Monday, October 18, 2010

Kreatif dan Inovatif

Pelampung atau dalam bahasa standardnya Personal Floating Device (PFD) atau Life Jacket adalah peranti yang digunakan untuk mengapungkan diri di permukaan air terutamanya
pada mereka yang tak tau berenang.Yang tau berenang pun boleh pakai kalau dah tak larat nak berenang.
Kalau kat dalam air,orang panggil Bouyancy Control Device (BCD).Lazimnya digunakan oleh para penyelam seperi aku.hehehe

Selain dari menggunakan tiub tayar atau orang bandaraya aku panggil tayar dalam,benda - benda terbuang seperti sisa pepejal juga boleh digunakan sebagai pelampung.

Once upon a time....di sebuah kuarters JPS Jalan Raja Syed Thauphy kelihatan 2 beradik lelaki anak kepada Pakcik Nordin (Al- Fatihah)

"Ad,bapak baru beli mesin basuh hari ni.Arep tengok banyak polestrin dok ada tu.Jom kita reka apa - apa mau? Bapak bukan mau dah pun.Nanti dia tauk buang jugak"Kata Arep kepada
adik lelaki kesayangannya,Puad.

"Hang nak reka apa Arep? Ad tak reti ar.Hang wat ar.Ad tolong hang leh ar" balas Puad
"kita reka pelampung mau? Arep teringin nak p ke tengah ban tu.Arep tengok Pian relex ja p ke tengah.Siap eksen2 dgn Arep lagi" Cadang Arep dalam nada yang
agak jaki dengan Pian.Padahal Pian bagus punya dok ulangkaji pelajaran Matematik kat rumah.

"camna nak buat Arep? kita nak wat jadi macam sampan ka?" suara Puad.Idea itu pun mai sebab dia tengok cerita combat malam tadi.Hangpa tau dak cerita combat?

"Argh.tu zaman tok nadoq Ad.Mana orang pakai dah zaman ni.Arep cadang kita wat dalam bentuk baju.Baru nmpak cam Robocop.Amacam Ad? ok dak? " Arep mencadangkan idea kepada Puad.Ntah apa
kena mengena Robocop dengan pelampung pun xtau la.Hanya Arep yang tau.

"Ha? Buat p la macam mana pun Arep.Ad ikut ja" Puad ni asyik ikut ja.Maklum la adik.Adik mana leh derhaka dengan abang.

"Ok la ni Ad.Hang p sediakan apa2 peralatan dan bahan2 yang perlu.Cepat ar.Arep bagi masa 5 minit!" Arep bagi perintah ulung kepada adiknya.

Maka, bermula lah usaha gigih 2 beradik tu untuk membina dan menyiapkan masterpiece mereka.....

tepat jam 1600..

"Tu dia!!!.Siap dah pelampung kita Ad.Masa pun cantek2 ja ni.Lepas asaq budak - budak tu suma ajak mandi ban.hahahaha!.Bapak ada di rumah ka petang ni Ad?" begitu ceria Arep setelah hasil
titik peluhnya siap.

"Takdak.Dia keluaq p petronas tadi Ad nampak" Ad bercakap.

"cantek2.heheheh" balas Arep

"Areepppppp!!!! Puaaaadddddddddddd!!!!! masuk umah!!!!.Sem dulu!!! Asaq dah masuk ni!!!" secara tetiba semboyan berbunyi.Urgent order dari Makcik Limah (Al - fatihah)

"Ad,mak panggil sembahyang tu.Pas sembahyang kita gerak. x sabaq Arep nak uji ciptaan kita ni"

"okokokok" pendek saja balasan Puad.

Setibanya di ban...........

"uish,Arep pakai apa tu kawan2? pelik ja aku tengok" Pian bersuara.

"Pergh.Siap pakai dari rumah tu.Dok nampak cam baju perisai pun ada.Tu baju pesen baru ka? " Tanya Kadiaq dalam keadaan tanda tanya.

"Aku rasa bukan kot.Takpa,kita tengok nanti" kata Ijai.

Arep parking chopper birunya kat atas titi.sambil melaungkan.........

"oit,kawan2! hari ni aku nak test pelampung aku ni.Apa barang pakai pelampung tayar.hahahaha" Arep bersuara secara takbur dalam masa yang sama
menngondemn kawan -kawan beliau yang x up to date itu.

"hangpa tengok ni,Aku nak terjun" yakin sekali nada Arep.

Kawan2 beliau menanti dengan penuh debaran.

GEDEBUUUUUSSSSSSHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHHA!!!!!
KAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!
KUIKUIKUIKUIKUIKUI!!!!!!!!

macam - macam jenis ketawa keluaq dari mulut kawan - kawan Arep.

Berkecai baju pelampung ciptaan Arep sebaik sahaja mencecah permukaan air.Lucut ke semuanya.Mungkin sebab Arep x belajaq Engineering lagi kot time tu.Jadi ciptaannya tidak berapa menjadi.

Baju pelampung itu hanyut dibawa arus ban

Perlahan - perlahan Arep berenang ke tepian mencari kayu bakau sebagai tempat berpaut.

"Tak dan aku nak try dah berkecai" getus Puad di dalam hati kecilnya.

No comments: