Thursday, December 30, 2010

Kenangan Syawal 2007 masihi/1428hijrah

Jumaat,Tepat jam 0001 malam....tanggal 1 November 2007 bersamaan 20 Syawal 1428 hijrah

Telefon 2nd hand Sony Ericcson Pian berbunyi...........

Pian dah lena masa tu.Letih sangat pasal kena belasah dengan PBK II Anuar gemuk masa buat latihan High line petang tadi.

Tertera di skrin telefon...nama BROARIFF........

"Aik,apahal adik aku hello malam- malam buta ni? " Getus Pian di dalam hati

Dengan mata yang separuh terbuka,Pian sambut panggilan itu.Terdengar suara adiknya di hujung talian.

"Assalammualaikum Abang,ni aku ariff.Aku nak habaq ayah dah takdak.Meninggal pukui 1130 tadi.Doktor habaq dia kena stroke.Ni aku tengah uruskan
kat klinik Bagan Serai.Hang tolong habaq kat sedara kita noh" Kata Ariff.

Tersentap Pian di dalam hati.Ayahanda tersayang telah tiada lagi.

"Waalaikummussalam.Ok takpa Ariff.Malam ni aku gak aku gerak balik Bagan Serai." Jawap Pian.

Setelah mematikan panggilan telefon adiknya Pian call semua sedara mara (yang dia ada no telefon ja la)
untuk habaq berkenaan perkara itu.

Selesai membuat panggilan.Pian kembali ke bilik........

"Nam,Qi aku kena balik kampung malam ni jugak.Bapak aku meninggal" terang Pian kepada buddy bilik beliau.

" Ye ke? Ko nak balik naik apa Pian? Ko dah tepon penyelaras? " Tanya Nam

"Innalillahwainnallillahhirojiun" jawab Qi.

" Belum.hang tolong aku sat Nam.Aku nak kemas2 sat" Jawab Pian ringkas.

Selang 5 minit kemudian......

" Pian, mai aku ngan Qi hantar ko balik la.Cepat sket" balas Nam.

"Boleh ka nam? Penyelaras kata apa? " Tanya Nam

"Boleh Pian.Tuan Tiong dah bagi green light.Takpa,aku p ngan Nam.Kami giliaq2 la drive" Jawab Qi.

" Ok la kalau hangpa kata camtu.Terima kasih la tolong aku." ringkas jawapan Pian.

Puad Selamat a.k.a Kemek,sorang lagi buddy bilik depa masih lena diulit intan.

Qi mengejutkan beliau...........

"Kemek,aku ngan Nam nak p hantaq Pian balik perak sat.Pak dia meninggal.Kot esok pagi KK ngan Skuad kita tanya,hang habaq kata kami hantaq dia.ok?"

" yer ker? sakit aper? biler? korang gi hantar naik aper? " banyak tanya plak Kemek ni walhal dalam keadaan separauh sedar ketika itu.

"Esok kami balik.Kami jawab soalan hang tu.La ni xdak masa lagi" balas Qi kepada Kemek.Depa cukup paham dah dengan perangai Kemek tu.Lagi dijawab lagi ditanya.

Dengan menaiki Kancil merah milik Nam, depa pun menuju ke Bandaraya Bagan Serai.

Lebih kurang 4 jam perjalanan.Depa pun sampai ke sana.Pian mengantuk.Tapi rasa mengantuk itu hilang tatkala mengenangkan kenangan bersama Arwah bapanya.
23 tahun kenangan bersama Arwah bermain - main di kepalanya.

Sesampai di rumah....

"ha,smpai dah hang Pian? Mak hang dok ada di surau tu." Jawab Pengerusi Flat yakni Pak Cik Fuad bin Lobe.

Pian menuju ke surau.Tempat mak dan arwah ayahnya berada.

Datang Pak cik Fuad dari belakang.............

"Takpa Pian.Pak Cik dah uruskan semuanya.La ni hang tenang.Pikiaq hal mak hang ngan adik - adik hang.Esok sebelum sembahyang Jumaat kita selesaikan urusan
arwah Pak hang" kata Pak Cik Fuad.

"Terima kasih Pak Cik" ringkas jawapan Pian.

Pian memegang senaskah surah Yassin dan di baca sehingga ke azan subuh................

Pagi Jumaat yang hening.............

Lebih kurang jam 1100 pagi, arwah selamat disemadikan.Di tanah kelahiran beliau.Di Sungai Dungun,Bagan Serai,Perak.

Ramai rakan - rakan arwah yang hadir.

Ramai jugak rakan - rakan Pian memberi sokongan.

Sanak saudara jauh dan dekat turut hadir menziarah.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian kalian.

Al - Fatihah......................

2 comments:

wAwA^cHan said...

al-Fatihah.
kongsi abah ngan kite eh nanti, maw? :)

Yan-Chan said...

hehehe.mau2