Kehidupan kanak - kanak di kuarters Jalan Raja Syed Thauphy agak sederhana.Membesaq di era 90an tanpa gajet amat menenangkan jiwa.Sekarang jalan ini dah dinamakan semula Jalan Said Tauphy.Aku tak tau sapa yang pandai - pandai pi ubah ejaan asal.Lokasi tepat kuarters ni adalah di tapak Market Bagan Serai sekarang ni.Dulu sini adalah tapak kuarters kerajaan.Seingat aku ada 3 baris jalan dan 4 baris rumah di kuarters ni.Macam aku , keluarga kami dok kuarters teres berkembaq dua.Jiran aku Pakcik Rahim dan Makcik Zaitun.Anak depa,aku panggil Siti dan Atan.Depa ada adik yang dipanggil Manja.Kalau nak kira kawan - kawan yang tinggal di sini memang ramai.Adik beradik Wan (Halim, Jalil,Kadiaq, Malek,Manan),Abdullah Jan,Amin,Arep,Puad,Yan,Zul, Yus Tomoko,Eli,Amin,Anuar Gemuk,Arwah Pon,Hafiz Sabran (Adik dia, Baizura merupakan bekas kekekasih Kadiaq),Yob,Arwah Bentayan,Yong, Ima, Rizal, Wan Belanga,Muhaimin robot,Pak Katib. Depan rumah aku Pakcik Usop dan Makcik Pah, anak depa ada 5 orang kalau tak silap.Yang besaq nama Jeli,Yoi, Ain.Seorang lagi masih kecil.Chor,Adha dan Chopiq anak Mat Jenon bukan orang kuarters.Pak depa kerja TNB/LLN.Cuma rumah depa sebelah ban (tali air) memang hampir benar dengan kuarters.Ishh ramai.Ini setakat yang aku ingat la.Pali? Pali dok tepi Jalan Besaq depan IPD Kerian tepi Klinik Veterinar belakang rumah Pali adalah kedudukan Kampung Depan Balai.Masa tu kami panggil klinik haiwan ja.Depan klinik tu ada pokok asam jawa.Aku dengan Kamal selalu panjat pokok tu dulu.
Menjadi kelaziman kanak - kanak di situ kalau di sebelah petang akan main di padang bola SRK Bagan Serai ( La ni dah bertukaq kepada nama S.K Jalan Matang Buluh- SEJAMBU).Padang sekolah tu kecil sahaja.Yang memisahkan padang itu dengan ban adalah parit.Aku ingat lagi di tepi parit tu ada keladi yang daunnya cukup besaq.Rasanya la ni aku tak nampak dah daun keladi besaq - besaq macam tu.Tepi padang tu ada kuarters guru yang diduduki oleh Cikgu Aziz dan Makcik Normah.Anak - anak Cikgu Aziz juga merupakan kawan - kawan kami iaitu A`a, Awa dan Akim.Sebagai budak - budak, musim permainan akan berubah -ubah ikut mood.Adakalanya main Rounders, kadang - kadang Tuju Kasut (Up grade jadi Tuju Tin),kadang - kadang Bola Cap, main lumba lari pun pernah.Namun selalunya bola sepak la menjadi pilihan.Bola kami pinjam dengan Cikgu Aziz.Pasal beliau merupakan jurulatih bola sepak sekolah.Seingat aku selalunya kami akan bermain dengan hanya menggunakan satu saja pintu gol dan gol itu pun bukanlah gol untuk bola sepak pun melainkan gol hoki.Untuk akses masuk ke padang ada 4 laluan iaitu: -
1) Melalui depan rumah aku.Parking tepi longkang depan rumah Pakcik Saad
2) Parking depan rumah Cikgu Aziz dekat dengan pokok jambu.
3) Melalui hutan ubi kayu depan rumah Makcik Nab.Jalan ni paling adventure pasal kena lintas parit secara lompatan pasal parit ni takdak titi.
4) Ini paling mudah adalah akses terus dari kawasan sekolah.
Waktu permainan ? Zaman itu harus la lepas asar.Semuanya akan bermula selepas itu.Ada satu kisah, bila mana kami bermain bola dan salah seorangnya adalah Pak Katib.Pak Katib seingat aku,dia ada sikit masalah pertuturan.Jenis cakap tak terus.Jenis lidah pendek.Namun beliau normal.Pak Katib ni nama aslinya Anuar.Mai mana Pak Katib pun aku tak tau la.Apa yang aku ingat adegan ni bermula dengan acan - mengacan antara Pak Katib dengan anak - anak Cikgu Azizi iaitu Awa dan Akim.Acan punya acan benda jadi panas la.Lalu Awa dan Akim pi report la kat Pak depa.Cikgu Aziz ni garang.Sangat - sangat garang.Aku ingat lagi.Suara dia sangat kuat.Kalau jerkah tu, sampai hujung padang boleh dengar.Tengah sedap kami dok main bola tu, tetiba Cikgu Aziz keluar dari rumah dan terus menjerit " Mana Pak Katib?! Pak Katin mana Pak Katib?!".Banyak kali juga dia jerit.Cering kami dengaq masa tu.Al maklum la masih budak - budak.
Menjadi langkah kanan Pak Katib,di saat jeritan pertama keluaq ja dari mulut Cikgu Aziz.Bola keluaq padang dan termasuk dalam semak.Pak Katib yang asalnya berniat mengambil bola itu untuk dibuat lontaran ke dalam langsung menyorok dalam semak.Lepas dia menyorok dalam semak, pelan -pelan dia berundur ke kawasan kuarters.Dalam masa yang sama jeritan terus kedengaran.Cekap juga Pak Katib ni mengatur gerakan.Permainan yang tadi agak rancak langsung terhenti dengan tiba - tiba.Takdak sapa berani sambung sepak bola.Nak bergerak pun pakat keras semua.Pak Katib terus memboloskan diri balik ke rumah.Namun ada satu lagi masalah.Basikal chopper Pak Katib tertinggal depan rumah Cikgu Aziz.Aduh!!!.
Seingat aku lama juga basikal Pak Katib tersadai di situ.Tiada siapa berani ambil.Nak cari kena jerkah dengan Cikgu Aziz.Lepas tu aku rasa Dir, Abang kepada Chor yang tolong ambil dan hantar.Selepas peristiwa itu, lama juga padang tidak beraktiviti.Pak Katib? Lama kami tak nampak dia lepas tu.Dia terus berkuarantin diri.Mungkin fobia dan trauma la agaknya.Aku rasa dia belah pi main dekat jalan baru kat Dewan Serbaguna.
No comments:
Post a Comment