TALI GANTUNG
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis
jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak
mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga
RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen
pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung
seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam
peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya.
Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena
ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat
banduan,' jelas
Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga
pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi
hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok
Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian
di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan
pegawai yang
bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun
sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan
Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga
ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan
hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan,
nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu
di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk
banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman
gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan
Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata
Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa
berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang
pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia
dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu
keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan
digantung),' kata
Samuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini,
kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal
sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'
Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi
setiap perjumpaan
terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir'
bernilai
RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang
menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu
lamo untuk
hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama,
menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja
yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya
nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka
akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik
gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata
mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan
dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata
terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak
dipakainya pada
hari hukuman.
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T
dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher.
Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu
kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua
pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan
banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir
berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear'
ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong
dengan ketinggian
5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya
memecah kesunyian
suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan
dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah
memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan
antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira
15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut
Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit
dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas
setengah jam
dibiar tergantung.
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya
supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita
hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka
jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang
diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan
kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk
nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus
melakukan jenayah.
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga
tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam
keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil
menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan
dengan dadah.
utk renungan kita gk..
pk2 la....
nk jd jhtpn..
x baloi...insaf aku..
Copy from BERNAMA
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment