Suatu petang di garaj flat...........
"Kawan-kawan,malam ni apa projek?' kata Bain Kia yang sekarang sudah bergelar anggota polis.Sebelum tu dia jadi warden penjara.
"Aku ingat malam ni nk p CC la.Semalam aku dah janji dengan sorang awek tu nak chatting dengan dia lagi" sahut Kamal.
Pada sekitar tahun hujung 90an - awal era millenium, MIRC merupakan medium chatting yang amat- amat la famous.Cyber Cafe pun tumbuh bak cendawan selepas hujan.Masa tu sapa yang xtau cyber cafe,akan di anggap buta IT.Siti Nurhaliza hari - hari keluar tv menyanyi lagu "Cinta IT,Sayang IT".Memang hangat sambutan masyarakat pada masa itu.
Berbalik kepada cerita....
"Sempoi gak tu.Aku pun lama tak pegang komputer ni.Nombor telefon awek yang ada pun semua stok lama.hehehe" sambut Yus.Yus memang pantang lepa dengan gadis - gadis genit.Mentang - mentang la dia jambu.Semua awek dia nk sapu.
"Malam ni pukul berapa? Bain Kia bersuara lagi
"Lepas maghrib ar kot.Kita kena cepat geng.Kalau tak berebut kita dengan geng Chap Raya.
Depa pun sakan gak chatting tu" Pian memberi cadangan.
"Ali,hang nak ikut tak?" Pian bertanya
Ali hanya mengangguk.Ali dari dulu memang tak cakap banyak.Ali dilahirkan sebagai pendiam.
Ali lebih suka menggunakan bahasa badan.Angguk dan Geleng merupakan bahasa badan yang paling kerap Ali amalkan.
Walaupun pada masa tu,kumpulan "Ahli Fiqir" tak nyanyi lagi lagu "Angguk - angguk, geleng - geleng".
"Ok malam ni ar.Hangpa jangan tak jadi plak.Yus! hang nak keluaq satgi hang panggil aku noh" Pian bersuara lagi
Pada malam itu,seperti yang di janjikan.Pian,Ali,Yus,Bain Kia dan Kamal pun tiba di lokasi yang dijanjikan.Di Cyber Cafe tepi Kedai Kawan.Hanya Bain Kia yang bermotorsikal ketika itu.Yamaha Sukan 100cc.Sebatu pun kawan - kawan dah leh cam itu motor Bain Kia disebabkan bunyinya yang mengancam.Dengan motor itu jugak la dia dan Ali pi ronda - ronda sampai Aloq Setaq.Dengan hanya berlesen "Agung' ketika itu,Bain Kia mmg tak kia.
Sejam selepas berada di Cyber Cafe...
"Pian,hang dapat banyak nombor telefon tadi?" Bain Kia bertanya
"Ada la sikit.tapi semua orang jauh - jauh.Sarawak pun ada aku dapat td" Pian membalas
"Hang dapat Kamal?" tanya Bain Kia.Tak tau pasal apa dia busy body semacam malam tu.Selalu tak macam tu pun.
"Malam ni xdak ar.Aku layan awek semalam ja.Aku setia beb..hehehe" jawab kamal.Berlagak dia sejak dapat awek SMKA Slim River ni
Awek tu plak melayan.Makin menjadi- jadi la si Kamal ni.
"Mana destinasi kita?" Kata Yus.Selalunya Yus la yang akan bersuara ayat ni.Mungkin dia dah tak sabaq - sabaq nak bergayut kot.
"Mana lagi! Public phone ar.Port besa kita.Tp ingat ar!.Sorang gayut setengah jam ja.Hangpa jangan nak overtime plak.
Sapa lebih masa,pasni kita jangan kawan?! setuju tak kawan- kawan?!! " Pian memberi arahan
"setuju!!!!!!!!!" sahut mereka semua secara serentak dan berjemaah
Depa pun mula membuat pergerakan.Tak perlu nak buka peta.Tak perlu nak ambik bearing.
Masing - masing dah expert dengan lokasi yang dibincangkan.
" Pian,hg curi line untuk aku dulu boleh? Aku dah janji dengan Rin nak call dia pukul 1000.La ni dah pukul 1005".
"Kalau aku tak call,dia tak mau kawan dah dengan aku dah.Boleh tak Pian? "Kamal bersuara seakan merayu.
Sapa - sapa yang tengok muka kamal masa tu, mesti rasa nak bubuh penampaq.Lagaknya mengalahkan kucing siam nak mengawan.
"Sapa Rin? oo...awek SMKA Slim River tu kan? Kemas hg Kamal.Ustazah hang ayat noh.hehehehe" balas Pian
"Mai nombor dia Kamal!Aku buat untuk hg"kata pian.Dalam masa yang sama pian mengeluarkan "peralatan" khas untuk kerja - kerja haram tu.
Dalam kumpulan remaja berkenaan,hanya Pian dan Ali yang mempunyai kepakaran tersebut.Kepakaran tersebut diperturunkan oleh Abing.
Abing pun budak SMKA Slim River dulu.La ni dah jadi Leftenan TLDM.
Baru saja kamal nak memegang gagang telefon.Tiba - tiba..................
"Kamu berlima!!!.Mintak IC!!! " seorang brader bersuara.
masing- masing kaget dan terpaku.....
"errr...kenapa bang?" Bain Kia bertanya sambil mencari- cari IC dalam poket seluaqnya.
Kawan - kawan Bain Kia yang lain pun meniru perilaku Bain Kia.
"kamu semua p Balai.Kami nak urine test semua sekali.Kot - kot ada yang hisap dadah " getus brader td
"pergh..polis rupanya.aduh!!! mati kalau mak aku tau ni" Ali bersuara panik di dalam hati.
Dupdap...dupdap..dupdap..dupdap...dupdap
Jantung masing - masing berdegup kencang.Mengalahkan orang lepas berlari 100m.
Setibanya di balai............
"eh..ramai lagi rupanya.aku ingatkan kita saja yang kena" Yus bersuara
"tu ar pasal...ha,tu budak kampung hang pun ada tu kamal" kata Pian.Lebih kurang 30 remaja melapor diri di balaipada malam itu termasuk mereka berlima.
"Perhatian semua sekali!!!.Apabila nama kamu dipanggil,Kamu amik bekas ni dan p kencing kat tandas belakang tu.lepas tu letak atas meja ni untuk di uji.paham???!!!! " sarjan polis memberi order.Tampak tegas sekali beliau.
"Paham Cik!!" sahut OKT beramai - ramai
15 minit kemudian......
Sarjan bersuara lg.
"Okay.nama- nama yg saya panggil ni.Sila tampil ke hadapan.Kamu disyaki positif dadah.
Yang tidak dipanggil boleh ambik IC dan bersurai.Terima Kasih atas kerjasama kamu semua."
" Mohd Nizam Bin Mat!!!!!!!!"
" Mohd Sabberi Bin Basiran!!!!!!!!!"
" Mohd Azmi Bin Mat Toron!!!!!!!!"
" Mohd Kamal Shah bin Shamsuddin!!!!!!!!!'
hah!!!!...Terperanjat bagai nak rak 5 sahabat berkenaan apabila mendengar nama ke 4 dipanggil.Kamal apatah lagi.Panik,trauma,fobia,kia semua ada dengan dia.Terasa bumi ini bukan lagi planet yang selamat untuk didiami.Tp beliau masih yakin yang beliau tidak bersalah.
Dengan penuh yakin dan bergaya,beliau keluar ke hadapan.
"Kamal,kamu orang mana? tanya polis lg
"orang kampung depan balai cik" balas kamal
"kamu hisap dadah ya kamal? tanya lg polis
"eh..mana ada cik...saya rokok pun x hisap cik" kamal menjawab.Agak riak dan takbur kamal menjawab.
Lain yang ditanya.lain yang dia jawab.Beliau masih yakin yang beliau tidak bersalah.
"X hisap? klu kamu x hisap.Xkan leh positif kot.apa2 pun kamu ke dalam dulu la!!" kata polis
"hah...mati aku dengan atta aku!!!" getus kamal di dalam hati.Air mata mula bergenang.Kulit kamal mula bertukar warna.Pucat punya pasal
"Kamal, kami p bagitau mak hg noh..pastu kami balik rumah la noh" Pian bersuara
"Ok" ringkas sekali jawapan Kamal.Nada suaranya sejinak kambing belaannya.
Malam itu malam yang bersejarah buat kamal.Selagi nyawa dikandung badan,selagi hayat diberikan tuhan,kamal takkan lupa malam itu.Malam tu dia merasa tidoq berbantalkan lengan, bertilamkan simen,bertiraikan besi.Kamal dah sebaris dengan penjenayah - penjenayah di Bagan serai.Kamal dah berada dalam kelas yang berbeza berbanding kawan - kawannya yang lain.Kamal memang outstanding.Hebat kamal pada masa tu.Sampai sekarang rekod kamal, masih bertahan.
Satu- satunya sahabat yang merasa duduk dalam lockup.hehehehe
P/S- Jangan ingat tak hisap rokok.x leh kantoi urine test tau? heheheh
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
P/S: peringatan utk rakan2 dan diri sendiri..hehe~
mana ada amik...kamal amik redbull ja..itu pun leh kantoi tau..hehe
hahahaha..saya isap rokok pn xpenah..wakaka..nk wt lagumn kantoi ngn geng kg dia gk...wakaka
tahniah penulis atas seni dn kisah kehidupan..
Tahniah kamal.. Bangga kami dengan hang.. Sebab x isap rokok
Post a Comment