Monday, October 11, 2010

memang wajib buh tajuk ka??

Selepas setel semayang maghrib di masjid bagan serai pada tahun 1991,pali bergerak keluaq ke pintu pagaq masjid ngn ijai.dua rakan baik ni saling berpandangan.seperti sepasang suami isteri yang memahami jiwa dan raga,depa bergerak secara jalan biasa,x perlu kawad kaki,sbb depa xtau pn kawad tu apa..apatah lagi kawad cam. Lenggok gemalai pergerakan depa menuju ke sebuah kedai runcit..iaitu kedai cina mayat, sekali lg ditekankan..itu adalah kedai runcit,ia tidak menawarkan sebarang bentuk mayat pn dalam kedai tuh..siries..kalu x caya,buleh mai bandaraya bagan serai,kedai tersebut bersama tokey dia pn masih wujud. klu dalam 15 thn lg,buleh jadi ikon bandaraya ataupun fosil hidup la kalu umuq tokei kedai tu pjg lg.

Pabila sampai ja kt depan kedai tu,ijai memberi isyarat..pali mengangguk paham. Ijai menyeluk poket baju melayu beliau. Dikeluaqkan sekeping sekupang. Kemudian,dengan yakin..dia membuka balang cekelat hudson,di ambilnya 2 biji..dan dgn seberapa perlahan ijai menuju ke dalam kedai….meninggalkan pali utk satu misi penting…..

Pali melihat ijai mengorak langkah,pali dengan pantas…mengambil balang cekelat hacks..dicuba buka penutup..HARAM!!!!ketat!!!cm baru kawen….kata pali dalam ati.pali dgn bersungguh-sunguh dk pusing balang..tp..masih gagal..seperti ingin sj dia nk give up ja masa tu..tp..dh dia mmg x reti give up…pali masih berusaha..

Tiba-tiba…

Ijai mucul di sebelah pali…ngn muka agak kaget.
Pali lg la kaget. Kemunculan ijai bermaksud TIME’S UP bebeh!!
Kt blkg ijai..si tokei kedai cina mayat pula menyusul…
Pali xleh wtpa..dia renyeh..

Balang cekelat yg di pegang..di hulurkan pada ijai...

’xleh bukak la rizal...’kata pali.

Ijai terdiam sambil dk kemam cekelat hudson.

‘sini..saya kasik bukak..’offer tokei kedai ngn wajah yg ceria tanpa syak wasangka.

Sekali pulas ja..setel!!

‘adik mau berapa biji?’tanya tokei kedai tersebut ngn penuh sopan santun.

‘dua!’jawab pali.

‘err..rizal..pinjam sekupang buleh dak?aku buh dalam tabung masjid td..mak aku bg..’kata pali.

Ijai yang masih tiada dialog menyeluk poket bj melayu beliau dan membayaq harga cekelat hacks 2 biji utk kwn dia.
Lantas kedua-dua sahabat itu mengorak langkah kembali ke masjid dalam keadaan sugul..sebab misi merembat cekelat dalam balang gagal. Pali la penyebab kegagalan itu.

Pali gagal buka balang cekelat sbbnya..dia salah pusing tutup balang tersebut. Ijai yg sanggup melabur sekupang akhirnya terpaksa membayar harga utk cekelat yg ptutnya ble free. Si cina mayat jugak yg gumbira sbb buleh juai 4 biji cekelat pada dua org budak yg berniat jahat kt kedai dia. Tp.. xleh nk mrh ijai ngn pali..perangai budak2..sunat pn belum lg time tu..