usai menjalani ibadahkunjung mengunjung di rumah imie semasa hari raya, kadiaq mencadangkan untuk beraya di rumah budak kelas beliau, yakni di jalan banjar...
'budak kelas aku masa form 3 dulu...dulu belemoih...aku jumpa baru ni..pergh!macam ratu kebaya!!!'
ayat di atas adalah justifikasi yang cukup untuk kadiaq meyakinkan senior-senior hat tak berapa nak beraya rumah marka sangat. mana buleh raya rumah pompuan...tak kool tuh..walaupun umuq dah menjangkau 24 dan 25.
besala...time ni mana ada pakai reta lagi, suma dok berharap ngan moto ja, pakat-pakat dok belajaq lagi, kot paling kemaih pun kadiaq la, sebab dia dah join airforce...tapi..kemas-kemas kadiaq pun mana buleh lawan senior-senior dia..
maka berbondong-bondonglah...5 buah moto...ada yang berbonceng dan ada jugak hat single rider menuju ke destinasi seterusnya...jalan banjar..ke rumah awek hat dah transformasi dari belemoih kepada ratu kebaya.
kalau dah jiwa ada sikit-sikit elemen rempit...maka, jalan besaq bandaraya tu setakat 120km/h tu perkara enteng..langgaq lampu trafic light tu perkara pejam mata..
full throttle sepanjang jalan dari rumah imie sampai kat jalan besaq...*pergh!!!*
dan..seperti kebiasaannya..jalan bandaraya time raya ni busy lain macam. reta lagi banyak dari kaki lipan.
dan seperti bukan kebiasaan raya..
traffic light depan balai polis tu...tiba-tiba ada anggota trafik hat mengawal lalu lintas.
bagi mata hat cekap ni...sat ja mengawal handle moto dan change gear bagi slow moto berkuasa 120cc...
tapi..bukan bagi dindut yang berjiwa kental..polis tak polis..
traffic light tak traffic light..kehandalan kena tunjukkan!
untuk makluman,traffic light bagan serai itu bernombor..dan semasa sampai depan kedai buku sam min..kelihatan kiraan nombor tersebut adalah pada angka 5...
bagi yang punyai satu nyawa...depa tetap slowkan moto..lagipun polis trafik ada kat depan..
tapi..tidak bagi dindut..
kiraan dibuat dalam hati...
throttle digenggam dan dipulas kemas...
5
4
3
2
1...
kelepek!!!
moto dindut telah menghentam dengan yakinnya..belakang sebuah moto yang cuba membuat pusingan U secara tergesa-gesa..
nasib baik...dindut dan gak brek..tapi..
kejadian tersebut telah menarik minat polis yang bertugas..
sebelum sempat si polis mengucapkan ayat-ayat gerak khas the movie..
dindut dengan pantas dan tangkas change gear dan memecut laju...
sambil diikuti oleh rerakan yang lain yang bawak moto dalam keadaan..tak cemas langsung.
dindut sedaya upaya memecut...namun..tatkala itu....
moto kadiaq dan pali sebagai pembonceng dengan kelajuan 60km/h sahaja...berada disebelah dindut...
dindut tergamam..
namun dan jugak dia sound..
'WOI!!!LAJU LA SIKIT!!!!AKU BARU LEPAS LANGGAQ ORANG!!!!'
dengan wajah yang lebih cemas dari petugas-petugas di wad kecemasan...situasi seperti dia dikejaq oleh 3 biji kuda putih dan sepasukan SWAT pulak...
kadiaq ngan pali tergamam..
sampai ja depan rumah awie...lantas dindut membelok tanpa sebarang signal..
laju ja dia menyorong moto lindung bawah pokok kat rumah awie..takut polis cam katanya..
'abihla aku tak buleh keluaq bagan la lagu ni..moto aku kena aim dah..'
rakan-rakan lain cuma mampu membakar rokok barang sepuntung lagi mendengar keluhan dindut yang terketaq-ketaq kerisauan ketakutan..
walhal..
realitinya..
tak dak sapa pun hambat dia..
polis pun tak dan nak amik nombor plat moto dia..
muka dia bukan feymes pun kat bandaraya tu..ni point paling penting sekali!
Monday, September 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment