Sunday, September 25, 2011

indahnya bintang-bintang malam

gua memang minat bab mancing ni, maksud gua mancing ikan la, mancing orang gua tak penah wat la, orang ja yang dok pancing gua, gua dah lali menda-menda kena seduce, ngorat-ngorat nih. nasib gua jenis tak amik port sangat, kalau dak mesti gua tak dak masa nak apdet blog.

dari kecik lagi gua dah dibiasakan ngan mancing ni, dari ikan darat bawak ke pesisiran pantai paya bakau dan jugak pantai berpasir, gua dah layan..laut dalam ja gua tak dak experience lagi. tapi, gua nak gi gak, nak gak gua merasa bawak naik ikan laut dalam. buleh gua post gambaq dalam fesbuk.

tak kira masa, pagi ka petang, hatta tengah malam pun gua penah mancing. tak kira dah mana tempat, dengaq ja ada port orang mancing, gua memang usung gewang gua pi beli umpan udang idup, buleh terpacak kat satu-satu tempat tu dengan semangat yang kitu. kebosanan memancing tak dak dalam istilah hidup gua. dari gua tercongok depan pc tengok fesbuk yang membosankan, baik gua mancing ikan.

cuma kat sini, aktiviti mancing gua lebih kerap sebab housemate gua nickname koji ni tahap hardcore dia sikit lagi nak sama cam gua. mana buleh lebih, ni cerita gua..apa babi orang lain boleh lebih dari gua kan?

kalau dua-dua dah terbosan kat rumah tak dak watpa, maka, batang gewang menjadi perhatian. penat bekerja seharian bukan penghalang nak pi mancing. port utama di pesisir pantai tujuh, tumpat. senang cerita, kat muka laut laa..apa adahal?

selalunya, gajet kami cuma batang pancing, bekas polistrene, box pancing, torchlight ngan pam oksigen untuk udang. gua ja lebih sikit...ada bawak rokok.

cuma..ada sekali gua ada sedikit sangsi bila gua tengok koji bawak bekas panggang ikan ngan sosej sepeket.gua dah saspek lain macam. konpem la gua tanya..gua bukan buleh tengok barang-barang tak berkaitan ni ada dalam program mancing gua ni.

'lu nak buat pa ngan tempat panggang ikan ngan sosej ni koji?'

'buat BBQ laa..sambil-sambil pancing ikan kita wat unggun api tepi pantai...nyaman gak...lu tak rasa cool ke camtu?'balas koji.

'lu ketua pengakap daerah ka masa lu sekolah rendah dulu koji?kata nak mancing, ni semua menda-menda yang buleh wat fokus hilang time mancing ni..lu jangan macam-macam koji..jangan sampai gua libas lu ngan batang pancing ni kalau gua mancing sorang-sorang malam ni!'sound gua.

'lek ar bro..gua konpem mancing laa..lu takkan mancing sorang-sorang punya..'tegas koji.

gua malas nak panjang argument ngan tunang orang ni, gua jadi cepat panas. takut-takut kejadian luar kawalan gua jadi kat koji nanti, mau berceracak mata kail kat tengah belakang dia.

berbekalkan enjin CAMPRO 1.6 kereta bernombot plat melaka, maka gua ngan koji meneruskan perjalanan ke tumpat. reta tak banyak malam tu. maybe sebab sejuk kot,maybe aktiviti mengawan adalah yang menjadi pilihan. manusia yang tak mengawan masa tu cuma gua ngan koji ngan brader buka kedai runcit kat cabang 4 tumpat. gila hapa kedai runcit 24/7?

sampai-sampai ja..gua ngan gaya pro pasang umpan idup dan..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

melepaskan satu balingan ke tengah teluk..dalam kegelapan malam yang diterangi cahaya bintang, gua tak nampak mana umpan gua jatuh. cuma bunyi ja gua yang buat gua perasan umpan gua dah selamat mencecah ayaq.

terus gua cucuh rokok, menunggu hasil tangkapan...InsyaAllah...

gua usha koji..dia pun dah setel buh umpan..dan membenamkan umpan ke dasar teluk.setel bab umpan tu..dia bergegas mencari kayu-kayu and pelepah nyok hat ada kat situ, kumpul..nak buat unggun api katanya.

gua walaupun tak berapa nak setuju, tapi gua tolong la gak cari, dengan berat ati gua tinggalkan batang pancing tu. selesai misi pengumpulan bahan bakar, koji pun nyalakan la sabut hat dia jumpa, tapi maybe experience ngan api ni dia kurang, jadi gua amik alih, berbekalkan pengalaman gua dalam proses pembakaran ni, ditambah pulak ngan genetik kepakaran mengenai api yang bapak gua wariskan secara tak langsung, jap ja gua marakkan unggun api tu, tanpa menggunakan bahan kimia terlarang.

cuma gua nak tanya lu orang laa...tu pun kalau lu orang ada experience la kan..

lu orang tau dak, kalau lu orang pakai sweater dok tepi pantai berangin and dok dekat ngan unggun api, suasana dia nyaman sekali?kalau orang mental tak fit, semangat juang tak tinggi cam gua memang buleh landing atas pasir pantai sambil kira bintang kat langit dan terus di buai mimpi.

mana gua tau?

heh!gua tau la..sebab dekat-dekat nak subuh koji kejut gua sebab nak suh habiskan sosej hat dia panggang masa gua bantai tido.

gua tengok muka koji tak puas hati semacam...tapi..gua dah sound awal-awal dah..

menda-menda hat buleh bagi hilang fokus ni jangan dibuat..jangan!

gua takut gua set minda gua ni...dari aktiviti mancing jadi aktiviti camping tepi pantai..bukan gua tak sound.tapi lu degil koji!

gua tau laa..sebab gua memang mudah terjebak.

firsttime mancing gua tak naik ikan!

hamjad!

No comments: