Sunday, June 19, 2011

TAK DAK HAL LAA...

interview...
tak kira la samaada interview kerajaan or syarikat swasta..
soalan yang ditanya adalah lebih kurang ja...bergantung kepada jawatan yang kita pohon. sebagai seorang calon yang nak menghadapi interview..tak kira la samada fresh grad or yang dah 14 tahun tinggal zaman universiti..it makes no difference in the eye of the interviewer. apa yang calon tu bawak,itulah yang penemuduga tu nampak.inilah masanya seseorang tu akan men'jual' diri kepada penemuduga untuk diambik bekerja. time ni la seseorang calon tu nak up diri dia lagi baguih dari calon hat lain..kn?
tapi...sebelum nak bawak juai diri kat penemuduga...seseorang calon tu perlu pastikan yang dia betoi-betoi bersedia dengan apa yang interviewer tu nampak kat diri dia...

kalau calon tu adalah seorang student ada Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama..then act like one.
kalau calon tu ada Sarjana Muda Kepujian 2nd Class Upper, act like 1st class student.
apa guna kalau ada sekeping kertas yang menunjukkan kelayakan Degree tapi...pemikiran adalah setakat budak baru abih trial SPM? bagus untuk bawak sijil-sijil dapat anugerah Dekan tiap-tiap sem..tapi, tak semua yang dapat anugerah dekan tu berfikiran seperti seorang yang layak dapat anugerah dekan..anugerah dekan my ass!!
pasaipa tiba-tiba nak komplen pasai anugerah dekan?

lu orang hat baca nih dah tengok cerita 3 Idiots?kalau belum..you should watch!lu orang patut nampak camna sistem pembelajaran lani membunuh potensi seseorang pelajar,mengubah seorang manusia kepada mesin.
adalah lebih baik dan mulia sekiranya seseorang student tu memahami apa yang dia belajaq..dari menghafal apa yang dia belajaq.
gua ngaku,gua masa undergrad dulu pun..gua jadi mesin..sebab tu gua rasa..masa 1st sem..gua drop cam harrom gua punya result.okay..gua admit...salah gua gak sebab gua banyak enjoy...tapi..slowly..sem-sem seterusnya..gua tak dak la jenis menstudy hard sangat...gua enjoy gak...ada subjek gua malas...ada subjek gua over rajin..tapi..gua memang tak hafal sangat apa yang gua belajaq..gua pahamkan apa yang lecturer gua ajaq..tu jaa..and..alhamdulillah...result gua dari harrom jadi better..dan gua pun ada better understanding dari apa yang gua belajaq.
tapi...cemana pun..gua tak dak rezeki nak dapat anugerah dekan..

gua sebelum dapat reja kat bank dulu..gua ada mintak reja macam-macam tempat..dari situ gua belajaq apa yang orang dok tanya dalam interview...apa yang orang dok provoke gua dalam interview..tahekla kalau first interview lu mantap tahap suria perkasa hitam...konfem ada WIFI zone punya...tak pakai kabel-kabel dah..hakhakhak...
tapi.masa gua dok terkial-kial dok cari reja dulu...gua mesti agak down bila ada calon hat ada anugerah dekan mai interview sekali...gua terasa fakap seorang diri..
cuma gua tak penah la tunjuk gua down..gua kan pandai sorok..

alhamdulillah..rezeki gua lani..kurniaan DIA..
lani..gua kadang-kadang kena panggil jadi penemuduga..
dalam beberapa sesi yang gua jadi panel..
gua tengok...betapa hapraknya calon-calon yang mai temuduga..degree student yang tak buleh cakap english..gua pun tak la cekap mana..tapi..tak kan nak cerita pasai diri sendiri pun tak buleh?
lu orang bawak sijil anugerah dekan gua tanya apa sumbangan lu buleh bagi kat jabatan pun tak buleh jawab?
lu datang bawak sijil anugerah dekan gua tanya isu semasa lu buleh jawab pembuangan bayi?
lu datang bawak sijil anugerah dekan gua tanya apa isu dalam negara lu buleh jawab reformasi kat middle east?
lu datang bawak sijil anugerah dekan dalam sains sosial gua tanya aristotle orang negara mana lu jawab parsi?
gud!

tu belum gua sebat soalan pasal NKRA..MALAYSIAN CONSTITUTION..DEB..
dan paling gua tak buleh blah..

mintak reja ngan government...apa itu SPA pun tatau...baik tak payah datang interview..

tak guna ada anugerah dekan berhelai-helai kalau ini yang lu orang buleh bagi..
nampak sangat lu orang ni terer menghafal ja...secara praktikalnya..lu orang failed!

lani sistem pembelajaran tak menghasilkan student yang ada kualiti,yang ada cuma reti menghafal ja..
yang cuma pandai mengaku 'i'm a critical person'...tapi bila mintak cadangan nak untuk sebarang penambaikan haram tak buleh..
sistem pembelajaran yang menyebabkan student cuma nak dapat pointer yang tinggi...tapi ilmu haram tinggal belakang..dah macam MLM la pulak...juai sistem instead of product...at the end..those system will collapse.
sebab tu la menda ni menghasilkan student yang ada anugerah dekan setiap sem..tapi..bercakap..berpikiaq cam orang tak pernah masuk universiti..

so..apa adahal kalau lu orang tak penah ada anugerah dekan?kan?

No comments: