Sunday, May 29, 2011

the battle of wembley *may 2011*

buka fb pagi ni bersepah la orang pakat hapdet status samada status menganjing ataupun status ayat redha mensedapkan hati tatkala wisel penamat di wembley ditiup nyaring..siriusli walaupun gua anti tahap elephant ngan man utd...tapi...gua predict semalam punya game barca kalah 2-1...sebelum ni pun gua ada predict team art kesayangan gua Arsenal kena lauk ngan man utd kat emirates..tapi...arsenal menang 1-0...ramsey skor..gua predicy based on pengalaman gua bertahun-tahun main FM dan jugak current form sesuatu team..begitu jugak bila gua predict liverpool akan kena kitai ngan man utd...tapi...deng!3-1 kunyit baham van de sar..tapi....nak buat macammana..bola tu bulat..padang tu petak..
gua pun penah frust untuk game UCL final barca vs arsenal..yang mana arsenal kalah 2-1..frust bhai..even arsenal dok tempat keempat season ni pun gua ok aje..biaqla ada kutu-kutu nak menganjing..apa adahal?team gua sokong memang main layak untuk tempat keempat ja dalam EPL..pa adahal?

bai de wei...

kalah tetap kalah...

final UCL ngan cempion 19 kali EPL tu menda lain-lain...tapi gua tak nafi...memang man utd power gila babeng main bola..Schalke 04,Chelsea, arsenal, liverpool..senang-senang ja depa lauk...

cuma game semalam...

betoika final UCL barcelona vs man utd...?

bak kata kawan gua...

'ni macam barca main ngan celta vigo ja nih!!'

ataupun...kata gua..

'ni barca lawan sekolah kebangsaan ladang bikam ka pasukan bolasepak penternak ayam semalaya? gila ayam!'

congratz BARCA...they deserved to win..man utd...heh!that's all!

Thursday, May 26, 2011

side mirror kehidupan

manusia..
mengikut apa yang gua belajar dan percaya seratus peratus tanpa ragu-ragu...diciptakan dari tanah..dan dengan kuasa Tuhanku..maka terciptalah makhluk yang dinamakan manusia diberi nama Adam. walaupun pembacaan gua masa dok jadi pengawas pusat sumber kat SRK bagan serai dulu banyak melibatkan ensiklopedia yang menceritakan bagaimana manusia berevolusi menjadi beruk...eh..berevolusi dari beruk..gua masih utuh percaya dengan kejadian manusia yang diptakan Allah..walaupun gua tengok memang manusia ada mewarisi perangai-perangai beruk..tapi..gua lebih suka menggunakan meniru dari mewarisi..sebab gua memang sampai mati tak percaya pada evolution theory. untuk mana-mana manusia yang cuba menyangkal evolution theory ini secara terminolgi,yakni mengatakan sesuatu yang teori itu akan kekal teori, maka perlulah membuka buku teks matematik tingkatan tiga kalau tak silap dan belajarlah teorem pythagoras.kalau tak paham gak,dah jangan dok buat pandai nak sangkal menggunakan akal yang dangkal itu...sudahlah kejadian manusia itu kompleks,ada otak tidak pulak mahu digunakan secara berotak.

jadi..
apa kaitan kejadian manusia dengan post gua kali ni?
saja ja gua nak tulis..
sebab gua kadang-kadang...eh..bukan kadang-kadang..tapi kerapkali sebenaqnya berasa sugul yang nyata..bilamana gua surf internet..gua tengok mana-mana manusia yang sapot evolution theory dengan segala bukti saintifik yang bukan depa sendiri yang carik pun..mendapat tentangan dari segala macam puak ortodok yang begitu marah dengan post-post sedemikian..maka dilancarkanlah...cyber war..segala macam bukti dihamburkan..atau lebih tepat lagi,segala macam maki dihamburkan...dan terdapat juga manusia yang cuba bersikap kool macam hairie kool..dengan memberi respon menggunakan bukti-bukti dari Al-Quran yang dikopipes dari website-website yang ada tafsir Al-Quran...yaa...gua sanjung tindakan sedemikian...tapi..lu orang perlu tau, manusia-manusia yang berasal dari beruk ini tidak akan menerima segala macam bukti yang tertulis dalam Al-Quran..itu lu orang kena paham..macam lu orang la kan...kalau la ada mana-mana pendakwah pagan dari scandinavia cuba meyakinkan lu orang yang Odin tu tuhan..dengan segala bukti pagan kekuasaan Odin...adakah lu orang akan rasa tercabar ataupun lu orang akan tergelak ataupun lu orang akan amik rokok winston dan isap sambil main freecell?lu orang cuba pikiaq laa...gua tau niat lu orang suci..tapi..makin lama gua tengoklu orang buat menda macamtu..makin gua sakit ati sebab itu makin menampakkan kekurangan kecerdikan orang Islam..tak gitu? dan lu orang akan terdiam bila ditanya pasai asbab al nuzul sesuatu ayat yang lu orang kopipes bagi menyatakan pendirian lu orang..sebab lu orang memang tak tau pun..hah..ada komplen?

camtu jugakla...lani dok kecoh pasai ada makcik tulih blog guna wordpress membusukkan Islam..gua tengok yang respon peh!!!siap nak bunuh bagai...tapi..gua tengok..makcik tuh..kalau la dia makcik..rilek ja buat post baru..lu orang nak ugut la apa laa..tapi..lu orang berani tulis jaa...identiti tarak mau letak betoi2..cet!!!
yaa betul...bila orang hina Islam..kita sebagai orang Islam patut marah..bila orang hina Nabi..kita patut marah..tapi..sapa yang biaq orang lain hina kita?hakhakhakhakhak...lu orang laa...

tapi..lu orang nak buat tu nak buat ni haram apa pun tak buat...sebab tu la gua suruh main game startegi lu orang main gangguro girls..mana otak tak lebam..jadi bingai..kalau betoi sangat lu orang nak bunuh makcik tu...dey..
track IP...kenalpasti betoi2...jumpa dia..bagi colombian tie....then tinggalkan death note...itu baru betol...tu la...kecik2 main gangguro gals..besaq besaq layan 3gp..hidu gam...kan dah jadi poyo bongok..

setiap kali lu orang melalak nak membunuh makhluk-makhluk yang tidak bertuhan ni, setiap kali tu la akan terjelas dengan terang tanpa suluhan yang mana Islam mengamalkan keganasan..hah!ada bangkangan..?maka akan menguatkan lagi la perihal Islam disebarkan melalui mata pedang...kalaupun lu orang betoi nak bunuh..sengap-sengap dah la...tu laa..buku malas baca...Quran jauh sekali..main game gangguro girls..tengok AF..mentor..layan 'kau ingat kau pandai menari sangat?'...hah...apa lu orang dapat?

ingat laa...Islam itu panduan hidup manusia..bukan panduan untuk tidak menghidupkan manusia..faham ya manusia-manusia bertuhan tetapi tidak berotak?

Friday, May 20, 2011

missing in my brain...

gua kalau baca paper nih..memang jarang sangatla gua nak amik port suma cerita dalam paper tuh..tak kira la utusan ka,berita harian ka,metro ka,kosmo! ka harakah ka,NST ka,the star ka,malay mail ka..tak kira la sebias mana pun akhbar tersebut,gua cum baca pasai sukan ja..tu pun transfer rumors gua tak endah sangat pun..
walaubagaimanapun,yang mana gua tak baca tuh, tak maksud gua tak tau..paham?

gua tak la semangkaq budak2 U lani yang tak tau isu semasa tapi kalau tanya berapa undi AF buleh elaborate ngan yakin..kan?aaahhh...jangan nak kencing gua laa...
gua tau la...yang lu orang tau,AF,mentor, maher zain,nurkasih,jubor sepol ngan perut buncit anwar...kalau tanya pasai Perlembagaan Malaysia ada berapa perkara?hah!!!haram tak leh jawab on the spot kn?tu belum gua tanya apa beza samaritan ngan yahudi ortodok...aish...paneh lak aku!

nih sampai lelaki berasid pun lu tak tau cerita,apa cer? cerita sensasi kot...lagi ramai orang tau pasai lelaki berasid dari GST..konpem!!!gua berani jamin!!!tau GST tu hapa?GST ng GSTT tu lain..GSTT tu aaa....gua penah p interview dia...bekas kekasih gua penah jadi GSTT dulu...lain GST ngan GSTT..paham?

tapi yang buat gua tambah tak puas ati....angry bird ni hapa?camna gua buleh termiss menda-menda simple ni?

p/s: jadah!!!gua google baru gua tau menatang agry bird ni sangat peymes...FAK!
gila laju teknologi lani..

Wednesday, May 18, 2011

arini subjek geografi

bagan serai..secara geografinya adalah sebuah lembah yang berhampiran dengan selat melaka.kawasan pantai yang berlumpur dan dikelilingi oleh paya bakau menambahkan lagi keeksotikan bandaraya tersebut. selain itu, bagan serai yang terletak dalam daerah kerian juga berfungsi sebagai salah sebuah jelapang padi bagi negeri perak darul ridzuan, negeri indah permai. walaubagaimanapun...sekarang banyak dah tanah bendang yang dok tanam konkrit dan jugak menjadi rumah burung walit aka burung layang-layang..

bagan serai juga mempunyai sebuah sungai yang tak feymes cam sungai perak, yakni sungai kurau..dikelilingi oleh pokok-pokok nipah dan rumbia yang tinggi menjulang..ekossistem sebegini menjadikan sungai kurau sebagai sumber pembiakan udang galah dan jugak buaya serta ikan temekung dan jugak anak baung dan ikan tapah dan ikan siakap dan ikan kaloi besaq almari. selain itu,bagan serai juga mempunyai sebuah tali ayaq yang hampir menyamai amat panjang sebagai satu sistem pengairan bagi penduduk yang menjalankan aktiviti penanaman padi, menggagau,mengai belut dan merosakkan padi orang.

oleh yang demikian,maka dapatlah disimpulkan yang mana, kehidupan bagi warga tegar bagan serai tidak dapat tidak lari dari aktiviti memancing. jika hendak dibuat satu perumpamaan..lihat saja hidup pali..dia mengenal parit dan longkang dahulu sebelum dia mengenal apa itu jalan besaq depan umah dia. maka, dapatlah disimpulkan begitulah kesimpulannya.

jadi..sebagai orang yang dah biasa mengai ni..maka..perkara-perkara yang wajib sebagai pemancing boleh dilihat pada pemancing-pemancing ini..

ijai
tak payah bawak apa..dia adalah memerang..ilmu menangkap ikan dengan tangan kosong itu bukan lah omongan kosong..cuma pari ngan ketuka ja x pernah tengok dia tangkap ngan tangan kosong.

kadiaq
gewang lengkap,xpernah dia bawak satu ja mengai..paling tidak pun 8 batang dia bawak..sebab hat dia bawak ni ijai dok pinjam..

anis,pian,awi,pali,yan, jan
peralatan memadai untuk sepetang memancing bersama rerakan. ada mata kail spare, ladung spare, pin spare, kira..semua pakat ada laa untuk spare..dan tak lupa jugak rokok berkotak-kotak

tomoko
gewang, cap, spek mata itam, baju lengan panjang, seluaq jeans pakai raya,sun block ngan MP3 player..*sirius fail*

memancing ikan dan memancing gegadis di arisun adalah sangat berbeza...*sigh*

p/s;selamat ari guru untuk semua cikgu hat mengajaq di SRK BAGAN SERAI dan jugak sekolah rival sampai kiamat, SK BAGAN SERAI. dan tak lupa jugak cikgu-cikgu yang penah mengajaq kat SABAR dan juga sekolah yang tak la berapa nak rival sangat, SMKBS..biar jasa jadi kenangan..eh..eh..terlagu kedah la pulak..hahahahahaha

Wednesday, May 11, 2011

HARI IBU PUN JADI ISU KAA?



gambaq gua rembat dari gugel...

2nd Sunday of May setiap tahun...most countries are celebrating Mother's Day,tapi..lu orang tau dak ada tarikh-tarikh lain dalam kalendar gregorian ni yang menyambut Hari Ibu?

2nd Sunday of May setiap tahun...most contries are celebrating Mother's Day, coz they reserved that day to honor mothers.

2nd Sunday of May setiap tahun...most countries are celebrating Mother's Day, but, in Malaysia they said we should not celebrate mother's day.

but...we could celebrate others birthday...hahahaha...faking nonsense!!

kalau dikatakan sambutan itu dan ini tidak bukanlah satu galakan dalam Islam...bagaimana dengan sambutan hari lahir anda semua?apa anda tidak sambut?

'ooo..hari lahir xpa...sebab tu satu ari ja memang kita lahir..kita nak ingat saat-saat kita mula-mula keluaq dari rahim perut ibu kita...tapi..camanapun..hari ibu tak buleh sambut!!'

'alaaa..hari lahir bukan hari-hari sambut..setahun sekali ja kot..kalau kena hari lahir tahun lompat...tak ka 4 tahun sekali baru leh selebret?tapi..hari ibu itu hari-hari...tak perlu nak selebret bagai pada 2nd Sunday of May setiap tahun...yahudi nih!!!'

so..gua nak lu orang yang dok bising-bising pasai menda alah nih..pikiaq guna otak..bukan guna lubang kentut..ok? gua ada beberapa kuwestiyen laa...maksud aku..soalan..yakni..

1. birthday ni ikutan sapa yang lu orang dok ikut sangat nih?ada Nabi Muhammad S.A.W wat cam umat dia yang holier-than-thou nih dok buat?hakhakhakhakhak!!!

2. birthday yang agak-agak notable la yang lu orang buleh ingat birthday sapa? birthday Nabi Muhammad S.A.W?birthday Jesus? birthday sapa bhai?sapayang mula-mula sambut birhday nih?

3. lu orang tau dak yang lu orang dok sambut birthday ni..orang-orang pagan zaman dulu ja yang buat?lu orang tau?tau? yahudi ngan nasrani pun tak sokong bhai!! *x sangka gua ramai yang menentang sambutan hari ibu ni menyokong praktis orang-orang pagan...

4. lu orang tau dak menda yang lagi penting nak bincang dalam membangunkan ummah ni selain dari VD ngan maders dey nih??tak tau?ngaji lagi...bukak mata luas-luas..gua ajaq satgi kata gua komunis...

btw...

gua dengaq...

16 Mei,sambutan hari guru tuh...adalah hari memperingati jasa-jasa Guru dalam ajaran Sikhism...hakhakhakhak...abesla abang gua lepas nih..abes laa beliau..hakhakhakhakhak...

WHY SO SERIOUS?

Wednesday, May 4, 2011

budaya barat

kalau lu orang perasan..
sejak lu kecik pakai seluaq biru gelap or kain biru gelap..
selalu sangat kita dibasuh otak..
dengan bahaya budaya barat..
budaya barat merosakkan anak bangsa kita..
budaya barat merosakkan identiti bangsa kita..
menjahanamkan generasi pemimpin...

dulu...gua angguk..
tak dak geleng-geleng..
sebab gua bukan rebel pun..
yang gua tau..
gua angguk..pastu gua balik rumah main combat..
mudah ja penerimaan gua masa tu...

tapi bila gua dah makin besaq..
dagu pun dah naik bulu...
mata pun makin hazel...
gua makin nampak..
apa itu budaya sebenaqnya..

nak gua explain apa itu budaya?
gua malas..lu orang buleh gugel definisi budaya kalau lu orang dah malas sangat nak membaca buku...tapi..camna pun lu orang tetap kena membaca gak..carik!!

kita selalu mengagungkan budaya kita..
budaya adat ketimuran yang hebat...
yang penuh adat sopan santun...
hormat menghormati..

tak macam budaya barat...
kasar..
takdak hormat pun..
sampah...
busuk...
kuning...
minum arak...
disko..
karaoke...
main gitar...
isap ganja..
eh..macam-macam lagi laaa....

adat dan budaya timur ja yang bagus...
sebab tu kita jangan ikut budaya barat...
suma yang mai dari barat itu jahat...dan buruk...
lu orang kena pikiaq camni...kalau tak...
lu sekular...

gua tak mau pegi jauh...
lu orang tengok dalam lengkok bangsa malaysia dah...
lu tak payah pegi jauh...
lu pegi tempat makan paling kapitalis dalam bandar lu orang...
mekdi@McD tak pun keksi@KFC..

lu orang cuba tengok camna orang malaysia beradat timur ni makan?
lu orang penah tengok?
tak penah?kalau tak penah sila la tengok...
makan dah la lembap...
nak order pun lembap....
ketiak pun lembap...
dah tuh..abes makan...
tinggal camtu jaa...atas meja...

pastu...bila ada kutu lain yang amik port tuh..dengan rajinnya beliau...
amik sampah-sampah yang ada atas meja tuh...
'buang' kat meja yang kosong...
gud!!
budaya timur rakyat malaysia...

tapi..
cuba lu tengok orang barat yang mai makan kat tempat tuh...
tak kira laa british kaa...aussie kaa...americans kaa...
cuba tengok dia makan...
memangla sama ja..
dia kunyah dalam mulut gak...
tapi..
pas abes makan...
dia amik sampah-sampah dia tuh..
kasik buang dalam tong sampah..
dia clearkan meja kedai macam dia clear meja umah dia...

tu la budaya dari barat der...

ok laa...tu kat kedai makan kapitalis..mungkin sebab kata nak jaga stended...*stended palancau kedai kapitalis camtu?*

camna kalau sampai tahap pinggan nasi goreng kampung pun dia nak g buang gak?
padahal...tinggai ja pun tak paa...tokey kedai bukan marah pun..tapi...nak bagitau lu orang...dia dah terdidik camtu..kalau budaya orang kita...jangan kata nak p tolong buang...puntung rokok pun lu buleh tenyeh lagi dalam pinggan...hakhakhak...

memang gua tak pernah kuaq tengok negara luaq lagi..
tapi..kust dari pembacaan and pemerhatian mata gua jaa...
selama gua dok U kat gombak dulu..selama gua dok overnite dulu..selama gua dok kuaq saja-saja kat bumi bertuah ni..tu ja yang mata gua mampu nampak..

kalau lu nak kata budaya kuning@barat..
mabuk..seks bebas..disko aka clubbing...
apa...orang timur tak penah ada wat menda tu sebelum nih?
cuba lu orang pikiaq?

PUNK,SKINHEAD,BLACKMETAL,NATIONALISM,HIPPIES,GRUNGE,HIP HOP+SHUFFLE,DEMOCRACY,EVOLUTION THEORY,SOCIALISM,NAZISM etc...
ni suma dari barat..

tapi...kalau menda yang memang ada dalam fitrah manusia...NAFSU...
tak kira la mai dari amazon sekalipun..tak dak beza bhai..
apa orang arab tak tonggang arak?
apa orang melayu tak penah berdansa sampai lebam sebelum nih?
apa orang jepun tak dak perniagaan lendir sebelum depa bukak pintu ke orang eropah?
apa orang majapahit tak pakai seksi-seksi sebelum kedatangan belanda?

juz think about it...

Tuesday, May 3, 2011

apa ada hal?

gua malam minggu memang baru la gua terpacak depan tv...sebab nak tgk bola..
tak kira laa...
liga super or EPL..
memang gua akan terpacak..
dan..
perbuatan gua tu mendatangkan kebengkakan ati housemate gua pabila..
game bola gua tengok masa AF or mentor berlangsung secara live..
*apakejadah orang laki layan menatang nih?*

selalu sangat gua kena tembak...

'ntahpape la tengok bola..minggu depan ada lagi...aritu lawan dah..'

'bila la nak abes nih..aku nak tengok cerita lain kat tv selain bola..'

selalunya gua senyap ja.malas gua nak bising..yang penting gua layan sampai wisel penamat..apa adahal?

macam la af tuh ada setahun sari ja...cet!

tatkala wisel penamat ditiupkan..selalu sangat gua bagitau housemate gua..

'alright girls!!!bola dah abes...you ols buleh dah tengok tv!!'

dengan muka bengkek depa amik remote dari cengkaman gua...

-men love footBALL coz they got BALLs..those who do not..they got no BALLs..-