’kita nak pi mn kalau keluaq awai?’balas ijai.
’taktau..kita pi kedai kat ngan umah jalil laa..kan ada kedai kat situ..buleh kita makan eskrem..nak?’cadang pali dengan penuh kebernasan.
’buleh2!!’balas ijai ngan wajah ceria-ceria beruk.
‘sekali ni ja kita buat rizal..hang tengok..intan suraya tiap-tiap ari pak dia mai amik awai..buleh balik awai...takkan kita tak buleh kot...kan?’tambah pali bagi menambah keyakinan ijai.
‘takkan kita dua ja?’tanya ijai.
‘haa...kita ajak wan hazizul sekali...petang ni kalau balik awai buleh kita tengok tv...’hasut pali lagi.
‘ok2..pukui berapa kita nak balik?’
‘emm..satgi aku habaq len laa..’balas pali sambil tersenyum riang.
Nak dijadikan cerita..
’murid-murid..cikgu ada mesyuarat petang ni..wan abdul jalil..cikgu nak kamu jaga kelas,ambil nama sesiapa yang membuat bising..tulis di papan hitam..dan siapkan kerja yang cikgu bagi tu..nanti cikgu nak semak,sapa tak buat,akan dapat apa murid-murid???!!!’
’ROTI PANJANG CIKGUUUU!!!!!’jawab murid-murid darjah satu merah dengan penuh bersemangat. Roti panjang itu adalah nickname bagi pembaris panjang kaler kuning.gila tak best kena tibai ngan menatang tuh.
Disebabkan pali dan ijai ni dok betoi-betoi tepi tingkap,maka,dengan tenang depa lempaq beg keluaq selepas beberapa minit cikgu jamaliah menghilangkan diri untuk bermesyuarat. Wan hazizul aka wan kucen pun dah berjaya tauk beg dia kat luaq. Dengan satu sinkronizasi,ketiga2 murid ini..bergerak keluaq kelas secara berasingan dengan alasan..’jalil..nak pi tandas..nak kencing...’kencing depa pada ketua kelas lantikan sementara tu dengan yakin. Kalau tak bgtau..konpem nama akan ditulis kat papan hitam..naya tuh..jalil ni strict gila masa dalam kelas.masa kat luaq kelas ok ja..ble ja merambu merata..tak paham pali masa tuh.
Bila ketiga2 pelajar darjah satu ni ada kat luaq kelas..depa pun ngan pantas..menyusup masuk ke belakang kelas...amik beg skolah bhai..takkan nak tinggai...tu namanya cari birat tengah belakang..dan..misi berjaya dan tercapai sepenuhnya...tatkala ketiga2 kanak-kanak itu berjalan beriringan kat jalan belakang sekolah sambil dok gelak2 meraikan kejayaan lari dari sekolah dan destinasi berikutnya adalah...kedai makcik..misi eskrem!!!!
Tatkala sedang menikmati eskrem..
’rizal..aku nak cakap apa kat mak aku kita balik awai rini?’tanya pali secara spontan.
’ntah..aku taktaula..’jawab ijai acuh tak acuh..
’wan..buleh balik umah hang dak..dan lagi nak tengok tv ni..satgi budak-budak balik..kita balik la...nak dak rizal?’cadang pali.
Ijai termanggu. Maybe dia pikiaq...jauh tu kalau pas budak-budak balik baru dia balik..sampai lambat gak umah dia..cam tak balik awai jaa..
’takmau..baik kita cari ikan kat longkang ni...ada sepat karim...’cadang ijai yang sangat ketagih ngan hidupan marine.
Pali terdiam.lama gak dia dok pikiaq..’ok gak..nak tangkap pakai apa?’
’jom cari tin..kita sauk ja..hangpa halau laa..’saun ijai ngan penuh pengalaman.
’ok..ok!!’
Berbaju sekolah..berseluaq biru..berkaki ayam..tin di tangan..bermula laa aktiviti tak terancang cari ikan dalam longkang.padahal nak balik umah tengok tv.
Tengah depa dok ralit cari ikan..terdengaq satu sergahan..
’WOI!!HANGPA WATPA NI!!!?TAK PI SEKOLAH KAA??!!!’
Ketiga-tiga kanak-kanak itu serentak memandang..
Rupanya abang wan kucen..lega pali ngan ijai masa tuh...yang masaknya wan kucen la..sebab kantoi ngan abg dia...
’AKU BAGITAU MAK HANG TAK PI SEKOLAH!!!!!’ayat biasa seorang abang kalau dapat point pasai perangai adik dia yang tak elok..sikit-sikit repot..ceh!!!bukan pali ngan ijai kena..of kos la..wan kucen..
Tapi..disebabkan abang wan kucen dah mai..maka..permainan dihentikan..wan kucen dah riau sebab kantoi ngan abang dia..pali ngan ijai taktau nk watpa..tatkala wan kucen diarahkan balik melapoq kt rumah dia.
’kita nak watpa ni rizal?lani pukui berapa dh?’tanya pali secara terus terang.
‘Taktau aku..aku rasa nak balik laa...’
‘takpaka kita balik rumah lani?’
’taktaula..tapi aku nak balik..’
Pali sugul..camna dia ank balik rumah awai..wan kucen pun dah takdak dah..takkan dia nak ikut ijai balik umah ijai..berganda jauh tu jarak tu..tak buleh!tak buleh..pali tengok ijai capai beg..dan beransur pulang...pali pun...nak wat lagumana...capai beg dia dan mengorak langkah gak..tapi perjalanan kaki dia sangat perlahan..agar sampai lambat dirumah.di dalam fikiran..kalau la mak pak dia tau dia lari dari sekolah...euuurgghhh!!!tak dapat nak dibayangkan kengerian di tibai ngan tali pinggan kot..takpun..senjata biasa mak dia..getah paip..perghhh..meloncat menari2 la pali jawabnya..sambil dok riau...tak buleh..tak buleh..
Sugul gila wajah pali sebab plan tak lengkap...
15 tahun kemudian...
’jai..hang ingat dak hari kita lari dari skolah tu jai?masa kelas darjah satu?’
’takmau ingat..buang masa aku ja...’
‘hahahahaha..lek ar...tp..kita kool kan jai?’
‘palahotak hang kool..balik awai konon...last-last aku sampai rumah sama ja ngan budak-budak lain balik sekolah..tak awai langsung!!takdak beza langsung!!’
No comments:
Post a Comment