"Ala,bomba bukan ada kerja pun, hari-hari dok lena di balai tunggu api ja".
Contoh ayat ke dua .
"Untung la laki hang kerja bomba, banyak masa free, nak buat partime pun senang"
Mula-mula aku dengaq macam ni.Hati ni rasa hangat jugak.Mau ja aku sound dan sekolahkan sapa-sapa yang mengeluarkan kenyataan itu.Tapi bila pikiaq-pikiaq balik bukan salah depa pun, depa tak tau dan tak mau amik tau.Jadi di ruang yang agak terhad ni.Mai aku nak cerita apa itu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.Di dalam siri-siri ceramah yang aku dok atttend, apabila aku tanya audiens apa itu kerja Bomba,antara jawapan yang selalu sangat aku dapat ialah:
"Padam api la Tuan.Apa lagi"
"Tangkap ulaq laa"
Bukan setakat budak sekolah ja yang bagi jawapan macam ni.Pensyarah-pensyarah, golongan profesional pun ada yang bagi jawapan macam ni.Menunjukkan betapa beginilah tahap pengetahuan dan mentaliti rakyat Malaysia.
Pertama sekali, biar aku huraikan mengikut akta iaitu Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),Seksyen 5,
Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah :
Sub.(1) Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba hendaklah:-
(a) mengambil langkah-langkah yang sah bagi:-
(i) memadam,menentang,mencegah dan mengawal kebakaran.
(ii) melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
(iii) menentukan adanya jalan keluar kebakaran,penyenggaraan dan pengawalseliaan yang baik.
(iv) menentukan adanya jalan keluar yang cukup dari semua premis ditetapkan sekiranya berlaku
kebakaran.
(b) menjalankan penyiasatan tentang sebab,punca dan
hal keadaan kebakaran.
(c) melaksanakan khidmat kemanusiaan,termasuk
perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya
apa-apa bencana.
Sub.(2) Jabatan Perkhidmatan Bomba boleh,selain daripada
tugas-tugasnya dibawah sub.(1),melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungkan
kepadanya oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan olih Menteri supaya dilaksanakan.
Hangpa paham dak ni? Kot ada apa-apa soalan, sila lontarkan pada ruangan komen.Daripada akta ini, jelas menyatakan bahawa Bomba ada lagi kerja-kerja lain selain dari padam api dan tangkap ulaq.
Yang ke dua, apabila berbicara soal keselamatan sebenarnya terbahagi kepada dua aspek iaitu security dan safety.Cuma di dalam bahasa Melayu cuma ada satu perkataan untuk kedua-dua istilah itu yakni KESELAMATAN.Tanggungjawab siapa? Peranan siapa? Tugas siapa? Mungkin anda pernah dengar ungkapan SAFETY FIRST, tapi pernah anda dengar ungkapan SECURITY FIRST?
Di dalam penentuan keperluan keselamatan kebakaran (fire safety), terutamanya yang melibatkan bangunan termasuk rumah yang kita dok duduk ni telah ditentukan oleh Bomba berpandukan peruntukan UBBL (Uniform Building by Law 1984).Dan tahukah anda, setiap projek-projek pembangunan perlu dihantar pelan cadangan pembinaannya untuk disemak dan disokong oleh Bomba.Setelah disemak dan disokong, Bomba akan menjalan kerja-kerja
pemeriksaan untuk sokongan sijil layak menduduki (CF).Ini semua adalah untuk menentukan bahawa risiko bahaya kebakaran berada pada tahap minima dan nyawa penghuni itu sendiri.Untuk sesapa yang tak tau, pengeluaran CF adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).Apa hangpa ingat kalau Bomba tak sokong berani PBT nak keluarkan CF? Mau terbakaq sapa nak jawab?
Selain dari tu, Bomba jugak mengeluarkan sokongan perlesenan untuk premis perniagaan, tadika-tadika,pusat asuhan kanak-kanak IPTS dan lain-lain.Yang terbaru untuk sokongan
sewaan ruang pejabat kerajaan.
Yang ke tiga, Di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN),Arahan-20 Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara Bomba merupakan agensi penyelamat utama sekiranya berlaku insiden di darat.Kalau insiden melibatkan "hazardous material" Bomba akan incharge 100%.Pernah ada orang yang mempertikaikan point "agensi penyelamat utama" yang aku nyatakan disini.Katanya, depa pun penyelamat jugak.hahahaha.Padahal, dalam arahan tu dah jelas menyatakan demikian.MKN kata, bukan aku kata.Dalam pengalaman aku menghadiri operasi menyelamat, agensi -agensi lain yang kononnya "penyelamat" gagal menjalankan kerja-kerja menyelamat.Pasal apa? Pasal tugas sebenar depa tu bukannya menyelamat.They are not qualified to do the job.They just have to assist.
Yang ke empat, di dalam soal keselamatan (security) negara pula, Bomba juga tersenarai sebagai ahli dalam Jawatankuasa Sasaran Penting di bawah Kementerian Dalam Negeri.Sasaran penting di sini maksudnya infrastruktur yang berkepentingan tinggi seperti empangan air, janakuasa, hospital dan lain-lain.Yang mana, semua ini berpotensi untuk menjadi sasaran awal serangan pihak musuh.faham semua sekali?
Yang ke lima,Bomba juga turut menyumbang di dalam aspek pelancongan yang mana juga disenaraikan sebagai Panel Jawatankuasa Pengkelasan Hotel- Hotel.Senang cerita, berapa "star" nak bagi kat hotel tu, Bomba jugak terlibat.
Berbalik kepada isu tangkap ulaq tadi.Tahukah anda yang itu sebenaqnya adalah kerja PERHILITAN? Atas dasar khidmat kemanusiaan dan masyarakat, kami laksanakan jugak.Padahal di dalam perjalanan kursus Bomba, tidak ada pun kursus tangkap ular yang ditawarkan.Sama jugak la ceritanya pasal tebuan.
Semalam aku tengok berita, ada bangunan nak runtuh di Terengganu pun Bomba dipanggil.dan tahukah lagi anda itu adalah sebenarnya tanggungjawab JKR?
Bomba cuma boleh komen dari aspek keselamatan kebakaran sahaja.Sebab itu di dalam latihan pengungsian bangunan, aku selalu cakap yang latihan ini bukan untuk kebakaran sahaja.Untuk gempa bumi boleh, tsunami pun boleh dan bangunan nak runtuh pun boleh.Dan agensi yang bertanggungjawab untuk memantau latihan pengungsian ini adalah JKKP(DOSH).Sama jugak ceritanya, pasal shopping complex Empire tu, letupan gas adalah dibawah bidang tugas Suruhanjaya Tenaga.
Dalam aspek pengangkutan, setiap kenderaan perdagangan perlu ada sekurang-kurangnya 1 unit alat pemadam api.Apa hangpa ingat suka-suka Bomba mintak hangpa letak?
Mau terbakaq tengah highway, mana hangpa nak cari ayaq? Atau kot ada kenderaan lain yang terbakaq.Boleh la jugak hangpa membantu.Kot kalau jadi kat jalan yang berhampiran kedai-kedai.Boleh jugak hangpa pi lari ambik alat pemadam api kat kedai-kedai tu.Untuk makluman hangpa, setiap premis perniagaan, Bomba akan syaratkan ada sekurang-kurangnya alat pemadam api.Untuk makluman hangpa jugak, setiap kenderaan perdagangan yang membawa "hazardous material" semacampetrol, diesel, asid dan lain-lain, harus mengisytiharkan pergerakan depa kat Bomba.Sepatutnya, JPJ jugak kena main peranan pasal itu bidang tugas depa.Tapi setakat ni tidak ada lagi la arahan depa akan turut sama.Sebab tu kalau hangpa perhatikan, dalam tiap silinder gas akan ada perkataan DOT yang bermaksud Deparment of Transportation.
Mungkin sebab hangpa selalu ingat perkataan BOMBA tu saja, hangpa terlupa perkataan PENYELAMAT tu.Atas dasar PENYELAMAT lah macam-macam kerja kami buat.
Ok, clear setakat itu? Aku harapkan dengan penulisan ni, dapat lah kita mengubah persepsi kita berkenaan Bomba ni.Bukan aku nak mengungkit pasal kerja kami.
Cuma nak bagi penerangan.Di kesempatan ini, suka jugak aku menyeru kepada sapa-sapa yang membaca, simpan lah nombor telefon Balai Bomba dan Balai Polis yang berdekatan anda.Jangan dok harap dail 999 ja.Kalau hangpa dail tu, memang merata la talian hangpa pi.Dah tu, hangpa mula la gaduh kata Bomba lambat.Ini satu penyakit yang ada dengan orang kita.Komplen "Bomba lambat"
Sebelum aku tamatkan penulisan aku ni, aku teringat kata-kata seorang mamat Amerika yang aku jumpa masa aku berkursus dulu.Dia kata, (aku alih bahasa siap-siap)
"Di Amerika, apabila sesuatu tempat tu dihadiri oleh Tentera, apa yang kami fikirkan ialah pengganas ada di tempat itu.Apabila Polis menghadiri sesuatu tempat, kami fikirkan yang kawasan itu ada penjenayah tetapi apabila sesuatu tempat dipenuhi Bomba dan Penyelamat, kami merasa selamat sebab penyelamat ada berhampiran kami".
Bukan niat aku nak condemn agensi lain.Tapi apa yang aku nak nyatakan disini ialah betapa tingginya perspektif masyarakat luar terhadap Bomba Dan Penyelamat.
"Di Amerika, apabila sesuatu tempat tu dihadiri oleh Tentera, apa yang kami fikirkan ialah pengganas ada di tempat itu.Apabila Polis menghadiri sesuatu tempat, kami fikirkan yang kawasan itu ada penjenayah tetapi apabila sesuatu tempat dipenuhi Bomba dan Penyelamat, kami merasa selamat sebab penyelamat ada berhampiran kami".
Bukan niat aku nak condemn agensi lain.Tapi apa yang aku nak nyatakan disini ialah betapa tingginya perspektif masyarakat luar terhadap Bomba Dan Penyelamat.