'woi,malam ni p tarawih x? kata Pian kepada skuad kampungnya.
"P ar.Awat lak x p.Sapa lagi kalau nak p masjid tu kalau bukan kita..hehehe" balas Hafis Sabran yang pernah menjadi jiran bertemu bucu Kadiaq.
Hafis Sabran memiliki adik perempuan bernama Baizura yang menjadi perebutan di antara Pali dan Kadiaq.Walaupun depa menaruh perasaan cinta pada
gadis yang sama tapi tidak la depa bergaduh ka apa ka.Depa kata "Best Man Win".Permainan kena bersih,cekap dan tidak korup.
Kagum dan takjub betul Pian dengan keprofesionalisme depa itu.
"Ok malam ni ar.Aku p umah hang Hafis.Lepas tu kita p umah Kadiaq.Ok tara tu? Cadang Pian lagi.
"Alrite.Lepas bukak posa hang mai ar" Balas Hafis.
Setibanya di masjid.......
"Aku ingat nk buat 8 ja kot malam ni.Tak larat aku nk buat perabis.Aku x berapa sihat ar malam ni." kata Pian yang berlaku "jujur" pada malam itu.
"Eh,sama la kita Pian.Aku pun rasa tak sedap badan ar malam ni.hehehe" sahut kadiaq yang juga cuba berlaku jujur pada malam itu.Padahal depa ni mana pernah sembahyang 20 rakaat
lagi pada bulan posa tahun itu.Banyak main dari ibadat.Budak - budak la katakan.Hafis Sabran angguk follow ja
Subha nal malikil maqbud,subha nal malikil maujud.............
bilal dah melaungkan selawat rakaat ke 8.Tanda tamatlah ibadat solat tarawih 3 sahabat ini.
"woi,takkan lepak saja kot? jom ar main apa - apa!" suara Hafis Sabran yang baru lepas balas selipar Power Rangers sapa ntah.
"Nak main apa ar? nak balik rumah pun awal lagi ni" Getus kadiaq.Sebagai budak yang baru lepas bersunat pada masa itu.Tahap pemikiran beliau agak terbatas.
"Kita main aci ligan mau?.Tu ramai lagi bebudak tu.Ajak p sekali ar bagi ramai."Pian bersuara menjadi pencadang
"lailaililitamplom!!!!!!!!!!!"
Cilakak! Pian kena jadi malam tu.Mau penat dia malam tu nak sep sorang2.Dekat 15 orang ada main malam tu.Mau depa buat karen satgi.Sia - sia hasil sep pian.
Tu suma kena pandai cover tu.Jangan bagi tebusan terlepas.....
selepas 15 minit berjuang......13 orang dah dapat.Sorang lagi tak dapat yakni kadiaq
"Harem betul.Mana p budak baru bersunat ni ar? Cekap plak dia mengalahkan senior....
Tiba - tiba kelibat Kadiaq muncul betul2 di hadapan pintu besi kedai cina mayat..
"Hah tu dia Kadiaq! Tunggu sat hang!" Getus Pian
Lantas, Pian bukak langkah seritu langkah untuk menangkap Kadiaq dan dengan gaya ala - ala samseng kampung terus menghempap Kadiaq ke pintu besi kedai cina mayat.
PRANG!!!!!!!!
Sungguh kuat bunyi pintu besi itu persis halilintar.
Sejenak badan kadiaq dihempap ke pintu besi itu sejenak itu juga sebijik penumbuk keluaq dari pintu besi itu.
Terasa seperti kelajuan cahaya penumbuk itu meluru.Sipi lagi nak kena muka Pian.Nasib baik dia dan mengelak dan tanpa membuang masa terus mencabut diri menyelamatkan diri ke dalam masjid.
" Adik, u ok ka? apsal itu budak pukul u ? Tanya cina mayat yang baru melancarkan penumbuk berkuasa 7 petala langit.
" Saya ok uncle. takdak apa uncle.Itu budak kata saya curi dia punya selipar.Mana ada sya curi uncle" sempat lagi kadiaq menipu sunat untuk menyelamatkan diri sendiri dan kawan - kawannya.
" U balik report sama u punya bapak.U jangan tunggu sini lagi.Nanti itu budak jahat kasi hentam sama u lagi" Pesan cina mayat kepada kadiaq
"okok uncle.terima kasih uncle" balas kadiaq
Kadiaq pun dengan steady berjalan masuk ke dalam masjid.
setiba di masjid
" Oit kadiaq! cina mayat buat apa dengan hg? Dia cabul hang ka? " Tanya Pian secara agak kurang ajaq.Padahal dia dok dalam masjid tu.
"Takdak apa la.Semua settle la.Ni kadiaq la oit! " kadiaq bercakap secara takbur dan bangga xdak dah.
"Fuh,bahaya betul tadi.Sipi lagi muka aku nak berdemah tadi.Nasib baik.Nasib baik." Kata Pian yang dalam kelegaan.
Buat pertama kalinya,3 sekawan itu menyambung ibadat solat tarawih depa.Tanda bersyukur kepada yang Maha Esa.
Saturday, July 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment