Permainan bola sepak adalah sejenis permainan yang paling digilai serata dunia.Tidak kira sama ada di peringkat kampung,daerah sehingga di peringkat dunia bolasepak pastinya mempunyai pemain dan peminatnya yang tersendiri.Remaja - remaja di Bandaraya Bagan Serai turut tidak ketinggalan mempermainkan permainan ini.Setiap petang selepas habis sesi persekolahan,mereka pasti akan turun untuk sesi jasmani bola sepak di padang SMKBS.Memang depa berpegang kepada konsep "Hidup Bola,Tidur Bola dan Minum Bola".Kamal selalunya akan bermain di posisi pertahanan kental (sangat kental dalam menyepak betis pemain - pemain lain),Arep sebagai penyerang prolifik terutamanya di depan pintu gol,Pali sebagai perancang tengah yang kreatif (semakin kreatif sekiranya Zakiah Tajuddin hadir memberi sokongan di tepi padang),Ijai sebagai sayap kiri yang lasak mengasak pertahanan lawan terutamanya kaki mereka,Pian sebagai sayap kanan yang bisa membuat hantaran - hantaran tepat,Mat Kopi dengan skill ala - ala pemain kulit hitam,Yan Abbas terkenal dengan tandukan tepatnya terutamanya pada sudut-sudut sukar,
Mat Kerang dengan gerakan - gerakan solonya (sampai orang lain pun tak dapat bola),Kadiaq pulak bermain ala - ala Mexico (kapit dan angkat bola) dan ramai lagi pemain bertaraf antarabangsa ketika itu.Hanis Mayonis tidak turut serta pada masa itu kerana sibuk dengan pengajiannya untuk menjadi seorang ustaz.Pada masa itu,kopiah masih lagi menjadi perhiasan kepala rasmi beliau.Ibarat isi dengan kuku adanya.
Disebabkan begitu kemaruk dan fanatiknya remaja - remaja itu dengan bolasepak,pada suatu malam yang aman lagi mempesonakan..............
"Wei kawan - kawan.takkan lepak main karom ja kot? cemuih dah aku ja dok menang dari tadi" kata Pian menyuarakan isi hati yang terbuku.
"Nak main apa lagi malam - malam ni? Penat ar "sahut Kadiaq yang baru lepas jentik striker karomnya.
"Ala.main ringan - ringan sudah ar.Toksah main berat - berat" Pian bersuara lagi
"Main timbang bola mau? Bola kita hat lama tu ada tapi kempis sket ar" cadang Malek a.k.a Mat Kerang.La ni keja sebagai Laskar APMM.
"ha,cantek2.Yan! Ijai! hangpa nak main dak? Jom ar main sekali" Tanya Pian lagi
"jom ar!" jawab mereka berdua serentak
Maka ke 5,5 sahabat pun mengambil kedudukan sedia.Gelanggang yang dipilih betul - betul tepi bilik mandi rumah Pakcik Usop
Mat Kerang pun memulakan balingan.Ijai menyambut...pass kat kadiaq...kadiaq tab 3 kali...membuat hantaran kepada Yan...
Yan memaha bola itu bertalu2 kemudian membuat hantaran lambung kepada Pian..Pian sambut dengan tandukan volley tepat ke kaki Mat Kerang.
Mat Kerang gagal mengawal kemas bola itu.
Lantas...........
PRAAAAANNNNNGGGGGGGGGGG!!!!!!! PAANNNNNGG!!!!!!!! PAAAANNNNNGGGGGG!!!!!
Bola itu terkena cermin nako bilik mandi rumah Pakcik Usop akibat dari kegagalan Mat Kerang.
Seluruh flat gegak gempita,ibarat stadium Bandaraya Ipoh.Semua penduduk flat kaget dengan apa yang berlaku
Yan tetiba saja bermain-main anak patung dengan Anis anak Cik Nan Dol.Begitu jinak,gemalai dan asli sekali pergerakan Yan dengan anak - anak patung tersebut.
Pian walaupun berkain pelikat tiba - tiba saja berada betul - betul depan rumah Yan dan dalam posisi membodek aiskrim yang baru di beli Puad si adik Arep.
Pantas betul larian beliau persis peserta sukan Olimpik.Memang tangkas amat.
Ijai plak tetiba berada di atas motor cik Rahim sambil membelek jerawat - jerawat gatal beliau.Memang Ijai kelihatan jelita pada masa itu di tambah lagi dengan
rambutnya yang mayang mengurai.
Kadiaq plak tetiba jek keluar dari rumah beliau,seakan - akan tidak mengetahui apa yang berlaku.Bila masa la dia masuk ke dalam rumah pun tak tau.
Dan2 dia dok wat cangak sana sini.
Tinggal la Mat Kerang terpinga-pinga kecengangan.Sebagai budak yang masih hingusan,jelaslah yang beliau tidak cukup cerdas untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Terpinga - pinga beliau melihat senior - seniornya begitu tangkas menyelamatkan diri masing - masing.Tapi apakan daya,nasik sudah menjadi bubur.
Seluruh warga flat telah pun berada di serambi masing- masing.Pakcik Usop telah pun keluar melihat apa yang berlaku di luar rumahnya.Geleng kepala beliau dengan apa yang berlaku.
Mat Kerang tidak berdaya membuat apa - apa lagi.Beliau sudah kantoi dengan dasat sekali.Beliau kaget.
Dengan langkah longlai dan tersenyum kerang,Mat Kerang pun mengambil alatan untuk menyapu iaitu penyapu di dalam rumahnya.Terpikir jugak untuk menutup mukanya.
Argh..tak guna tutup,bukannya orang tak kenal dia anak Pak Wan,Naib Pengerusi Flat ketika itu.
Dengan langkah penasaran dan jiwa yang utuh lagi ampuh,Mat Kerang memulakan hayunan sapuan.sket demi sket
Terdengar juga mulutnya terkumat kamit bersuara....
"Barua betul depa ni,main sama- sama...kantoi aku sorang - sorang" keluh Mat Kerang sambil mengesat air mata kesedihan......
Monday, September 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment