Wednesday, December 29, 2010

Celoreng Hijau

"Barisssss,baris sediaaaaa!!!!!!

"Ke Kanannnnnnnn.lurus!!!!!

"Pandanggggg depan!"

"Senangggg diri,rehatkan diri"

"Assalammualaikum dan salam sejahtera semua sekali!!" Sarjan Khid membuka bicara pada sesi latihan pendek petang itu.

"Petang ni,kita semua buat persediaan untuk merempuh halangan di PUSWATAN esok.Saya nak semua sekali siapkan semua peralatan.


Senjata..esok pagi - pagi buta kita akan draw di kem,dapat? Cuma petang ni saya nak kamu semua siapkan back pack.Satgi semua sekali p ambil plastik sampah

bubuh pasiaq dalam tu, dapat? 10 mess tin pasiaq untuk setiap plastik sampah tu.Faham semua sekali???!!!!!!!!!! "

"Faham Jan!!!!!"balas perajurit - perajurit AWPUO. Sarjan Khid adalah jurulatih pasukan yang Pian
sertai semasa dia mengaji kat Ipoh dulu.3 tahun perkhidmatan Pian di sana dan yang paling penting dia lagi senior dari Pali ngan Awi.hehehe

Arakian,menuju la beramai - ramai anggota - anggota itu termasuk Pian ke tempat longgokan pasir untuk membuat kerja - kerja yang di arahkan.
Kata askar,mana boleh ingkar arahan.Semua arahan hendaklah dijawab YA.

"wei Piot! berapa mess tin hg bubuh tu? berat semacam ja aku tgk? " kata Pian kepada skodnya,Piot.La ni tak tau la apa cita dengan Piot ni.Last Pian dengaq dia jadi
gengster kat Ipoh.Entah betul ka dak,x tau la.

"hehehe.yang ni aku boh 2 plastik maka jadi lah 20 mess tin.Nasib la sapa kena.hehehehe" Jawab Piot.Ooo..baru Pian tau.Rupanya Piot telah berniat untuk mendajalkan seseorang.10 mess tin dah dekat 10 kilo.
20 mess tin dah 20 kilo.Mau patah tulang bahu pikul bagpack.dengan senjatanya lagi,water bottle lagi.Mmg steady la sapa dapat pikul.

Keesokannya di trek merempuh halangan PUSWATAN,Ipoh..............

Semua anggota dalam baris dan bersiap mendengar taklimat latihan dari....sapa lagi kalau bukan Sarjan Khid.

"Dengar sini semua sekali!!!!!!!"
" Kamu semua akan dibahagikan kepada 3 pasukan.Alpha,Bravo dan Charlie"."Dapat saja keluar baris.Bentuk 3 pasukan tadi siap dengan peralatan masing- masing.
faham semua sekali???!!!!!!

Jawapannya seperti biasa..."Faham Jan!!!!!!!!"

Maka kelam kelibut la mereka semua menyiapkan peralatan.Tang bagpack Sarjan Khid suruh ambik ja.Jangan dok memilih2 katanya.Ini bukan kedai bag nak pilih2 katanya lagi.

Secara kebetulan Piot dan Pian berada dalam tim yang sama yakni team Alpha.

Latihan dimulakan dengan larian 2.4km mengelilingi kem.

"uish,baru lari dah penat ni.camni mampuih nak abis 10 halangan" keluh Piot kepada Pian.
"Relex la Piot.Tu water bottle hang tu.hang buang la ayaq dia.Senjata tu kalih p belakang.Baru cargas beb!" balas Pian kepada Piot.

sesampai ja di halangan tembok 6 kaki.Speed Pian makin mengurang.Abis anggota pasukan Alpha yang lain memotong beliau.

"Ai,awat aku makin slow ni? Malu aku tertinggal kat belakang ni." getus Pian di dalam hati.
Semakin lama keberatan bagpack semakin terasa.Pian dok rasa berat yang semacam punya berat bagpack belian pada hari itu.

Akhirnya tiba la beliau di halangan terakhir,yakni tali tarzan.

Dalam masa yang sama, anggota pasukan Alpha yang tiba lebih awal begitu semangat bersorak.
"Pian! Pian! Pian! Pian! Pian! Pian! Pian!"

Pian pun dengan secebis tenaga yang masih tinggal mencapai tali itu lantas menghayunnya sekuat hati untuk sampai ke daratan seterusnya
berlari dalam jarak 50meter sahaja lagi untuk menamatkan sesi latihan pada pagi itu.

Selepas sesi melepaskan lelah dalam 5 minit......

"Pian,awat beg hang nmpak besaq ja.hang isi apa? " Soal Sarjan Khid
"Tak tau ar Jan.Kan Sarjan kata main ambik ja.Saya pun ambik ja la beg itu." Balas Pian
"Mai sini saya nak check" Kata sarjan Khid.Lantas terus mengangkat begpack itu.

" Mak ai, berat nak mampuih beg hang ni.Saya rasa bukan 10 mess tin dah ni.Hang bukak tgk!! " Arah Sarjan Khid.

Pian pun segera membuka begpacknya itu lantas..........

"Ni sapa punya kerja ni ar? Aku suruh bubuh 1 beg plastik 10 mess tin.Ni p bubuh 2 beg plastik 20 mess tin.Nak bunuh kawan - kawan ka ha? " Tegas Sarjan Khid

Dalam hati Pian....

"Barua punya Piot.Hang punya pasal ar ni.Nasib baik tak patah tulang bahu aku.Dajei betui! " rungut Pian di dalam hati.

No comments: