kot...takpa...perkara bangang jangan di ikuti yaa..gunakan otak tu untuk sebarang perkara yang common sense.owh..tersasul pulak gua cerita menda-menda lama.

ok, back to topic..

selalunya kalau gua keluaq melepak NZ ni, samaada sebab balik main futsal, takpun sebab bosan tengok muka awek-awek uia...ngan muka roomate sendiri.

gua lepak pun setakat pekena ayaq segelas roti sekeping jaa...haram apa gua mau melantak menda lain kat mapley malam-malam,kan?

sambil mata dok usha cikaro, mulut menghembus asap rokok..macam-macam menda boleh dibincangkan.

dari perkara bangang dalam kelas, sesi mengutuk sesama sendiri, sesi sharing moment yang cilaka..dan kadang-kadang menonton saluran astro kedai mamak.tak banyak aktiviti liaq hat buleh dilakukan kat NZ ni.sekali-sekala mempermainkan orang-orang 'buta' mintak sedekah...itu memang hobi kami.

sedang gua serius menelan asap rokok pada satu malam di NZ sambil mata gua dok usha skrin tengok ESPN.. satu suara menganggu telinga gua...

'minggu lepas aku ngan macha mai lepak kat sini laa..ada orang gaduh...' kata suara tersebut yang dimiliki oleh jejaka bernickname wan sabak.

dahi gua berkerut...hizal tersentap mendengar ayat tersebut. arwah acheng ja rilek..cam perkara biasa..ya laa..arwah ni orang KL, budak SMAKL lak tuh..mesti dia besa dah ngan perkara-perkara camtu.

'biaq betoi wan..awat tak masuk paper pun?ni baru aku dengaq..'ujar gua.

'betol..aku tak tipu ko..ramai orang tengok dol..siap ada brader polis lagi kat meja depan..'

hizal masih dalam mode tersentap.

'serius dol..berdarah-darah..gaduh guna kerusi ngan meja..aku tak tipu..tak caya ko tanya macha!'sambung wan sambil membakaq sebatang rokok dunhill merah.

'dah tu...kena tangkap la diorang tuh?'tanya hizal yang baru off mode tersentap.

'tak laaa..orang tengok je laa..brader polis pun tengok je...takkan la orang lain lebih-lebih lak..'jawab wan.

'tak caya ah aku wan..takkan sampai camtu sekali...gaduh pasai apa sampai naik kerusi meja ni?kalau pasai pompuan memang bodo piang!!!!'ujar gua dalam emosi berlebihan.

'kalau aku citer mesti korang tak caya...ni bukan sebab pompuan dol...sebab lain..tapi serius..memang takde orang lain berani masuk...walaupun kepala berdarah...memang kaw-kaw la dia punya fight!'

'biaq betoi hang ni wan....awat..depa gaduh pasai pa?'

'hmmm..betul korang nak tau?jangan terkejut lak...

'story ja laa..babi betul!!'hizal dah stat mencarut.

'haaa....depa gaduh pasal tali pinggang je..tekejut tak?'sambung wan.

'tali pinggang?butuh la wan...agak-agakla pasai tali pinggang pun nak gaduh...tali pinggang dari kayangan ka apa depa berebut sampai sanggup berdarah?'tanya gua dalam keeksaitedan yang melampau.

'tali pinggang apa?jangan terkejut..barang rare dol.. depa berebut tali pinggang World Wrestling Entertanment'

'butuh la wan!!!!'ujar gua ngan hizal sambil melepaskan penerajang ke rusuk kiri dan kanan wan sabak sebagai tanda terima kasih.

Wednesday, February 1, 2012

Batu Pahat Trip

gua acapkali balik opis lambat..banyak reja kot kat malaysia ni..selalunya gua kalau balik, gua berehat sebentar bersama KIT KAT..emm..ok..gua tipu, gua berehat dengan winston merah gua depan tv yang switch off..yaa..switch off..tu bukan typo..apa adahal?

sedang gua ralit menikmati nikmat-nikmat asap winston merah..henset gua mengutarakan lagu Taking Back Control dengan penuh semangat dan istiqmah..owh..tu tandanya ada orang call gua..

gua usha....

Sagu...

terpampang kat skrin sesentuh gua..

gua aneh..gua pun jawab..

'assalamua'laikum bro!!!' terdengar sora yang excited dari corong henset gua..yaa..henset gua ada corong..apa adahal?

'wa'alaikumussalam..hah..ada apa cegita tiba-tiba kol aku ni agil..?aku dah saspek dah ni..'

'tak dak pape..aku tengok facebook sanul..nampak gambar ko..terus aku kol ko...ko sihat?'agil cuba mengambil ati gua..la sangat.

'uuuiii..terharu lak aku dengaq agil..rasa cm nak comolot ja ngan hang agil bila hang wat ayat camtu..'

'cilake ko pervert!!!aku serius ni...ko sihat tak pali?amcam ko kat kelantan?'agil cuba beramah mesra ngan gua.

'palat la agil..straight to the point jaa..dah la lama hang tak miskol aku..message pun tak..ni mesti ada sebab tiba-tba hang kol ni..selalunya orang kalau tiba-tiba call ni..ada 2 je sebab agil..baik lu story agil..'gua ceramah sama agil.

'serius pali...aku teringat kat ko....'bersungguh-sungguh agil berkata-kata.

'aahh..aku kenal sangat la member-member aku..member-member ni kalau lama tak call..tiba-tiba call ni ada 2 ja sebab dia agil..'

'hahaha..2 je?sebab menda?'

'first sekali..sebab nak kawen...yang keduanya..of course la...sebab nak kawen..so bila tarikh?aku konpem pi!!'sound gua.

'heh..cilake tol..a'ah..aku nak kawen..jemput datang laa..18.2 ni..ko bagi alamat..aku nak send kad..'

'orait...nanti gua mesage agil..btw..congratz bro...kurang dah sorang makhluk tuhan yang berbuat dosa...'

'mulut ko memang celake la pali..'

'hahahahahahaha...weh..kenduri buat kat umah hang ka?'

'a'ah..kat umah aku...nanti dalam kad tu ko tengok la alamat umah yang ko tipu mak aku dulu tu...ko ingat kan?'sound agil dengan serius.

gua tergamam...

tut..tut..tut...talian henset dimatikan..

'pundek lu agil!!!!!!'seraya gua mencucuh sebatang winston merah lagi.