Saturday, September 4, 2010

cerita bulan posa III

bulan posa ms form 1 n form 2 dulu adalah sesuatu yang dinantikan oleh pali dan kawan sebaya,sebabnya byk sgt aktiviti buleh dibuat and amalan dan kegiatan di masjid adalah sesuatu yang wajib dihadiri tanpa gagal..bkn berani gagal..tp tanpa gagal. pg2 buta pas soq ja muka depa2 ni dh ada kt masjid bagi menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah..x caya cakap pali,cuba tanya pian.mmg depa ni rajin p smyg subuh kt masjid. jrgla nk miss masa subuh berjemaah masa bulan posa.

solat subuh itu adalah amalan pertama yg dilakukan yang mn selepas selesainya solat subuh...maka akan bermula aktiviti seterusnya..iaitu..bermain aci menyorok. aci menyorok?wat the fish?xdk menda lain ka?

sbenaqnya,permainan aci menyorok bagi remaja-remaja ini bukanlah seperti yg dimainkan oleh remaja2 di KL ataupun cheras ataupun sabak bernam ataupun banting kerna..aci menyorok ini dimainkan di sebuah bangunan yg masih dalam pembinaan..iaitu bangunan kuarters kakitangan kerajaan bagan serai aka flet. masa ni flet masih belum dihuni lagi,masih dalam status pembinaan. permainan dimulakan cam besa la..cm budak2 kecik dk main. pg tu pali menjadi pencari. kawan2 dia yang lebih dr doblas anggota itu menyorok hanya dalam bangunan flet itu shj.itu syaratnya. undang2nya..si pencari perlu mencari kesemua pemain sebelum para pekerja asing memulakan kerja pada waktu pg. klu gagal..maka sok aku disambung kontrak menjadi pencari lg. kejam bukan??!!

pagi tu,selepas doa solat fardhu subuh berakhir,melompatlah kumpulan remaja ini di dalam bangunan flet yg x siap lg tu mencari kawasan menyorok. pali mengira sampai 20..pali bknlah calang-calang remaja,abis di panjatnya bangunan flet tu.berlari atas bumbung flet menangkap kwn2nya. oh..hampir terlupa,tangkapan dilakukan hanya dengan menyebut nama mana2 mangsa yg menampakkan diri. sekiranya silap sebut nama..maka permainan akan di mulakan kembali tidak kira berapa byk tgkapan yg telah dibuat.mmg kejam. dan selalunya pemain tidak memakai baju ataupun menukar baju sesama sendiri mcm dlm game bola pas abes game, dengan tujuan bagi mengelirukan si penangkap. jahat bukan mendajal kwn sendiri? tp..pali ni mata dia sgt tajam,dia x rabun,penglihatan dia sgt cerah walaupun dalam kegelapan subuh. seorang demi seorang berjaya ditangkap. dia berasa lega. namun..ati beliau semakin gusar..kerna kelibat seorang lagi masih belum ditangkap..yaa..incik sufian hassan.

hari semakin cerah bermakna masa semakin singkat.

'weh..pian ada ka dak ni?aku dh letih cari ni..abeh dh aku rabat flet ni..mn dia lari?ka dia balik umah?' jerit pali pada kawan2 beliau yg dh ditangkap.

'adaaaaaa!!!!!!'terdengaq satu sora menjawab.yaa..itu adalah sora pian.

pali terkesima.mn mau cari sih?

pali meneruskan usaha walaupun dia sedikit gusar..mana taknya..masa nk abeh dah n paling dia takut,klu pian buleh sep or touch dia secara fizikal tanpa dia sedari..bilmakna..dia telah ditangkap oleh pian dan hasil tangkapan aka kwn2 dia hat lain akan dibebaskan dan semestinya..pali akan meneruskan kontrak sebagai pencari. bosan woii!!!!walaupun tu adalah peraturan permainan.

'HOIIII!!!!!'

pali terdengaq sora pian di tingkat atas semasa beliau berada di ground floor. pali membuat rumusan dan kalkulasi matematik darjah 6 yang beliau sgt mahir. secara teori fizaknya,kelajuan sora pian dan jarak tu..pali bajet pian berada di floor paling atas,iaitu..tingkat 3.

zuuupppp!!!!

berlari pali ke tangga naik ke atas,penuh taktikal bagi mengelak pian nampak beliau.pergerakan senyap tapi pantas.bak ninja lagaknya.sambil mata liar memerhati kawasan dan tempat bersembunyi.pali menghendap.cilaka!!!!mn pian ni?seperti orang minyak pali mengatur gerak..cukup teratur strategi beliau. yang beliau nampak cuma kwn2 hasil tangkapan dia pg tu..maka dia berjalan ngn tenang sbb dia yakin pian xdk.
hasil2 tangkapan dk renyeh sambil dk menganjing...

'xpyh susah2la bab..hg smbung la sok...'

hahahahahahahahaha....deraian ketawa hasil tangkapan yang lain.

bengkek ati pali mendengaqnya..ingt senang ka jd pencari?emm..tp..lani baru pali tau jd pencari masa tu lg senang dari mencari jodoh lani.

pali membelakangi hasil2 tangkapan sambil melepaskan pandangan predator mencari jejak2 pian dalam kawasan flet tu.

tiba2...

bahu dia kena pegang..

dia kalih..

dia rs nk riau pg tu..

rs...rasa nak tampaq org yg pegang bahu dia pagi tu..

hasil tangkapan bersorak gembira bak jepun2 dalam filem sarjan hassan...BANZAI!!!!!

di mata pali ternamapk wajah pian yang dk renyeh2 cam dia dapat pegang anak dara lak masa tu..padahal sebab berjaya menangkap pali.rupanya pian berada dikalangan hasil tangkapan.bijak dan licik dan jahat dan sombong dan busuk dan keji sekali tektik beliau.pali haram x pearasan walaupun sesaat hatta sedetik.

geram pali sgt2 masa tu..

pali rasa nk sgt tumbuk pian masa tu..sbb dia bersungguh2 main..at least bg la org lain pulak jd.bukan best pn pali jd pencari. dan disebabkan pali dh kena tangkap,so,permainan utk ari tu dh berakhir utk disambung pg sok pulak. pali frust, tiada mud..trauma..rs cam x nk buka posa dh kt masjid ngn kwn2 dia.tp..apakan daya,depa tu kwn2 dia dr kecik.

'pali..hg jgn xmai lak subuh pg sok?'itu adalah pesanan penaja yg dia dengaq sebelum dia kayuh beskal pulang ngn kekecewaan.pali x balas pn sbb dia tgh bengkek.HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...tu ja yg pali dengaq dari kwn2 seperjuangan dia masa tu.suma syok sbb xpyh jd pencari. sbb jadi pencari mmg bosan.sbb xdk geng. pian pulak diraikan bak wira pagi tuh..cm wira negara yang berjaya menumpaskan komunis lagaknya layanan n pujian yg dia dpt pg tu. berbulu ati pali pg tuh. ptg mud btoi!

keesokkan paginya,berbekalkan maruah dalam dada,pali p gk smyg subuh n meneruskan permainan sbg pencari. aim dia pagi tu adalah pian!!!misi membalas dendam!jaga hg!!!

3 comments:

wAwA^cHan said...

terer,terer,terer cik pyan.... :)

sijaritembam said...

"sbenaqnya,permainan aci menyorok bagi remaja-remaja ini bukanlah seperti yg dimainkan oleh remaja2 di KL ataupun cheras ataupun sabak bernam ataupun *banting*" --> giler fames banting...haha

the pali said...

wawa:sj bg chance kt pian ja....
yan:koperisen tuh...utk menunjukkan betapa modennya permainan kami nk dibandingkan ngn banting...hikhikhik..