Sunday, December 31, 2023

Last Lap 2023

Tahun 2023, dah sampai hari last dah saat aku taip ni.

Arsenal dah lama tak menang EPL

Semalam aku join Majlis Persaraan salah seorang Timbalan Pengarah opis aku.

Tiap kali aku hadir majlis camni, aku akan sentiasa pikiaq, larat ka aku ank serve dalam government ni sampai umuq 60, umuq bersara wajib.

kawan-kawan satu repot duty ngan aku pun ada dah yang jadi allayarham dan mendiang sebelum umuq 40.

yang belum sampai masa lagi,ada ujian kesihatan.

sebab tu aku terpikiaq, larat ka aku nak reja sampai umuq 60?bukan pasai nak hadap reja, tapi peel manusia yang dilantik dalam government ni.

masa aku kena tukaq mai jabatan ni, geng-geng skim aku tak ramai,and aku paling junior dari segi umuq dan servis. lani bersepah dah geng-geng skim aku kat opis ni,tapi tu tak bermaksud aku syok bila geng satu skim ni ramai.

mula-mula aku syok la jugak..sebab beban reja buleh share dari dok tanggung sorang. tapi mengkalakata hat masuk ni pesen semua nak menonjol diri, jenis nak menjilat lubang juboq, aku pun naik rimas.

tahun 2020 aku kena uruskan perolehan, satu bidang yang baru untuk aku, and sebenaqnya aku happy buat perolehan walaupun sebelah kaki di SPRM. pada aku, nak takut pa ngan SPRM as long as buat reja ikut prosedur,tak minta anything ngan kontraktor, cukup.

tapi aku dok situ sat ja,sebab aku tak buleh reja ngan immediate bos aku, seorang penjilat tegar tidak berotak. dia nak menjilat tu perangai dia,tapi kalau nak menjilat and nak menyusahkan anak buah,itu kepala butoh namanya.

aku almost nak tumbuk muka dia masa dok bergaduh mulut,tapi nasib ja aku buleh tahan lagi,aku pikiaq ada anak bini and servis aku. sebab tu aku terpaksa angkat kaki blah dari situ and buat menda yang aku pernah buat dah lani, jaga Integriti pulak.

sini bagi aku tak fun pun,sebab aku dah pernah buat dari start aku servis as kontrak lagi, so,nothing new. tapi ok la, buleh aku rilek banyak dari biasa bila dok sini,reja ada,tapi tak hectic langsung.

cuma kat sini,aku kena hadap budak skim aku, colleague aku yang pesen nak interframe. bagi aku,lantakla hang nk interframe pun, tapi reja hakiki jangan dok buat taik. mengkalakata kena pi ganti miting putrajaya nuuu..dan dan la tak buleh tinggai anak tak sihat, tapi bila ada program lawatan ke negeri lain, tinggai anak seminggu pun tak pa. 

baru ni anak dia demam campak,layakla dia dapat cuti kuarantin tu,tapi time cuti tu rilek ja dia pi latihan bola jaring jabatan and masuk tournament. emmm...ni namanya sembang kote tapi dia takdak kote. kalau bab reja dan dan anak sakit. cilaka haramjadah betoi.

pundey semua ni.

hmmm..rini aku baru minum ayaq masak ja..tapi awat aku macam makan tebuan ja pagi ni?aram betei!


Sunday, December 10, 2023

2023 NAK HABIS DAH

 Lama aku tak katok keyboard menulis dalam blog ni.Hari ni hati tergerak nak menaip.

Tahun 2023 nak habis dah.Tahun depan aku dan Pali akan memasuki fasa umoq 40an

2023 tahun yang sangat mencabar bagi aku terutamanya bab keluarga dan kerjaya.Aku dah single kembali sekarang.Ya serius aku single.Mahligai yang aku bina hanya mampu bertahan selama 11 tahun.Banyak silapnya memang datangnya dari aku sendiri.Aku yang lalai dan cuai.Mohon Allah terima la taubat aku ni.Bab kerja pula, aku gagal melangkau ke peringkat yang seterusnya.Takdak rezeki aku dah la tu.Bab pangkat ni kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berdoa.Bukan dalan kuasa kawalan kita la kalau bab tu.Namun sebagai muslim, kita kena percaya aturan Allah s.w.t itu adalah yang terbaik.

Tahun 2024 aku nak ubah segala benda yang patut diubah.Diubah ke tahap yang lebih baik.Doakan yang terbaik untuk aku.

Sunday, January 8, 2023

2023

dah masuk tahun 2023 ni, umuq pun dah nak masuk 40 dah. 

 

 rutin hidup pun lain sangat dah lani. 

 

     tiap pagi antaq awang pi sekolah, aku akan bersembang ngan dia,walaupun jarak perjalanan tu adala 3 minit ja. tiap kali antaq awang,tiap kali tu la aku akan teringat diri aku sendiri masa umuq dia.masa belum sunat lagi. awang lain la..dia takdan masuk darjah satu steady dah pi sunat. takdak can aku nk gempaq dia sunat guna kapak..luck betoi awang. 

 

     tiap kali ujan pagi mereputla dok beratuq nak masuk pagaq sekolah antaq anak,sebab buleh kata semua parents antaq naik reta, termasuk la aku pun. awal tahun 90an dulu,nak tengok reta beratuq camni memang payah la,yalaa zaman tu bukan semua orang mampu beli reta. so, tiap kali tengok kawan-kawan yang mak pak antaq naik reta aku rasa kagum,mesti syok kan dok dalam reta, ada ekon pulak tu...aku klu nak rasa ekon zaman tu kena pi pasaraya Kedai Kawan kat pekan. ah..Kedai Kawan, kedai paling heaven sebelum Arisun muncul kat bagan serai. 

 

     kalau hujan lagu ni, memang aku ngan abang-abang aku akan pakai baju hujan kaler kuning tu...kayuh gak dalam hujan nak pi sekolah nak elak baju lencun. kerjaya pak aku sebagai bomba ni tak buleh nak manja sangat anak-anak dia dalam bab lagu ni, dah dia reja bomba, dia lebih diperlukan orang awam. pi la kot mana pun, janji kami semua mesti pi sekolah. setakat hujan, apa la sangat, sedangkan masa ayaq pasang besaq sampai bilik ayaq rumah aku dulu pun masuk ayaq still kami pi sekolah cam besa...apa adahal?nasibla rumah aku pun tak jauh mana ngan sekolah,jauh lagi sekolah awang kalau nak banding ngan aku.

 

     dulu mengkalakata pagi hujan tapi masa balik sekolah tu dah tak hujan, mau berejam jugak nak sampai ke rumah sambil dok meniti tepi longkang dok main racing boat daun.kalau kena hari last sekolah, dalam hujan lebat pun randuk sebab tau dah buku tak basah,beg waterproof kot..kasut basah takpa,nanti wiken basuh laa..apa susah. yang penting buleh main hujan. kalau weekend hujan letakla kasut belakang peti ais, nanti kering laa...

 

    tapi zaman lani aku nak bagi keseronokan lagu tu kat anak aku, aku tak yakin ngan environment..manusia tak buleh pecaya. depa nak main kat luaq pun mesti depan mata aku punya. manusia jahat ramai sangat lani. 

 

     biasanya bila dah balik dalam lencun lagu tu, kadang-kadang mendapat jugak habuan dari mak aku,sebab pulun main hujan. tapi kalau balik tu mak aku pun dok basuh tangga guna ayaq hujan...biasanya tak kena papa la..sebab konpem aku akan offer teruih nak tolong basuh tangga jugak..dapat main hujan lagi. rumah aku ada port ayaq pancuq turun..so..kalau masa ujan lebat..ayaq pancuq tu rasa macam ayaq terjun bila kena kepala...nasib tak baik buah pelam pun buleh kena atas kepala,aku tak pernah kena laa...aku hero kot.hmmm..

 

    dan dan terasa teringin nak main ujan balik lani..tapi kalau aku main ujan..princess jelita mesti meraung nak ikut...aku tak buleh..aku kalah teruk ngan dia...so..aku abaikan dulu la main hujan tahun 2023 ni...tunggu princess jelita besaq sikit laa...