Thursday, June 21, 2012

gua tak minat dah main fb, gua suka main PES 2011

bila dok gebang pasai politik ni..semua pakat nak mengaku politik matang...tak kira la dari pihak pr or bn..semua pakat mengaku depa la paling matang berpolitik..mahukan profesionalisma tu wujud dalam sebarang perbincangan dalam arena politik..tak kira la kat mana pun sekalipun perbincangannya tu..samaada kedai kopi ataupun sambil dok meracun rumput...

tapi, hakikatnya, mentaliti orang kita ni...maksud gua..orang malaysia ni, masih tak matang..gua tak nafi, sebab kalangan hat dok pung pang pasai politik baru-baru ni pun, ramai yang baru tumbuh bulu pubis, mimpi basah pun mungkin belum ada pengalaman, jadi, puak ni gua ketepikan dulu, sebab most of argument dia akan berdasarkan satu sumber sahaja yang dia percaya dan juga perbincangan hanyalah berteraskan emosi semata-mata..

apa yang gua nak sentuh ni, adalah mereka dari kalangan yang dah ada anak, ada cucu...tapi..pemikiran masih macam remaja baru tumbuh bulu pubis, walhal dah berkali-kali depa ni berpeluang mengundi, namun, sedih..sebab kebangangan dalam berhujah tu masih ada...sama seperti mereka yang baru tumbuh bulu pubis. disebabkan itulah, gua selalu sangat abaikan golongan-golongan seperti ini, tak kira la apa pun profesion depa ni, lecturer ka, engineer ka, doktor ka..nope!gua perlu abaikan...

sebagai contoh mudah, yang mana gua nak sentuh adalah sikap lupa diri dalam pemikiran rakyat malaysia ni, tak kira la..BN or PR..sama ja haprak bagi yang tak pandai nak pikiaq..

tahun che det bangunkan putrajaya, bersepah kata makian, bersepah ayat pembaziran, digelar maha firaun, gua pun tak terkecuali dulu, sebab gua terpengaruh ngan dakyah songsang dalam politik..*jilaka!!!* walaupun gua tak amik pusing berapa banyak 'pembaziran' yang che det telah janakan, gua tetap kata che det salah, sebab bazir duit rakyat. ni semua gua salahkan pada depa-depa dan akhbar yang menyebarkan dakyah songsang tersebut...gua naif..dan gua percaya dan telan bulat-bulat..sebab gua baru tumbuh bulu pubis.

tapi, once dah siap, dah di huni, dah dijadikan port-port shooting gambaq kawen mawen, semua pembaziran tu tak dak pulak gua dengaq dibangkitkan, hatta oleh mereka-mereka yang lantang berteriak pasai pembaziran pembinaan putrajaya..yang gua dengaq la ni...'TAWAN PUTRAJAYA!!!!!' gua duduk berteleku...*facepalm* yaa..gua tau...itu mungkin dikatakan sebagai simbolik tampuk pemerintahan negara...tapi...lu orang tak rasa ka ludah-ludah jatuh balik kat muka masing-masing?

juz think about it...

macam tu la jugak..kesnya...dalam pembinaan lebuhraya kb-kuala krai lani..isu lain,intipati lain, tapi...ending dia tetap akan sama gak..cuma buat masa ni, lebuhraya tu tak siap lagi. cuma yang gua nak tanya la..especially hat pi berdemo depan SUK tu, kalau dah siap lebuhraya tu nanti..lu orang pakai ka dak?ka nak guna jalan lama hat tak berapa buleh nak buka vtec b16A?heh!pundek!!sama ja lu orang yang berdemo depan SUK bawak reta sorang tu ngan pemimpin mana ntah hat berteriak sakan...'TAWaN PUTRAJAYA!!!' sama ja bangang!

bagi gua, isu pembangunan ni,adalah untuk dinikmati oleh semua orang, tak kira la lu parti mana pun, walaupun secara hakikat ada terjadi jalan tar depan rumah penyokong parti sahaja. ok?masalah kroni ?haa...kroni ni dalam mana-mana parti politik pun ada, tak payah gebang la kata dalam parti Islam tak dak kronisme. tu sifat manusia moden lani - jilaka..gua dah termakan dakyah thomas hobbes-

jadi. sepatutnya, isu pembangunan macam nak buat lebuhraya ka, nak buat putrajaya cam washington dc ka...tak perlu jadikan isu, banyak isu pembangunan lain yang lu orang boleh sentuh.cam jalan rosak kat serata malaysia ni, isu ayaq area umah sewa gua bertekanan rendah, isu sistem perparitan tak teratur..banyak lagi isu rakyat nak dbincangkan dari dok pung pang pasai kapal selam laa...*lame* nope!!please la lu orang yang rasa dirinya marhaen tu...first, look around you, then baru nak gebang pasai langit kat atas kepala...for me...i don't wanna be a modern icarus...

No comments: