Saturday, April 9, 2011

orang nak,hangpa pun nak...

satu petang ditepi pantai..
bersandarkan gadget terbaek tahun 2010 beliau..
yakni sebuah dslr jenama sony model alpha 200..
bergandingan kitlens sony dan sebijik beercan..
pali mengatur langkah..
ke tepi pantai...
niat di ati nak kapcur lifeless life..
tapi..petang tu bersepah manusia bergerak mundar-mandir..
pali jadi malas..lantas..
diparking bontot dia di atas pasir sambil tangan mendakap kemas gadget terbaek beliau tahun 2010.
menghela nafas panjang pali mencari shot..

di kiri kanan beliau...
kelihatan beberapa keping manusia bersama gadget-gadget depa..
bernama nikon dan canon..
megapixel lagi power dari pali..
dengaq cerita..
peluh semut pun buleh nampak..
kalau gadget pali..
peluh ketiak beliau pun payah nak nampak..
besala..megapixel tak besaq..

pali dok asyik tengok manusia di kiri ngan kanan dia..
begitu asyik mengambil shot..
lepas sekeping..sekeping di amik..
pali sekeping pun tak amik lagi..

pali amik sebatang winston diparking di bibir mulus beliau..
dinyalakan api dari sebiji cricket putih..
disedut dalam-dalam dang menghembus keluaq kot idung..
bak naga tasik chini..

diangkatnya bontot beliau..sambil mengusung gadget beliau..
lantas berdiri di belakang pemilik dslr yang dia dok usha tadi..

OH..seketoi nikon..
patutla pandang sinis ngan pali..
mentang-mentang la sony a 200 pali ni pakai kodak lagi..
di pandang enteng pulak..

sambil dok berdiri..
pali berkira-kira..nak menyapa pemilik nikon tersebut..
kot la buleh bertukaq pendapat or ilmu seketui dua..
ok la gak..xpayah la dia nak p masuk klas fotografi..
dah la sifu dia dok KL..dok outstation ja..

dalam pali mengumpul kekuatan untuk menegur sapa pemilik nikon tersebut..
terus pali membatalkan niat beliau..
tatkala pali terperasan..

mode yang pemilik nikon tu guna..
adalah..

AUTO

cet..kalau nak guna setting auto..guna kamera digital besa la bhai.tak pun ngan navigator pali pun buleh dah aih..
tak payah berabih beribu-ribu kalau setakat nak guna mode auto..
langsung pali p beli satay ikan..dan bergerak pulang ke umah sewa..
jiwa seni pali terganggu...
hanya carutan bermain dimulut..

HAMJAD!

No comments: