dah masuk tahun 2023 ni, umuq pun dah nak masuk 40 dah.
rutin hidup pun lain sangat dah lani.
tiap pagi antaq awang pi sekolah, aku akan
bersembang ngan dia,walaupun jarak perjalanan tu adala 3 minit ja. tiap kali
antaq awang,tiap kali tu la aku akan teringat diri aku sendiri masa umuq
dia.masa belum sunat lagi. awang lain la..dia takdan masuk darjah satu steady
dah pi sunat. takdak can aku nk gempaq dia sunat guna kapak..luck betoi
awang.
tiap kali ujan pagi mereputla dok beratuq nak
masuk pagaq sekolah antaq anak,sebab buleh kata semua parents antaq naik reta,
termasuk la aku pun. awal tahun 90an dulu,nak tengok reta beratuq camni memang
payah la,yalaa zaman tu bukan semua orang mampu beli reta. so, tiap kali tengok
kawan-kawan yang mak pak antaq naik reta aku rasa kagum,mesti syok kan dok
dalam reta, ada ekon pulak tu...aku klu nak rasa ekon zaman tu kena pi pasaraya
Kedai Kawan kat pekan. ah..Kedai Kawan, kedai paling heaven sebelum Arisun
muncul kat bagan serai.
kalau hujan lagu ni, memang aku ngan
abang-abang aku akan pakai baju hujan kaler kuning tu...kayuh gak dalam hujan
nak pi sekolah nak elak baju lencun. kerjaya pak aku sebagai bomba ni tak buleh
nak manja sangat anak-anak dia dalam bab lagu ni, dah dia reja bomba, dia lebih
diperlukan orang awam. pi la kot mana pun, janji kami semua mesti pi sekolah.
setakat hujan, apa la sangat, sedangkan masa ayaq pasang besaq sampai bilik
ayaq rumah aku dulu pun masuk ayaq still kami pi sekolah cam besa...apa
adahal?nasibla rumah aku pun tak jauh mana ngan sekolah,jauh lagi sekolah awang
kalau nak banding ngan aku.
dulu mengkalakata pagi hujan tapi masa balik
sekolah tu dah tak hujan, mau berejam jugak nak sampai ke rumah sambil dok
meniti tepi longkang dok main racing boat daun.kalau kena hari last sekolah,
dalam hujan lebat pun randuk sebab tau dah buku tak basah,beg waterproof
kot..kasut basah takpa,nanti wiken basuh laa..apa susah. yang penting buleh
main hujan. kalau weekend hujan letakla kasut belakang peti ais, nanti kering
laa...
tapi zaman lani aku nak bagi keseronokan lagu tu kat
anak aku, aku tak yakin ngan environment..manusia tak buleh pecaya. depa nak
main kat luaq pun mesti depan mata aku punya. manusia jahat ramai sangat
lani.
biasanya bila dah balik dalam lencun lagu tu,
kadang-kadang mendapat jugak habuan dari mak aku,sebab pulun main hujan. tapi
kalau balik tu mak aku pun dok basuh tangga guna ayaq hujan...biasanya tak kena
papa la..sebab konpem aku akan offer teruih nak tolong basuh tangga jugak..dapat
main hujan lagi. rumah aku ada port ayaq pancuq turun..so..kalau masa ujan
lebat..ayaq pancuq tu rasa macam ayaq terjun bila kena kepala...nasib tak baik
buah pelam pun buleh kena atas kepala,aku tak pernah kena laa...aku hero
kot.hmmm..
dan dan terasa teringin nak main ujan balik
lani..tapi kalau aku main ujan..princess jelita mesti meraung nak ikut...aku
tak buleh..aku kalah teruk ngan dia...so..aku abaikan dulu la main hujan tahun
2023 ni...tunggu princess jelita besaq sikit laa...