Thursday, June 24, 2010

Tembikai

Selepas solat maghrib berjemaah di masjid sementara Dewan Serbaguna,Bagan Serai,Perak.Kelihatan 3 kelibat remaja menuju ke kenderaan masing- masing.Malam tu takdak program yang di anjurkan di masjid.Kalau ada kuliah fardhu ain Ustaz Siraj Wafer (Al-Fatihah) pasti remaja - remaja berkenaan stay kat masjid.Sungguh alim dan warak mereka ketika itu.
Sekarang pun mereka masih alim dan warak jugak.hehe

"Jan,jom ronda - ronda dulu la.Nak tunggu isyak pun lama lagi ni" kata Pian tatkala dah standy atas basikal mini berkosmet beliau.

"Best gak tu.Awat malam ni kita 3 orang ja ni? Mana p budak- budak lain? " Sahut Jan a.k.a Dollah.Jan merupakan remaja yang amat minat memancing.Sampaikan ikan temberas pun nak
di pancingnya.Sampai begitu sekali fanatik beliau terhadap memancing.

"Jom ar kita p dulu.Isyak satgi depa mai la kot" Kamal membalas sambil membetulkan lampu basikal beliau yang berwarna hijau.Memang nun Kamal ni.

Arakian,berlakulah pergerakan remaja - remaja soleh tersebut.........

Setibanya di belakang Kedai pisang.Jan secara tiba - tiba bersuara.

"Oit,ada tembikai ar!!!"

"Ya la.Nampak macam elok lagi tu" sahut Pian dalam riak wajah yang amat teruja tetapi mantain steady.

"Apa lagi wei.Ambik ar lekas.Lambat satgi,orang lain sapu kot!" kata Kamal.Kamal dengan tidak membuang masa terus mengambil tembikai berkenaan dan meletaknya di dalam raga basikalnya.Sangat tangkas dan cergas pergerakan Kamal ketika itu pasal masa tu beliau masih slim.

Semasa dalam perjalanan,remaja - remaja ini berdiskusi.

"Pian, mana kita nak makan tembikai ni?" Kamal bertanya

"Belakang masjid ar kot.Situ line clear beb.Bukan ada sapa pun" Balas Pian dengan yakin.

"Tapi nak belah tembikai ni plak masalah.Pisau takdak ni" Pian mewujudkan persoalan

"Kita p umah Kadiaq.Kita pinjam dengan dia " Jawab Jan memberikan solusi.Memang bernas sekali idea Jan ketika itu.Kadiaq ketika itu masih dianggap budak - budak pasal dia belum bersunat lagi.

Setiba di rumah Kadiaq...

"Kadiaq!!! Kadiaq!!! Kadiaq!!! remaja - remaja berkenaan memanggil sahabat mereka yang belum bersunat itu.

"Oit,apa cita?! " kata Kadiaq yang baru lepas makan nasik berlaukkan belut goreng hasil mengail bersama Ijai petang tadi.

"Kadiaq,pinjam pisau boleh? Kami ada jumpa tembikai tadi.Dok elok lagi beb" Kata Jan selaku Incharge pada malam itu.

"Ya ka? Boleh.boleh tapi takkan pinjam saja kot? Habuan aku takkan takdak?" Kadiaq bernada demand

"Jom ar sekali.Besaq buah tu.Kita 4 orang makan pun boleh lagi tu " Pian plak bersuara.

"Tunggu sat.Aku p pakai baju sat" sahut Kadiaq.Terkinja - kinja Kadiaq bergegas kembali ke rumahnya.
Selepas selesai segala urusan di rumah Kadiaq.Depa pun bergerak ke check point yang dipersetujui.

Di belakang masjid....

"Mana tembikai tadi? Mai sini aku nak belah" kata Jan

"Nah,nah" sahut Kamal sambil passing tembikai itu kepada Jan.Tembikai bertukar tangan.

"Nah,hang try rasa tengok Kamal!' Kata Jan sambil tangannya menghulur sepotong tembikai kepada Kamal.
Pian dan Kadiaq hanya memerhatikan secara terliuq tembikai itu dari tepi.

"Macam mana Kamal? Ok tak?" tanya Kadiaq.Dari riak wajah air mukanya,Kadiaq memang dah tak sabaq menunggu."

"DIA TAK BERAPA MANIS,DIA MANIS -MANIS BUAH!!!" Kata Kamal sambil menghempuk tembikai tersebut ke simen kaki lima masjid.

Kamal bersuara sebijik macam iklan asam prum kat tv tu.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Ke empat - empat sahabat itu ketawa serentak sambil membuat perilaku yang sama seperti Kamal ke atas bahagian buah masing-masing.

"Haram betul.Buah busuk rupanya.Patut la kedai tu letak kat luaq.Barua betul!! Kamal bersuara sambil mengelap mulut dan tangannya dengan baju Melayu Kadiaq.

Tiba - tiba...........

"Hoi!! Hangpa buat apa kat belakang ni!!!!???? Satu kelibat manusia kerdil kelihatan

"err...err...err....Kami makan tembikai pakcik" jawab Jan dalam keadaan terketaq - ketaq

"Habis kotoq belakang masjid ni.Hangpa bagi bersih balik!.Tak bersih,jaga hangpa!.Aku report kat mak pak hangpa!"

Rupa - rupanya kelibat manusia kerdil tadi adalah kelibat Pak Mat Kubuq.Beliau merupakan Siak Masjid yang mana kebersihan masjid berada di bawah portfolio beliau.Seingat - ingat Pian,Pak Mat Kubuq ni memang dah lama jadi Siak.Sejak dia mula kenal masjid lg.
Sampai la ni pun,beliau masih bertugas.Memang Otai dia ni.

Malam itu,remaja - remaja berkenaan berpahala lebih daripada jemaah lain.Bukan kerana mereka bersolat sunat.Bukan kerana bertadarus Al - Quran selepas solat.Bukan kerana mereka berzikir munajat.Di siang hari tadi pun mereka tak berpuasa sunat.
Tapi kerana satu ibadat yang amat jarang kita dengari.....

Bergotong - royong membersihkan kawasan masjid pada waktu malam.

No comments: