Thursday, December 29, 2011

malas buh tajuk II

sedang ralit gua main game Darksiders kat pc gua pada satu pagi cuti ujung minggu yang nyaman, henset gua berbunyi message..

gua kalau main game ni malas sangat gua nak message ni...main FM buleh la sms,tu pun kalau gua rajin..

gua unlock dan baca message..

dari

Noria Natam

'Menat..demo wak gapo rini?'

gua dengan malas membalas

'xdp gapo..bakpo..nak ajak gi bekwoh ko?'

gua tekan send..

tak lama lepas tu..

message masuk balik..

Noria Natam

'molep!molep!menat..nak join gi kemeren dop rini?putri ada sekali nih?'

gua reply..

'kemeren?rini?buleh etep!demo ado mana loni?bilo nok gi?'

gua send..

sambil bercita-cita nak makan strawberi la kununnyaa...

deringan message bebunyi kembali..

Noria Natam

'kawe siap doh..kawe tunggu demo kat Gua Musang sebab kawe ado di Gua Musang doh loni..kuikuikui..'

gua baca dan terus quit game Darksiders..kepala tahek punya lawak..

implikasi dia mek noi..sampai lani gua tak abes main lagi Darksiders..

-Anoi, pagi tadi ada perhimpunan pagi, tapi gua tak gi, gua tau, mesti ada sesi pasal lu punya, dan jangkaan gua betoi, orang spital siap wat slideshow gambar lu, diiringi ngan lagu salam terakhir, orang citer siap Dato' Pengarah baca puisi untuk lu..yaa..untuk lu anoi!!gua memang tak leh gi..sepul pun tak gi, faiez pun tak gi gak..sebab semua tak sanggup anoi..

Wednesday, December 28, 2011

malas buh tajuk

seseorang yang kita kenal lama, rapat dan selalu merapu bersama, tidak akan melihat sesuatu yang negative itu as negative..

sebagai contoh mudah..

gua kenai rapat sangat ngan hizal..gua dengan senang hatinya memanggil..

'weh..beruk..apa plan rini?'

dan hizal dengan senang hati menjawab..

'tak dak plan lagi rini bewak aka biawak'

boleh dilihat perbincangan antara beruk dan bewak..

itu adalah perkataan yang negtatif yang sudah tiada maksud negatif lagi dari segi pembawaan maksud.

dan kerapkali kita mendengar perkataan 'babi' itu menjadi sesuatu yang biasa..

sebagai contoh..

'weh..babi mana amik pulak pensel tekan aku...?'

'ni haa..aku pinjam la sat babi woi..amboi..pensel ja pun...tumbuk satgi!!!?'

itu komunikasi antara 'babi'...

jadi sesuatu yang negatif itu akan hilang elemen negatif sekiranya pengucapan itu difahami oleh penutur walaupun pada pandangan dan pendengaran awam ianya adalah sesuatu yang offensive..

dan..sesuatu yang negatif itu juga akan menjadi sesuatu yang neutral apabila ianya diucapkan di kawasan penempatan yang mana penuturnya tak paham apa yang dituturkan oleh penutur offensive.

sebagai contoh..

lu dan rakan lu berada di wakaf che yeh..

rakan lu ralit dok usha awek-awek keluaq malam..

lu jadi rimas sebab lu dah bosan tengok..

jadi lu pun dengan tenangnya kelui jibauk tersebut..

'woi!!!POEN!!kata nak beli barang,ni sampai dah meleh ayaq mazi ni pa cerita?'

see..POEN tidak mendatangkan isu...kurang ajaq atau tidak senonoh..

cuba try panggil kawan lu orang camtu dalamaloq staq mall ka...pekan rabu kaa..shahab perdana ka...anda akan menarik minat mata-mata manusia..

tak caya..try la..gua tak tanggung papapun..

tetapi ayat-ayat sebegini tak mungkin boleh dituturkan ngan semua orang...hanya yang betul-betul rapat sahaja..

kalau antara adik beradik gua tak tau la..tak pernah lak gua jumpa adik beradik berkomunikasi sedemikain cara dalam keadaan yang munasabah..kalau adik beradik bergaduh baru buleh keluaq perkataan sebegini..

seperti gua yang biasa bermain permainan..

SAPA LAMBAT HABIS MAKAN NASIK DIA BERUK!

adalah menjadi perkara biasa memanggil si pengkalah itu beruk sehingga ada next round challenge..

dan permainan ini selalu gua mainkan ngan syah, hizal dan naili di kedai mak angkat adiputra masa kami menyewa kat batu caves tahun 2008 dulu..

si pengkalah akan dipanggil singkatan sahaja..yakni.. BERK..bukan lagi BERUK..tp BERK..cuma syah ja yang di panggil WHITE BERK@BERUK PUTIH..sebab kulit dia paling cerah dan menawan dan gebu..

dan permaianan ni gua bawak masa datang reja kat KB..selalunya dimainkan di nasik kak wok..kadang-kadang main kat resipi rahsia..kadang-kadang kat mekdi..tapi..seingat gua..zura memang tak mau main permainan ni..wahahahahahaha

tapi bagi noria and sepul..depa sama naik ja main panggil berk ni sama sendiri..cuma noria selalunya kalau dia tau dia lambat dia tarik diri..tapi kalau dia cepat..dia la yang memula mem'BERK' kan orang..

by the way..

lama dah gua tak dengaq perkataan berk ni..sejak-sejak kami tak keluaq makan ramai-ramai dah..tiba-tiba ja gua teringat ayat ni...kalau gua pi kl memang perkataan BERK ni akan sentiasa terucap antara aku hizal ngan syah..


haish..tulis menda camni pun still teringat gak ko demo anoi...


all the things that we'd done....

i used to call her by the name.. NATAM means menatang..

she used to call me..MENAT means menatang..

we used to call her.. nate kiwi...don't know why..but it suits her..hahahahaha

gua selalu memaki hamun mengunakan bahasa yang berlapik..sebagai contoh..wardavag lapik dari wut the F!

dia ikut juga gua sebut menda ni..sampaila laki dia marah dia..yaa..itu satu kesalahan morality di situ noria..



and..she wasn't good at teaching me kecek kelate..menipu banyak!!!tak pernahnya menda hat dia ajaq tu betul dari segi makna dan tatabahasa...

Monday, December 26, 2011

Noria Idris dalam kenangan..

Jumaat malam sabtu, dalam pukul 9, gua ngan wan firdaus berjalanpi cari wad tempat noria lepak. macam-macam yang gua dengaq dah. walaupun gua reja spital KB, tapi tak maksud gua tau semua bilik sini, gua taktau apanama icu noria lepak, tapi gua tau tempat tu.

bila gua masuk, gua nampak hashim adik dia ada kat situ, dia kata gi la tengok...

gua melangkah masuk ja..

gua dan namapak bibir pucat ja gua keluaq terus.

dalam kepala gua..

tu bukan mek noi aku kenai...

yaa..dia memang gemuk..memang gua selalu panggil dia gemuk..tapi jasad atas katil yang bengkak muka tu..bukan kawan baik gua..gua dah tak mampu nak tengok lagi dah..gua usha dari luaq ja..

gua capai Yaasin..gua baca..tapi..dalam kepala gua seperti ada roll filem yang dimainkan bermula 2009 sampai la ari last gua tengok dia..yakni ari selasa...

then gua pi jumpa husband dia..Akram..

dia story kat gua apa yang jadi..

dari stat baby dia kena vacuum..kalau mengikut deskripsi kaler yang laki dia story, baby tu dah macam kaum Na'vi dah..sampai mek noi asyik tanya..why baby dia tak nangis..berkali-kali sebelum dia pengsan........

itu perkataan terakhir yang laki dia dengaq...

bila bawak mai kecemasan ja, jantung dia dah berenti dah..

bila gua dengaq part jantung berenti..gua dah rasa mek noi memang tak lama..

tambah pulak bila operation dia depa kena buang rahim...potong usus 2 kaki..lepas tu pulak buah pinggang ada masalah..bertimpa-timpa dugaan mai..semetal-metal gua pun..bila kawan baik gua jadi lagu ni..metal gua letak tepi dulu...

gua duduk atas kerusi..gua cakap kat wan firdaus..

dulu member study gua koma sebab accident...lani dia dah arwah...
dia masuk kritikal...then stabil sat ja..before roh berpisah ngan jasad selama-lamanya...Allah bagi dia merasa kehidupan yang paling akhir sekali..for the last time..

hari sabtu gua g lagi tengok mek noi...walaupun dia tak tengok gua...
pagi lagi gua pegi tengok, lepas asar gua gi tengok, lepas isya' gua gi lagi..malam tu, di beritakan, mek noi perlukan darah B lagi, gua ajak sepul derma, tapi orang kata tempat derma darah tak buka malam-malam, kena tunggu esok.

gua usha mek noi gua cakap,

gua nak balik dulu, nak rest, esok nak bagi lu pakai darah gua, sepul ngan zura pun janji dah nak bagi darah kat lu..

tapi..lu memang takkan dengaq cakap gua..

12.45 malam lu dah pergi dah..

gua ralat sebab tak sedaq malam lu berangkat..

gua ralat sebab tak dapat antaq lu naik van sampai badang..walaupun sepul, fadzil ngan hashim kol gua..

henset ngan gua berpisah masa tu...gua depan tv terlena..henset kat bilik atas.gua cas..subuh hari ahad baru gua sedar..

yang lu memang dah tinggalkan hidup kat dunia ni...

gua kat opis lani mek noi..pen pilot lu yang gua pinjam tu ada lagi atas meja gua walaupun gua cakap nak pinjam 5 minit..takpa la..gua simpan ja laa..

selalunya..time-time ni lu kol dah ext gua..

tapi lani..

no more..

'HI MENAT AM!!!' @hai menatang!!!

no more..

'haa..ni makan die!!'

Sunday, December 25, 2011

Tribute to Noria Idris aka Mek Noi

tahun 2009, 15 Januari, gua mula-mula menjejak kaki dalam opis Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,hari Khamis, gua pakai baju batik yang abang gua pakai masa dia jadi comittee ta'aruf.gua mana ada duit nak beli batik mahal-mahal. gua masuk situ, gua jadi toya, bos gua bagi bilik kat gua, share ngan 3 orang pegawai, 2 pompuan, 1 laki. port gua ujung sekali kat dinding. sebelah gua mr lee meng tat, then cik azura, last sekali kat ujung tepi dinding sana ada sorang lagi nama noria idris.gua tak chare sangat masa tu ngan makhluk-makhluk dalam aquarium tuh. tapi jap ja gua tak chare,gua kan peramah.jap ja gua start mengacau makhluk-makhluk dalam tu, dengan cover muka jinak gua.apa adahal?

gua ingat lagi, masa tu gua panggil kak noria ngan kak zura (puh leeeeessss!!!!), tapi noria dia gelak dia kata jangan panggil kak, dia mudo lagi walaupun hakikatnya dia tua 2 tahun dari gua. Fak!gua kan menghormati orang! last-last gua panggil noria ngan zura ja walaupun hakikatnya depa tua lagi dari gua..

dulu gua makan nasik kat stadium sorang-sorang, tapi, natang noria ni la yang ajak gua kuaq makan sekali ngan dia ngan zura ngan sepul, kadang-kadang naik kelisa buruk dia yang tak laju tu, kadang-kadang naik reta persona zura yang power sikit tu. tiap-tiap ari konpem pi makan kat kak wok belakang KBMC. kadang-kadang pi bantai nasik sup kat tepi sungai. buleh kata tiap-tiap ari la gua pi melainkan kalau gua posa sunat.

dulu reja ari ahad kat sini rehat lama cam ganti hari jumaat, tapi tak dak orang pun bagitau kat gua rehat lama, si nate noria ni la yang nagitau gua, kalau dak memang gua rehat sejam ja masa tu. jadah lee tak penah sound kat gua.

masa dok bilik akuarium tu, tak dak radio, tapi selalunya noria ngan zura la yang pasang winamp, tiap 2 miit sekali mesti gua akan dengaq lagu Love Story-Taylor Swift, sampai gua hafal la lirik dia, start situ gua rasa jiwa metal gua dah kurang. chaitt!!!

walaupun dulu gua incharge training unit, tapi, gua banyak refer ngan noria ngan zura pasal documentation walaupun zura ni akauntan, noria buat pembangunan.sebab tiap-tiap ari gua dok ngadap depa 2 orang ni, gua naik tocang, gua makin kasaq, cover up junak gua adalah tak sesuai, lagipun memang senang nak masuk pala otak depa 2 orang ni walaupun gua cakap kasaq.

ni la satu-satunya gambaq yang dan amik kat bilik akuarium sebelum akuarium dipecahkan.



muka gua sangat jinak.

masa dok bilik akuarium ni, banyak gak aktiviti gua tak penah wat gua buat, sebagai contoh paling fakap, gua pi main bowring..eh..bowling..ni pun gua join sebab kena paksa ngan noria. dia kata kalau gua tak join dia akan jadi nombor last, at least kalau gua join, dia jadi no 2 last!memang brengset!tapi nak wat camna memang gua stended longkang pun main bowling nih, gua tak power cam tomoko pun.

seingat-ingat gua, cuma ada sekali ja aktiviti ngan budak-budak opis ni gua buat,aktiviti luaq, seingat gua..yakni, melancong ke Lata Tembakah..gua join sebab gua memang tak dak buat apa, lagipun budak-budak opis gua pun ada.mas ni la gua mula-mula makan nasik tumpang. tak tau padia nasik tumpang?google..gua tak dak masa nak explain. gua kan bajet busy..gua try masa on the way pi lata Tembakah....



gua selalu cakap dia tak pregnant, gua cakap dia gemuk, setiap kali gua panggil dia gemuk dia akan jumpa sepul tanya betul ka dia gemuk?hahahaha..lu tak gemuk la mek noi..berapa kali gua nak kasik tau?tapi kalau gua cakap lu tak gemuk lu kata gua tipu...so..sampai bila-bila memang gua panggil lu gemuk!hahahaha..nate gemuk!

gua dah tak mampu...dah...

cuma gua teringat satu dialog yang dia and gua tuturkan dalam 2 minggu lepas..pasal dia nak isi borang cuti bersalin..

dia panggil gua menat..shortform dari menatang..*cilake*

'menat..kawe sero nok amik cuti 3 buley la bersalin kali nih..'

'amik laa...demo apply jah..pah,sapa meja kawe...kawe suggest 2 buley jah..demo mana buleh cuti lamo bengong!'

'budus!!eh..buleh dop kawe nok amik 3 buley nih?'

'amiklaa..supo kawe oyak takdi aaa...kalu kawe tengok demo fit, 20 ari jah kawe bui...kawe tak caro doh demo nok ko toksey..kawe tegas..ok?!!!'

'huh..kalu gitu gak..baik kawe amik 3 bulan..tapi..kalu kawe nok cuti lebih dari 3 buley gano?'buleh key amik cuti menjaga anak?'

'buleh jah..pah, nati demo abih cuti jaga anak...kawe dah jadi KPP...konpem kawe suh demo gi beli air ko kawe..nok toksey?'

'eh..eh..toksey ah..demo junior kawe..sapa bilo-bilo demo tetap jadi junior kawe ok?!!eh menat..kalu kawe toksey mari doh nok cuti makey gaji buta buleh dop?'

'napa nok?*penampaq mau??*!!!'balas gua.

'huh!bekeng!!!'

tapi sungguh mek noi...memang lu cuti sampai bila-bila...memang gua takkan jumpa dah lu mek noi..pagi tadi gua bangun tdo tengok missed call ngan sms bersepah dari sepul, adik lu, ngan zaza..semua bagitau pasal lu dah tak dak kat dunia ni.gua kadang-kadang rasa cam bermimpi pun ada gak, betul ka lu dah takdak?patutla gua cam berat ati nak beli hadiah nak sambut baby lu..sebab lu dah pegi mek noi.

25.12.2011..

lu pergi tinggalkan kami semua kat sini.

untuk selama-lamanya..

gua ingat lagi..sms lu belagak ngan gua...

'menat..sedapnya milo beng an-nissa'...'

gua tau lu memang minat sangat milo beng kat situ, gua sendiri tak pernah rasa sedap setaro mana milo beng tuh...situ la tempat lu excited nak bersalin. tapi..situ la tempat lu bleeding..dari situ la baru depa antaq lu datang spital tempat lu reja mek noi..lu dok icu mek noi..lu tau dak Mr. Nik yang lu dok suka usha dulu datang pantau condition lu?hahahaha..lu tak tau mek noi...

ok la...gua nak pegi tengok lu for the last time...gua nak attend lu punya funeral mek noi..

lu kawan gua, dah macam kakak gua dah..walaupun kadang-kadang lu suka sangat ikut bahasa gua yang tak senonoh..bengong lu mek noi!!!

tq mek noi..for everything..

Semoga ditempatkan roh lu di kalangan orang yang beriman..

dalam kenangan


Noria bt Idris aka Anoi aka Ron aka Babe aka Mek Noi nate uduh nate gemuk



1 September 1982 - 25 Disember 2011

Monday, December 19, 2011

mari menganjing

di zaman yang serba canggih dan up to date ini, semua manusia ada henset, orang yang tak dak henset kat dunia ni yang gua kenal adalah mak gua sendiri.sebab mak gua tak perlukan henset untuk berhubungan, mak gua ada kuasa idea motor..ok..gua tipu.

jadi,

kalau nak diikutkan evolusi henset ni, memang tak terkejar bhai..henset saiz tuju anjing kepada polyphonic kepada screen colour dan berbagai lagi la...gua malas nak tulis pasai henset ni bebanyak, lu orang sendiri boleh google.

gua penah menggunakan henset saiz tuju anjing dan kekal dengan the legendary 3310 sehingga gua reja CIMB. gua kesah apa, janji gua send message sampai, gua kol dengaq...MMS?nak buat apa?

tpi, bila henset gua stat jahanam, gua akan beli model yang lain, tapi still gua beli yang second hand, apaadahal?henset ja pun.

jadi..bila gua tukaq pakai henset yang menggunakan skrin sesentuh aka touch screen, gua selalu mengatakan kepada rakan gua semasa di opis beliau..

'peh..teknologi bila ni...henset ada keypad?payah dah nak jump barang antik camni...!?'

itu masa gua..

seronok kan menganjing?


satu hari di opis member gua lagi..

'weh..henset aku nak mampuih ni..ada charger nokia hat kecik dak?'

member gua usha gua dengan sinis..

'henset?menda apa tu?rasa cam pernah dengaq ja..?'ujar member gua sambil menayang HTC beliau.

'PUNDEK!!!!' ujar gua seraya melayangkan henset nokia gua ke dinding untuk menguji daya ketahanan henset gua.

Friday, December 2, 2011

SPM gua

bila gua dok sorang-sorang and adik bongsu gua yang suka sangat garu belakang gua amik spm, gua teringat lak, saat-saat gua amik spm masa jadi hero kat sek men abu bakar al-baqir dulu.yang gua tak berapa nak ingat, angka giliran gua.

spm ni dia punya horror la untuk sebilangan besaq budak-budak form 5 ni, sampai menyebabkan majoriti bertungkus lumus buat study group kat kantin lepas abis kelas.yang tak penah study pun tetiba ja ada kat kantin..usha awek la tu...aahhh...lagho semua tu..gua buat gak study grup tapi apa lancau wat kat sekolah...wat kat surau flet laa...baru kool.

tak tipu laa..gua pun cuak gak dulu, cuma gua tenang ja nak hadap spm ni, sebab gua tau, abis teruk pun gua kena reja ja...tak pun jadi askar kalau result gua cam cilaka. tapi, apa mau risau, spm ja kot, so, ini lah masanya nak menghabiskan masa ngan baju kuning dan seluaq koko...seluaq ijau?apa lancau..tu budak-budak biasa..gua pengawas sekolah yang tak penah tulis nama orang wat salah..nasib masa ni abang gua yang penah jadi ketua pengawas sekolah dulu dah kat gombak.tak dak la gua calarkan nama baik beliau..

gua masih ingat..pada pagi hari rabu..

mentari menyinar lemah..padang sabar tempat gua jadi speedo nampak lembab ngan embun. muka budak-budak baru turun bas sekoq-sekoq muka malas nak pi sekolah, mata sembab..bangun terkejut gamaknya.

gua angkat beg sekolah gua, gua buka and usha kat dalam..ada sekeping buku ngan sebungkus nasi goreng mak gua bekalkan untuk time rehat.

gua usha jam kat henset navigator gua..ok..gua tipu...gua mana tau apa lancau pasai henset time ni...gua usha jam kat tangan mali, baru 7.30 pagi.

gua usha yen yang baru form 4 masa tu. gua usha dia atak cenyum sama gua..cilake!!!ni signal tak baik ni.

yen juih mulut kat gua seperti memberi isyarat untuk sebarang cadangan pada mali.

gua cucuh dunhill sebatang. sambil menyedut sedalam-dalam..dan menghembus..

gua sound kat mali..

'mali..bila last hang tak pi sekolah?'

'aku?2 hari lepas ngan hang kat rumah majid...jangan dok wat lupa..aku hawing kot nanti bab..'sound mali balik.

'haram..aku tanya ja kot..semalam aku tak nampak pun hang kat sekoalh..tu aku bajet hang tak pi..'

'pelaq betoi...aku pi la weh..aku tidoq dalam library..'*cewah..speaking kau mali*

'tak pa laa...aku saja tanya..bukan pa..aku sebagai kawan hang...nak pesan kat hang...kita next week dah nak spm..dok terkinja-kinja lagi..kadang-kadang aku risau gak..tengok hang, bukan pa...nama hang dah la nak sama cam nama aku, aku rasa bersalah la kalau hang tak lepas spm mali..'gua memberi nasihat sambil menyedut dunhill yang murah sedalam-dalamnya.

'dah tu..hang ingat aku tak risau ka bab?aku pun risau gak..'

'haa...baguih la kalau hang risau mali..aku tengok budak-budak lain pakat dok wat study group apa bagai...cikgu pun bukan amik port sangat kat student power cam kita ni...student pemusnah harapan sekolah..'ujar gua sambil di sambut oleh sora yen yang terkekeh-kekeh.gua hawing gak budak yen ni.

mali termanggu. sebelum kaki dia meyepak engkoi ex5 ACM dia.

'jom bab..aku rasa insaf pagi ni..yen...hang pikap ucop..bab, hang naik ngan aku..'

'aik..awainya..lek lu..kok tang...blum 740 pun lagi..'sound yen.

'ntahnya...rokok aku pun tak abeh lagi ni..'gua protes.

'laa..tadi beria nasihat aku kemain..?sound mali.

'memanglaa aku nasihat..aku rini plan nak study grup la ngan hang ngan ucop..'

mali usha gua atas bawah..gua syak mesti dia nampak gua kecik ja time tu..terus gua capai helmet gua celapak naik EX5 mali.

throttle dipulas..ACM meluncur membelah dingin pagi hari rabu...

sejam kemudian.

'amacam mali?ok dak tempat study group kita pagi ni?'sound gua sebelum membuat satu junaman ke dalam ayaq di Burmese Pool aka Batu Hampar, Taiping.

pagi tu gua ponteng untuk kali terakhir as a budak sekolah beruniform di Taiping..sedap habaq hang mandi ayaq terjun pukul 8 lebih.orang pun tak dak.

woha!

SPM tu minggu depan..bukan arini..tu kata-kata hikmat gua yang gua pegang.