Kalau time cuti sekolah, Anis, Apis, Mat Kopi dan the
kazens akan bertandang ke bandaraya. Yala… umah tok depa kat situ, takkan
depa nak balik Tangkak kot. Kazen-kazen depa ni memang ramai yang sebaya ngan
Pali, Anis ja yang terlebih umuq sebab dia tua 2 tahun.
Kalau kena depa ni balik, takdak dah permainan getah ataupun
skateboard boleh dimainkan. Depa ni pun ketagihan main… tuju kasut.
Gelanggang pertarungan kat sebelah umah Pali ja, takdak tempat lain dah. Memang
tu ja tempatnya… sebuah court badminton. Kalau time ni, jangan harap la
orang-orang tua nak main badminton—bilangan pemain tuju kasut lagi ramai.
“Ebaaaaab!!!!!”
Suara yang mengejutkan Pali pada satu petang yang aman dari halaman umah dia.
Pali mengangkat pala dia yang sedang terbaring atas lantai
umah.
“Ebaaaab!!!!! Oooo… ebaaaaab!!!!!”
Suara itu menghantui lubang telinga Pali.
“Sat… sat…” jawab Pali dalam kemalasan. Baru dia nak
tengok TV sat, dah ada kutu panggil—busy dia sama ja cam YB dah time tu.
“Weh… Apis… bila hangpa balik? Sopi mana?”
Tanya Pali pada makhluk yang berjaya menarik perhatian dia untuk turun ke
tanah.
“Baru tadi… entah… Sopi pi mana… satgi dia mai la. Jom
main bab? Sepupu-sepupu aku suma balik… Abang Tam aku pun ada… ramai ni…” cadang
Apis.
“Main? Jom? Main combat nak? Senapang aku elok lagi…”
jawab Pali dengan excited.
“Tak mau la… depa nak main tuju kasut… jom? Hang geng
ngan aku,” cadang Apis.
Lama Pali termenung… tapi tak lebih 6 saat dia jawab,
“Ok… jadi!!!”
15 minit kemudian, maka bersepahlah kanak-kanak sekolah
rendah atas court badminton tu sementara menunggu tuju mula.
Dalam banyak-banyak budak yang dok main tu, Anis adalah mod
target yang paling senang kena tembak. Yang paling sukar—of course la—bukan
Pali… tapi Husin, sepupu Apis. Badan dia kecik, lincah dan tangkas… lagi
tangkas dari Pali.
Pali walaupun panggilan manja dia Ebab, tapi dia sebenarnya tegap dan
tangkas.
Petang tu, Husin jadi geng jahat. Pali dan Apis konpem la
geng baik.
Masa makin berganjak lewat, geng baik dah kena kitai
sebab depa ada Husin. Pali bengkek ja tengok Husin—Husin bagi depa banyak
menang. Sesuatu mesti dilakukan.
Selepas berkali-kali dikelepet team jahat, Pali dapat
membaca permainan Husin yang suka sangat melompat. Husin mesti dihalang.
Kasut di tangan Pali. Husin mengacah untuk lari. Pali biaq.
Bila Husin lari memecut bak lipas kudung, Pali mengacah nak tuju kasut. Husin
melompat…
tapi… kau silap, Husin…
Pali terus melepaskan kasut di tangan—terbang menuju ke
bahagian upper body…
TASS!!!
Kena!!!
GEDEBUK!!!
Bukan bunyi kasut…
tapi bunyi Husin jatuh…
Pali tersenyum.
Yes!!! Hero orang jahat dah mati.
Tanpa menghiraukan Husin, permainan diteruskan… tapi tak
sampai 10 saat.
“Weh… berenti!!! Berenti!!!!”
kata sorang sepupu Apis yang Pali dah lupa nama.
“Husin nangis!!!!” kata sepupu Apis lagi.
“Awat?” tanya Apis.
Semua mata ushar Pali. Dan kebetulan pulak, Pali pegang
selipar yang dia tuju pada Husin tadi…
Damn… selipar yang bahaya.
AKA: selipar Jepun jenama TAT SING.
Pali terkesima.
Husin terisak-isak balik ke rumah. Permainan diberhentikan
seketika… lepas tu depa sambung main balik.
Tapi lepas Husin balik, Pali tak tuju dah macam dia buat kat
Husin. Kalau main Counter-Strike, orang kata headshot. Sama la cam Pali…
cuma yang lebih tragis—selipar Tat Sing tu kena mata Husin.
Sakit, bhai…
Pali tau la sebab dia yang tuju.
Tapi Husin lagi tau sakit lagu mana… sebab dia yang kena tuju.
Err…
Husin… Selamat Hari Raya.
1 comment:
mn ada sy kejam..sy baik what?err..kn?kn?
Post a Comment