Wednesday, May 18, 2011

arini subjek geografi

bagan serai..secara geografinya adalah sebuah lembah yang berhampiran dengan selat melaka.kawasan pantai yang berlumpur dan dikelilingi oleh paya bakau menambahkan lagi keeksotikan bandaraya tersebut. selain itu, bagan serai yang terletak dalam daerah kerian juga berfungsi sebagai salah sebuah jelapang padi bagi negeri perak darul ridzuan, negeri indah permai. walaubagaimanapun...sekarang banyak dah tanah bendang yang dok tanam konkrit dan jugak menjadi rumah burung walit aka burung layang-layang..

bagan serai juga mempunyai sebuah sungai yang tak feymes cam sungai perak, yakni sungai kurau..dikelilingi oleh pokok-pokok nipah dan rumbia yang tinggi menjulang..ekossistem sebegini menjadikan sungai kurau sebagai sumber pembiakan udang galah dan jugak buaya serta ikan temekung dan jugak anak baung dan ikan tapah dan ikan siakap dan ikan kaloi besaq almari. selain itu,bagan serai juga mempunyai sebuah tali ayaq yang hampir menyamai amat panjang sebagai satu sistem pengairan bagi penduduk yang menjalankan aktiviti penanaman padi, menggagau,mengai belut dan merosakkan padi orang.

oleh yang demikian,maka dapatlah disimpulkan yang mana, kehidupan bagi warga tegar bagan serai tidak dapat tidak lari dari aktiviti memancing. jika hendak dibuat satu perumpamaan..lihat saja hidup pali..dia mengenal parit dan longkang dahulu sebelum dia mengenal apa itu jalan besaq depan umah dia. maka, dapatlah disimpulkan begitulah kesimpulannya.

jadi..sebagai orang yang dah biasa mengai ni..maka..perkara-perkara yang wajib sebagai pemancing boleh dilihat pada pemancing-pemancing ini..

ijai
tak payah bawak apa..dia adalah memerang..ilmu menangkap ikan dengan tangan kosong itu bukan lah omongan kosong..cuma pari ngan ketuka ja x pernah tengok dia tangkap ngan tangan kosong.

kadiaq
gewang lengkap,xpernah dia bawak satu ja mengai..paling tidak pun 8 batang dia bawak..sebab hat dia bawak ni ijai dok pinjam..

anis,pian,awi,pali,yan, jan
peralatan memadai untuk sepetang memancing bersama rerakan. ada mata kail spare, ladung spare, pin spare, kira..semua pakat ada laa untuk spare..dan tak lupa jugak rokok berkotak-kotak

tomoko
gewang, cap, spek mata itam, baju lengan panjang, seluaq jeans pakai raya,sun block ngan MP3 player..*sirius fail*

memancing ikan dan memancing gegadis di arisun adalah sangat berbeza...*sigh*

p/s;selamat ari guru untuk semua cikgu hat mengajaq di SRK BAGAN SERAI dan jugak sekolah rival sampai kiamat, SK BAGAN SERAI. dan tak lupa jugak cikgu-cikgu yang penah mengajaq kat SABAR dan juga sekolah yang tak la berapa nak rival sangat, SMKBS..biar jasa jadi kenangan..eh..eh..terlagu kedah la pulak..hahahahahaha

No comments: