pagi yang terang benderang...
mentari yang memancar cerah...
embun-embun dingin di hujung daun serai...
dan aliran air longkang sebelah rumah pali yang mengalir laju bersama alga-alga yang tak cantik pun..
ianya tak menghalang langsung pali untuk terus melangut dan bertapa di dalam kain gebaq di atas katil...
pagi yang nyaman camtu..adalah sangat elok untuk membuat persediaan bagi aktiviti petang...
lagipun musim cuti sekolah...apis ada, hanis ada, mat kopi ada..husin pun ada...
secara mendadak populasi kanak-kanak lelaki meletus kat area kejiranan pali..
petang semalam pali dah jumpa satu papan lebih kurang sedepa panjang pali masa tu...
pi masjid malam semalam dan jugak pali pi kedai dagu beli getah lastik...
perjanjian dah di buat ngan apis and the geng...eh..apis and the cousins...
petang ni pasti jadi!
berbekalkan parang kontot..dan kertas pasir...maka pagi tu pali memulakan aktiviti menarah papan...tanpa sebarang lukisan kejuruteraan..cuma berpandukan sketch maya dalam pala sahaja.
selesai menarah..pali licinkan mana-mana selumbaq ngan kertas pasir yang pali rembat bapak dia beli.pali mana ada modal nak beli barang-barang eksotik camtu lagi.
selesai proses pengkertasan pemasiran*jadah..mana ada terma ni dalam seni pertukangan* pali ikat getah lastik kat hujung papan..
maka siap laa...persediaan pali petang tu..yakni sepapan M16. untuk permainan combat. apa barang main kawen-kawen,main tali getah,main masak-masak,main pondok-pondok..tu semua permaianan anak-anak gadis yang belum haid lagi.pali dah sunat..rasanya laa..ahh...bukan penting pun part sunat tu...jiwa mau kental main combat nih!
petang tu..pengumpulan dibuat di kebun nyok aka kebun kelapa la *tu kalau ikut bahasa tomoko*, belakang umah tok apis.
'weh..nak guna peluru apa ni?terung bulat tak dak dah..abis dah licin mak sedara aku wat ulam..'apis menerangkan situasi bagi petang tersebut.
tanpa terung bulat, permainan combat tak mungkin buleh berlangsung..apa guna permainan combat kalau setakat nak guna bunyi mulut seperti camni.....
-'tet..tret..te!!kebaabooomm!!!woi! hang mati dah aku tembak dulu!'-
ini tak kool!!!
pali terduduk sebentar atas tunggul nyok yang ditebang sambil otak liar memikirkan mana-mana pokok terung yang buleh dirembat.namun fail!!
pali dah fed up..pali memang menantikan permainan ni sejak dari semalam lagi..macam mana pun kena teruskan..
'weh..kita guna ni ja laa wat peluru...'pali lantas bersuara.
apis ngan anis tergamam..cuma mat kopi ja yang mengangguk tanda setuju..
'hangpa berani dak?'pali tanya lagi.
semua yang ada berpikiaq la kununnya..selama 3 saat..
sebelum kata putus dicapai..yaa..depa semua bersetuju untuk teruskan permainan combat..
menggunakan peluru batu kelikir...bagi menggantikan terung bulat..
dan hasilnya dari idea bangang tersebut...
memang combat berdarah petang tu..
tengah belakang..
pangkal paha..
betis dan lengan..
benjolan di dahi...
namun semua kepuasan bermain combat..sok petang sambung balik...begitulah persetujuan bangan yang dipersetujui oleh semua hero selepas puas bercombat dalam kebun nyok..
cuma pali agak gusar laa..apa pali nak bagitau kat mak gua nanti atas kecederaan minimal yang dia terima petang tu..
silap-silap...mau pali kena interogasi ngan mak dia guna getah paip kaler oren nanti..sebab main menda bangang..
'aahhh...kata hero..mana buleh takut...kalau kena tibai pun..sok pasti gua main lagi..gua memang kahaq!kalau takut ngan getah paip oren..baik main kawen-kawen...tak pun main toi!!!tu prinsip gua!'pali bermonolog.
keesokkan harinya..
'weh..jom main toi nak?gua rasa tak sedap badan la rini nak main combat...'ujar pali sambil ujung mata memerhatikan mak beliau yang sedang menyapu halaman rumah...menggunakkan getah paip oren...
walaupun hakikatnya mak dia menyapu menggunakan penyapu lidi.
*toi- galah panjang
Tuesday, October 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment