Wednesday, September 28, 2011

Bola oh Bola

Semalam aku pi ke stadium tengok bola dengan Kadiaq.Turut sama bersama kami berdua ialah squadmate Kadiaq iaitu Samad dan Man.Aku mengaku yang aku ni bukan kaki bola sangat.Main bola pun tak berapa pandai.Tapi atas semangat kesukanan dan ajakan kawan-kawan aku pun pi la stadium.Tambahan pula game malam tadi melibatkan pasukan negeri kelahiran aku menentang pasukan negeri tempat aku berkhidmat.Walaupun malam tadi hujan, tapi tak ramai yang berganjak balik.

Secara keseluruhannya, bagi aku game tu biasa-biasa saja.Bukan aku nak condemn bola sepak Malaysia tapi itulah hakikatnya.Cuma bab yang aku nak sentuh di sini ialah bab penyokong.Ya,apalah taraf sesuatu pasukan tu
kalau tanpa penyokong.Macam artis- artis selalu cakap."siapalah saya tanpa peminat"

Bagi aku,walaupun sefanatik mana pun anda menyokong sesuatu pasukan itu moral atau akhlak anda harus dijaga.Malam tadi, penyokong -penyokong tuan rumah agak hangat setelah 2 gol dari pasukan depa tidak disahkan oleh pengadil.Di sini aku nampak sikap tidak baik penyokong-peyokong kita.Ada sekelompok mamat berkopiah tak habis-habis mulut dia dok maki pengadil.Habis kaum keluarga pengadil tu dimakinya.Segala alat sulit dan kemaluan disebutnya.Bangsa pun dihina malahan agama turut dicerca.Kot hang nak lancang sangat, bukak la kopiah tu simpan dalam poket.Jaga sikit imej yang hang bawak tu.Bila orang lain diam,hang boleh terkinja-kinja sorang-sorang dok meraban tak tentu hala.rileks la bro.apahal lu nak emo-emo sangat ni?

Lebih tak profesional lagi, bila si pengadil-pengadil tu berjalan lalu ke bilik persalinan.Macam-macam hangpa campak kat depa tu.Terima kasih kepada abang-abang polis yang membuat kawalan keselamatan yang bagi aku cukup cemerlang.

Walau bagaimanapun, sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada pasukan Perak yang berjaya melangkah ke suku akhir.

No comments: