Monday, November 1, 2010

Selaju Papan Selaju

"Skateboarding is not a crime" itu adalah antara falsafah yang dipegang oleh skater seluruh dunia.Sekitar tahun 1998 sehingga 2001 benda alah ni telah menjadi fenomena di Malaysia.Para remaja Bagan Serai jugak tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan dunia extreme game ini.Walaupun tidak lah setanding Pa` Din dan Joe Ipoh dalam skill mengendalikan papan selaju,tetapi skill Wan Kucin,Balaq dan Sham Otek bolehlah
dibanggakan.Setakat nak ollie itu kira boleh la.Tapi sahabat mereka yang bernama Ollie tidak la plak bermain skateboard ni.Mungkin masa tudia dok kalut nak tackle jiran tetangga beliau.sapa lagi kalau bukan zakiah.seterunya? Of coz la
Pali.Pali,Pali dan Pali.Pali masa tu tak join PARA lagi.Kerabat para rumah dia,dia tau ar.

Di antara para remaja ini,ada yang baru nak berjinak-jinak dengan skateboard ni antaranya Kamal dan Pian.
Kamal main skateboard ? Adakah ini benar? Mitos misteri kah ini? Apa kena-mengena Kamal dengan Rajnikant? Ayuh kita hurai dan umpil satu-persatu

Pada suatu petang,selepas solat Zuhur.....

Seorang makhluk bernama Sham Otek telah membawa sepapan skateboard ke flat Bandaraya Bagan Serai.
Kebetulan dalam masa yang sama,dua orang jejaka kasual yakni Pian dan Kamal dok melepak depan umah Yan sambil berdiskusi tajuk - tajuk yang urban dan gobal
seperti "bila kita nak ada awek?",hang bila nak pakai motor?","Pali dah ada Zakiah,hg ada sapa?" serta pelbagai lagi.

"Apa ni wei? Takkan hangpa 2 ja ada ni? Mana budak - budak lain?" Sham Otek bertanya dalam lagak samseng Sek.Men.TeK Taiping.

"Dah tu hang nak berapa orang? Dah ni ja yg ada!" balas Kamal.Leh tahan gak kurang ajaq si Kamal ni.

"Tu apa benda hang bawak tu Sham? Kasut roda pesen baru ka? " Tanya Pian dalam nada untuk menduga.Padahal dia dah tau awal dah benda alah tu.Dia kan rajin
membaca.

"Haaa.Ni yang aku nak tunjuk kat hangpa ni.La ni mana ada dah orang nak main dam aji,aci nyorok,karem yang hangpa dok main tu.La ni trend dok main benda ni r.
baru style and funky beb! " Sham Otek berkempen dengan dada yang berkobar - kobar sekali.

"Tui ka? Hang demo sket Sham.Nak tengok gak hg terar tara mana" Pian bersuara dengan cool

"Hangpa tunggu sat! " tegas Sham Otek membalas sambil terus melempaqkan skateboard beliau ke lantai.

Mula - mula,Sham Otek warming up dulu.P sana.P situ.Mai balik sini.

Pastu,dia cuba melompat melintasi seketul bata? Seketul bata ja? Hangpa jangan ingat senang nak buat tu,tak caya try ar lompat tengok.

Skill kick flip pun turut tidak lupa dipertontonkan.

Grinding pada tebing longkang rumah Ikin.

Selama lebih kurang 1/2 jam sesi berlagak Sham Otek itu berlangsung...

"Nah hang try plak Kamal! Aku nak tengok hang main plak! " Sham Otek cuba mencabar Kejantanan Kamal.

"Err..aku mana reti main Sham" Jawab Kamal secara telus

"Hang try la tengok Kamal.Takkan hang nak jadi remaja yang ketinggalan zaman kot! hehehehe" Sham Otek cuba membakaq Kamal.

Pantang dicabar.Kamal menyahut cabaran Sham Otek.

Pelan -pelan dan terkemut -kemut Kamal tolak papan itu.Arakian,........

"Kaaammmmmmmaaaaaaaaallllllllllllll!!!!!!!!!!!!! " Sham Otek ngan Pian lantang menjerit secara tiba - tiba

Tetapi tindakan mereka menjerit langsung tidak dapat menyelamatkan Kamal.

Kamal telah berada dalam posisi terlentang dan mengelupuq sakit belakang seperti ayam baru disembelih lagaknya.

Beliau gagal mengimbangi badannya dengan baik.Papan yang disangkanya jinak rupa - rupanya mengundang musibah kepada dirinya.

"Haram jadah punya skateboard! Barua! " Kata Kamal seraya menghempas papan itu ke dinding flat.

Kamal nekad.Kamal tekad.Kamal berhasrat.Sampai mati pun dia takkan pijak lagi dah papan tu.Makan nasik lagi baguih!

3 comments:

wAwA^cHan said...

pian? xtergolek?
;p

Pian said...

cerita Pian bermain skateboard dalam episod2 mendatang..hehehe

wAwA^cHan said...

okidoki~

nak dgq citer tgolek jek, citer terer2 tamaw dgq, dh bese.. ;p