Thursday, April 16, 2009

PAK KU SHADAT

tiba2 lak rini aku teringat lagu Vespa Haji Samad hat aku dk nyanyi ms kecik2 dlu...trus aku search kt tenet nk amik mp3 dia,alhamdulillah,jumpa,ni tgh dk tggu donlod la ni..

seingat aku,lagu2 dia la yg aku hafal dlu sblum aku knal lagu TWINKLE2 little star...aku rs ramai org kedah n belah utara pnah dgq nama penyanyi ni...PAK KU SHADAT...kot x pnah..rugila ms kecik2 dlu..wahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha...tgk...gelak sakan aku...

dlu lagu ni x silap aku,pakcik aku la yg beli,klu aku balik umh tok aku belah pak aku,lagu ni la depa pasang,jgn dk kata,sari suntuk aku ble lyn lagu ni..aku paling suka lagu Vespa Hj Samad ngn lagu Kisah pemerintahan Jepun..aku ingt lg,siap pnah pinjam kaset tuh,bwk blik umh psg kt umh lak..

tp....siyes..lma gila dh aku x dgq lagu dia,aku pn tatau bla last aku dgq..maybe bla aku dh terer main rabat pokok kot...ahahahahaha...
yesssss!!!!!!!62% ja lgik...cagher ah ding dong...

so,mulai ptg ni...aku ble bsuka2an la ngn lagu dia..tp..sian Pak Ku Syadat nih...aku ada jumpa la ni..keratan akhbar...aku jmpa kt other blog:



Pak Ku Shadat Derita Di Rumah Usang

Oleh Adnan Jahaya KANGAR, 18 Dis (Bernama) -- Sejak dua dekad lalu, Ku Nafiah Ku Aman atau lebih dikenali sebagai Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipurlara, dan selokanya sama ada ketika mengadakan persembahan atau melayani tetamu amat menghiburkan.Kehebatannya termasuk boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Siam, Jepun, Tamil, Cina dan Arab, telah membawa beliau membuat persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand dan Singapura.


Malah, Pak Ku Shadat, 88, pernah merakamkan album bertajuk Gendang Seloka Rakyat yang diterbitkan oleh syarikat Mutiara Records dan sehingga kini albumnya masih lagi kedengaran di kedai muzik dan di majlis kenduri kahwin.Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, hanya suara Pak Ku Shadat dari albumnya yang kendengaran menceriakan suasana majlis tertentu sedangkan beliau terlantar sepi di rumah sewanya di Kampung Kebun, Arau, dekat sini.Rumah usang tanpa sebarang perabot itu menjadi tempat tinggalnya sejak enam bulan lalu dan sesekali ada jiran yang menghantar makanan untuknya.Pak Ku Shadat, yang berasal dari Pering, Kedah, akur dengan hari-hari terakhir kehidupannya dan menerima hakikat bahawa insan seni sepertinya tidak berupaya untuk hidup mewah di penghujung usia.


Walaupun pergerakannya perlu dibantu, namun selokanya tetap menceriakan rumah kecil yang didiami bersama isterinya, Mek Ahmad, 55, yang berasal dari Pendang, Kedah.Dari raut wajah warga emas ini jelas kelihatan kemuraman hidupnya yang terselindung di sebalik keramahannya.Pak Ku Shadat pernah menerima upah antara RM50 dan RM100 untuk setiap kali persembahannya di majlis kenduri dan acara rasmi tertentu tetapi kini tidak lagi diundang menyebabkan beliau terpaksa bergantung hidup kepada simpati jiran.Air mata yang sesekali mengalir ketika menceritakan tentang kesengsaraan hidupnya sekarang, disembunyikan di sebalik wajahnya yang ceria.


Antara lagu seloka yang popular yang dinyanyikan Pak Ku Shadat ialah Vespa Haji Samad, Proton Saga, Petani Moden dan Subsidi Baja.Selain hanya hiburan, lirik lagu-lagunya yang mengandungi kritikan sosial selain nasihat kepada orang ramai.Anggota Parlimen Arau, Datuk Seri Syed Razlan Jamalullail, berjanji akan berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban kehidupan Pak Ku"Dia seorang penglipurlara yang patut dihargai. Dia perlu dibantu," katanya selepas menyampaikan sumbangan hamper kepada Pak Ku Shadat.-- -BERNAMA

tp lani dia dh xdk dh..dh meninggal dh..:

Pak Ku Shadat meninggal dunia

KANGAR: Tokoh penglipur lara yang terkenal di Perlis dan Kedah, Ku Nafiah Ku Aman, 79, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ku Shadat' meninggal dunia di rumah keluarganya di Padang Sera, Kedah hari ini kerana sakit tua.

Seorang rakan rapatnya, Ahmad Md Noh, 57, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarganya kira-kira jam 11 pagi dan mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melele, Kedah jam 4.30 petang tadi.

Beliau menyifatkan kematian Pak Ku Shadat sebagai kehilangan seorang pejuang seni penglipur lara yang tidak pernah jemu berkarya.

Pak Ku Shadat mengabdikan diri kepada bidang seni sebagai seorang penglipur lara sejak lebih 20 tahun lalu menerusi nyanyian selokanya. - Bernama

Al- Fatihah utk allahyarham Pak Ku Shadat.......

p/s:abaikan bab umuq 2..besa la press...

No comments: