Aktiviti kokurikulum amat digalakkan kepada semua pelajar sekolah tanpa mengira samada di peringkat menengah ataupun rendah.Hasrat kerajaan adalah untuk menekankan betapa pentingnya program ini adalah dalam membentuk generasi yang berkepimpinan,menanam disiplin didalam diri,mencungkil bakat -bakat terpendam yang ada pada diri dan lain - lain lagi demi mencapai visi dan misi wawasan 2020.
(pergh..gila skema intro aku..macam karangan UPSR)
Sebagai pelajar yang mengamalkan cara hidup sihat,tidak merokok dan masih belum bergelar mat rempit,Abdullah Hafizan a.ka.Jan a.ka Dollah merasa terpanggil untuk menyahut seruan tersebut.Setelah bermuzakarah hati ke hati dengan sahabat- handai beliau,beliau memutuskan untuk menyertai Persatuan Pengakap Malaysia.
Bersama- sama rakan seperjuangannya seperti Pian,Kamal,Anuar Pak Rahman dan Ollie.Jan melangkah gagah dan memberanikan diri mendaftar sebagai ahli Pengakap Kanak - Kanak di bawah bimbingan Cikgu Zulkarnain.Bangga sekali beliau ketika itu.Jalil dan Ijai telah terlebih dahulu aktif malah telah bertaraf Keris Emas dan berambu biru.
Pada masa itu, Persatuan Pengakap SRK Bagan Serai belum membuka keahliannya kepada pelajar perempuan.Kalau tidak sudah pasti Jan akan mengajak aweknya,Zakiah Tajuddin untuk turut bersama berpengakap dengan beliau.Zakiah Tajuddin memang "Hot Babe" kat sekolah pada ketika itu selain daripada Nadzeriah.Disebabkan hasrat mereka untuk "Seiring dan Sejalan" tidakkesampaian, Zakiah memilih untuk menyertai Tunas Puteri.Pali yang merupakan ahli PBSM turut menaruh perasaan cinta kepada Zakiah.Cubaan beliau untuk
mengayat Zakiah gagal kerana beliau tidak tahan dengan "kecengeian" Zakiah yang mengalahkan singa betina baru beranak.Impak dari kegagalan itu, masih jelas kelihatan pada diri Pali sehingga ke hari ini.Kalau baca episod "kejadian ngeri di pagi hari" pun dah leh tau dah
tahap bengkek si Pali tu.
Berlainan plak dengan Jan,beliau amat sabar melayan karenah Zakiah.Setiap kata - kata yang keluar dari mulut Zakiah seperti "Hang ni pendek ar Jan"."Dah la ketot,tak hensem plak tu" tidak pernah dianggap peruntuh semangat Jan untuk terus setia bersama Zakiah.
Kagum betul Pian dengan kesabaran dan kecekalan Jan.
Di sebabkan kegilaan beliau yang mendalam terhadap aktiviti berpengakap, beliau telah menyertai pelbagai kem pengakap yang dianjurkan di pelbagai peringkat.
Hatta, kalau pengakap anjur kursus Airborne pun, Jan sanggup p punya.Semangat punya pasal orang kata.Selari dengan moto pengakap " Sekali pengakap,terus berpengakap"
Atas semangat yang jitu dan membara,pada suatu hari.......
"Mak, Jan ada program berbasikal p Bukit Merah la minggu ni" Kata Jan menyuarakan hasrat kepada ibunya.
" Tak pa la,kena yuran apa tak? " balas ibu Jan.
" Takdak mak,free ja..cuma kena bawak bekal ar sket." cubaan Jan untuk menyakin kan ibunya.
"Ok la kalau macam tu.Hang p la.Naik basikal elok - elok tau " Pesan ibu Jan kepada anak kesayangannya itu.
Pada petang sebelum "ekspedisi" berbasikal dimulakan........
"Man,mak aku bagi p Man.Line clear.hehehehe" gembira betul Jan pada petang itu.Man merupakan Abang kepada Jalil dan Kadiaq.
"Ya ka Jan? Cantek.Esok pagi hang mai rumah aku noh.Pastu baru kita gerak.Amacam Jan? Ok? " Man bagi cadangan yang dirasakan sudah cukup bernas.
"Haa,aku memang plan macam tu pun.heheheh.Esok pukui 0700 aku sampai rumah hang.hahaha" Jan membalas dengan nada yang cukup beria.
Pada keesokkan harinya,Jan lengkap beruniform penuh pengakap bersama basikal mininya tiba di rumah Man...
"Man, perkakas semua siap dah? Aku mai lenggang ja ni.Apa pun tak bawak.Makan pun dak lagi ni" Kata Jan yang masih lagi dalam mood mengantuk.
" Ada.Semua ada.Hang relax ja Jan.Semua aku dah beres dah.Hehehe" Balas Man
"Steady ar Man.Apa lagi tunggu.Jom ar kita p Bukit Merah.Hehehehe" sahut Jan
Maka,bermula pergerakan 2 orang budak pengakap "berekspedisi berbasikal ke Bukit Merah yang kononnya dibimbing oleh Cikgu Zulkarnain".
Kononnya ? Kenapa kononnya? Pasal hati tu hari Ahad.Mana ada aktiviti kokurikulum hari Ahad.hahahaha.Cikgu pun nak relax dok rumah la
Jan...Jan...hang memang setanding Rosyam Nor.Kecik - kecik dah pandai berlakon dengan mantap.Kalau Finas tengok ni,mau depa bagi awards kat hang.Hang p mengail,hang boleh kata hang p Bukit Merah.
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment