Monday, September 13, 2010

cerita bulan posa IV

Pemegang handle bercorak bintang samada kaler biru,merah atau hitam, brek alloy pelbagai warna seperti biru,merah,emas (brek kelawaq lagi cool and style),seat concorde,kosmet kipas atau bintang,batang seat bengkok dan tongkat tengah adalah antara aksesori yang menjadi kegilaan remaja berbasikal pada era 90an.Sebagai remaja yang urban dan tidak mahu dikategorikan sebagai ketinggalan zaman,Arep jugak menyahut seruan untuk bergaya bersama -sama basikal mini chopper berwarna biru berkosmet bintang di bahagian belakang persis baju raya beliau pada tahun 2010.Antara aksesori yang paling banzai dan kamikaze pada basikal beliau adalah sticker buatan air tangan beliau sendiri.kawan - kawan beliau memang takjub dan ujub dengan sticker tersebut.Hanya beliau yang berani memakai sticker jenis itu.Kawan - kawan beliau walaupun berkemampuan pun tidak sanggup untuk memakai walaupun itu hanyalah sticker superman.Tapi bukan sebarang superman beb.Superman berkepala beliau sendiri.Cara nak membuatnya? Mudah Sahaja.Potong mana - mana gambaq anda (bahagian kepala sahaja) dan tempek pada badan superman.Dah Siap!

Suatu malam selepas membuat rondaan kawasan sekitar Bandaraya Bagan Serai bersama - sama dengan basikal mini berkosmet bintang bertulisan ANNAH MARY bersama sahabatnya yang hensem sapa lagi kalau bukan Pian pun berlabuh di pangkin rumah Arep untuk melepaskan lelah tanpa menghisap sebatang rokok.Arep pun bersuara........

"Nun,aku ingat nak pakai kong krom plak ar.Cemuih aku pakai kosmet ni" kata Arep.
"Awat plak nun? Elok ja lagi aku tengok kosmet hang.Tak mau bagi kat aku"Balas Pian
"Saja ar nak tukaq style.Ni raya nak dekat dah ni.Nak kena makeup la sket.Betui dak nun?"Arep masih menegakkan hasrat dan keinginan beliau itu.
"Hang nak ambik mana nun? hang ada duit ka nak beli? Mahal jugak aku rasa kalau 1 set sekali dengan buyung tu.Mau dalam 30 ringgit"Suara Pian memberikan cadangan kepada nun Arep.
Pada umoq 13 tahun,30 ringgit tu dirasakan macam 300 tatkala berumuq 26 tahun.Memang mahal bukan main.
"Beli? Sapa nak beli? hahaha Esok subuh hang mai awal sket nun.Aku ada rancangan baik punya.Dalam pukui 430 tu elok ar hang mai rumah aku".
"ok nun.Aku mai.Hang jangan dok lena plak" sahut Pian sambil terpikaq - pikiaq apa plak rancangan hindu arep ni.Arep memang terkenal dengan idea - idea hindunya.

Pada jam 0430...........
"'Areeeeeeeppppppp! Areeeeepppppppp ! Areeeeeeeeeppppppppp!" keloi Pian memanggil nun sorang ni.
"Sat nun.tgu sat" balas Arep dari ruang dapuq rumahnya.
Pelik plak Pian rasa.Apahal lak nun ni dok ada kat dapuq lagi ni? Takkan dok soq lagi kot? Tp apa nk di herankan.Nun ni memang buruk lantak pun.Terutamanya sambal tumis.Hari - hari makan sambal tumis pun takpa.
"Hang dok wat apa lagi tu nun? Jom ar lekaih.Semalam dok kalut sangat.Pantas sket!" suara Pian dengan nada yang agak tegas lantas membuat pergerakan mara ke dapuq rumah arep.
Rupanya - rupanya nun arep tgh sibuk mengatur peralatan untuk rancangan beliau.Peralatan yang dimaksudkan hanyalah Spanar saiz 13,15 yang diikat dengan dawai
berdekatan dengan dinamo basikal beliau.
"Jom,jom cepat nun.Kita x boleh lambat2" arep dan2 dok buat kalut plak dah.
"Nak p mana ni? " tanya Pian tertampi- tampi
Kita p kat Kedai Samad.Kat buluh kuning" sahut arep nun.Buluh Kuning adalah tempat lama kedai samad.Arep suka makan roti canai kat situ.Terutama kalau Arwah Pon (Al -Fatihah) yang belanja.

Sesampai saja di buluh kuning..
"Tu dia.Ada 3 pilihan di situ.hehehehe" kata Arep sambil menyasarkan kepada 3 buah basikal mini standard yang baguih punya dok parking kat tepi rimbunan buluh kuning itu.
Arep tanpa membuang masa terus mengeluarkan spanar sambil bersuara..
"Nun,hang jaga line nun.Tengok - tengok orang sama" kata arep sambil matanya dok meliaq 360 darjah
"ok nun.xdak orang nun" balas Pian dengan yakin.
"Ok nun! Jom belah,belah! " kata Arep.Tangkas betul arep membuat pekerjaan tersebut.Mengikut catatan tangan tak rasmi yang diambil Pian catatan masa Arep
pada masa itu adalah lebih kurang 00:58 saat.Kurang dari seminit.
"Kong ni nak tauk mana nun?" Tanya Pian.
"Tauk dulu dalam semak tu.Balik satgi kita amik" balas Arep
Setelah pulang dari masjid.......
"Nun,kong ni simpan kat rumah hang dulu.Nanti bila- bila aku mai amik" cadang Arep kepada Pian
"ok nun"ringkas sekali jawapan Pian.
Semasa waktu Zuhur...di Masjid Bandaraya Bagan Serai
"woi.Arep! hg balas kong basika ka? tanya Kamal semacam membuat pertuduhan.
"Takdak ar.Mana ada aku balas.Hang jangan tuduh - tuduh nun oit" jawab Arep menafikan tuduhan Kamal.Semangat tidak akan sesekali mengaku memang jelas
terpancar pada diri Arep pada masa itu.Patut la dia join PALAPES masa dia kat UTM.Rupanya bakat tu dah ada sejak kecik lagi.
"Hang jangan nak tipu nun.Aku p market pagi tadi.Ada pakcik tu kata kong basika dia hilang masa parking kat Buluh Kuning.Aku sangat yakin ni hang punya kerja" Kamal sekali lagi menegaskan pertuduhan beliau.
"Aku kata dak.dak ar.Hang tanya nun Pian tu.Kami p masjid kami sembahyang elok ja.Hang pandai - pandai tuduh aku!"Arep masih lagi defend diri dia.
"Betul Arep kata tu Kamal.Hang jangan tuduh - tuduh" Pian defend Arep.Argh...Pian ni mmg sekutu Arep pun.Kot mana pun dia mesti defend Arep punya.
Dalam hati kecik Arep...
"Cilaka! Macam mana budak hitam ni boleh tau plak ? Ish..xkan dia pasang Cctv kot kat situ? xkan dia jadi bomoh tamil la ni? lagi x mungkin,sebab setau aku Nun Kamal ni mana tau ilmu - ilmu hitam ni walaupun dia hitam.Heran betul aku" getus Arep di dalam hatinya.

Raya tahun itu Arep memang melaram sakan dengan kong "barunya".Walaupun Kamal sibuk mencanang ke seluruh pelosok Bandaraya Bagan Serai yang Arep balas kong itu.
Arep tetap tenang menafikannya.Bagi Arep,dia masih pelik..pelik camna rancangan yang dirancang begitu proper dengan si kacak Pian leh kantoi di tangan Kamal?

"Kamal...Kamal...sehebat-hebat risikan hang pun...hang jugak la yang pernah merasa dok penjara" Arep berkesimpulan sendirian.

3 comments:

wAwA^cHan said...

nape si kacak pian ni suke sgt defend arep? isy..scandalicious, suspicious, curiosity..hhmmmm...

Yan-Chan said...

xtau r..sya pun heran gak ngan dia

the pali said...

bkn sebab defend arep..tp..dh sbb kamal slh..x gitu pian?