Tuesday, July 31, 2012

cerita bulan posa

10 siang hari terakhir bulan syaaban adalah antara masa-masa penting bagi menghadapi ramadhan..biasala...bulan ramadhan ni bulan umat Islam berposa wajib..jadi..pelbagai persediaan dari segi mental, fizikal dan material dan juga manpower perlu dijalankan...haa...begitulah kehendaknya persediaan remaja flet ni nak sambut ramadhan...

sebenaqnya aktiviti ni bukan tak buleh buat time bulan posa...cuma kalau buat time bulan posa, maka..pekerjaan mengushar awek dan cikaro kat bazar ramadhan bila nak buat?sapa nak pi melantak nasik kat masjid jamek time berbuka posa?itu semua jadual wajib bulan posa..tak leh ganggu..tambahan pulak malam-malam beri'tikkaf, bertarawih dan berqiamulail...hah..kan penuh dah jadual masa bulan posa...lagipun..kalau bulan posa la baru nak plan..itu dah terlambat...kalau terlambat maksudnya gagal..bila gagal..maka...syaaban tahun depan baru buleh plan balik...haaa...nampak tak natijahnya kegagalan dalam merancang pada 10hari terakhir bulan syaaban tu?

jadi preparation yang perlu dilakukan adalah...

1. mengenalpasti kawan-kawan bagi tujuan manpower...

2. selalunya memang dah ada kutu yang pi spy awai-awai dah port yang clear..dan juga port untuk raw material kata mat saleh batu feringghi

3. pergerakan dilakukan pada hari terakhir bulan syaaban bagi tujuan pengambilan raw material.

4. malam tu pi masjid terawih pastu ada meeting kecil-kecilan ajk pusat...antara agenda meeting adalah...

- 4.1. 'woi..confirm ka kat ban projek kita tahun ni?'
- 4.2. 'ni nak guna tin saiz besaq mana ni?hat kecik ka hat besaq?rumah aku tin dumex ada laa'
- 4.3. 'wei...ni nak collect sorang berapa ni?'
- 4.4. 'sapa nak pi beli brang-barang ni?'
- 4.5. 'wei..sapa-sapa pi tanya depa lain nak join ka dak?kalau nak join collect gak ngan depa...yuran kehalian habaq depa'
- 4.6. 'ok..semua setuju naaa..15 hari posa baru stat naaa?'

haaa...begitulah kiranya boleh dikatakan meeting yang berlaku...ditangguhkan selalunya kat kedai makan narathiwat..

tapi..satu ja kurang budak-budak flet ni hat dah lama gua tengok...yakni...disiplin dalam melawan nafsu dan amarah dalam bab ni ja laa...tatkala baru ja buat terawih 8 rakaat malam kedua dah ada kutu sound...

'woi..jom test meriam kita malam ni mau?semalam aku dengaq budak-budak belah matang jelutong dok main..deras habaq hang meriam depa..takkan kita nak dok sengap jaaa...?'

15 ramadhan kunun baru nak start...puuiii!!!

malam kedua dah bergegaq tanah ban sebab depa ni main meriam buleh versi moden...-yakni menggunakan palong (gelung ayaq hat konkrit) dan jugak tin susu (mengikut saiz gelung) dan kabaid...dan keberanian dan kecekalan hati yang tinggi...kalau dah jenih pentakut hangpa pi main mercun pop...tak pun bunga api besi..tak remaja langsung!

Friday, July 13, 2012

review filem Mael Lambung, Filem Jiwa Taiko and Filem Chow Kit

semalam, gua baru amik cerita melayu dengan kawan gua, movie melayu laa...bukan klip 3gp melayu, cerita Chow Kit, Jiwa Taiko ngan cerita yang paling di tunggu-tunggu la sangat..Mael Lambung.
yaa..yaa...gua ngaku, gua tak tengok kat pawagam ataupun astro first ataupun beli dvd ori...tapi tetap gak gua nak komen cerita yang gua tengok ni sebab ianya telah menambil masa hidup gua.

review cerita 1: Chow Kit

cerita yang bagi pendapat gua, sangat bagus, part I tu cam ada elemen cerita City Of God punya movie. bahasa percakapan yang santai and kool.walaupun ada dialek kelantan yang tak berapa betoi..berlatar belakangkan dunia gelap kehidupan manusia kat chow kit, filem yang mudah dihadam dengan pelbagai mesej sosial yang sedang terjadi kat mana-mana pun kat dunia ni.
filem ni banyak elemen kekeluargaan, percintaan dan kasih sayang dan yang paling penting, realiti kehidupan dari bukan kaca mata intepretasi sosial yang biasa. walaupun aksi budak-budak membelasah perogol kanak-kanak tu tak berapa nak city of god sangat, gua masih berpuas ati, gua puas ati ngan watak-watak pelakon yang baru first time gua tengok. filem yang menceritakan realiti hidup manusia yang kita selalu pejamkan mata dengan kewujudan depa. good job!!filem melayu wajib tonton bagi tahun 2012.

review cerita 2: Jiwa Taiko

cerita sejam lebih ni gua cuma tengok dalam masa 25 minit ja. tu pun gua skip-skip. sebab gua rasa macam cilaka...ni cerita samseng gengster ka cerita cinta sampah?
dan gua memang tak tau cerita ni ending lagu mana, sebab gua cuma fokus 25 mint ja sebelum gua delete file cerita ni dari hard disk gua. gua konpius, ni cerita berdasarkan masyarakat malaysia ka, cerita masyarakat latin kat new york? cerita yang gua tak leh nak hadam langsung sebab banyak sangat aksi bercinta darui aksi bergaduh. mula-mula gua agak kagum la part si Bobby G lawan ngan agus ngan elang, nampak agak kool. tapi yang gua pelik, apa jadah samseng legend naik RXZ sebelum kena tangkap ngan polis?lagi satu, komuniti wira cinta ni pusat pendidikan hippies ka apa?btw, lancau apa besaq-besaq nak main nenek kebayan lagi, gua last main menda camtu masa sekolah rendah, tau dak?jahanam betoi!! lagi satu, pasaipa kalau cerita samseng mesti nak guna 'gua lu' tak leh ka wat dialog 'aku ko' 'kawe demo' aku hang ' ka...lancau hapa...apa ingat semua gangster hadam nak cakap gua lu ka? lagi satu, budak-budak wira cinta ni reja apa asyik dok perabih masa kat situ ja..satu ja realiti hidup dalam cerita ni...iaitu idup bergaul bebas laki pompuan, semayang tak tinggal...lu peluk dakap cium laki pompuan. semayang tak tingal...wakakaka!!!rugi la sapa pi tengok cerita ni...dari dia buh tajuk jiwa taiko, baik buh tajuk..cinta Taik O...babi...bersetubuh lagi banyak dari bertumbuk. lagi bagus cerita epic Ben Hur or the 10 Commandments dari cerita dakyah sesat camni. filem wajib lupus tahun 2012.

review cerita 3: Mael Lambung

cerita yang gua baca reveiew kat mana-mana pun semua pakat kata enjoy, seronok, ketawa pecah perut dari awal sampai abis. itu yang orang kata... yang gua sendiri tengok.. ada beberapa babak ja yang buat gua tersenyum..ok..tersenyum sahaja...bukan ketawa terbahak-bahak..ekspektasi gua ngan cerita ni sangat tinggi disebabkan watak mael lambung tu sendiri, satu watak yang dah establish...tapi..lu orang yang belum tengok, amik kata camnila...masa apek mula-mula belakon dulu..aaa...camtulaa..cam dah buleh bajet dah apa yang si zizan ni nak buat...maksud gua apa watak mael ambung ni sebenaqnya...dan satu lagi...vavi apa kat ganu orang tak cakap ganu..cakap key hell!!?dafuq!?kamon laa...tah laa..rugi sejam lebih masa gua tengok cerita ni..and opis si maria si perisik kerajaan tu..sekali gua tengok cam prop budak-budak SRK Bagan serai buat ja tahun 1996 dulu. stended bandar-bandar kotak dalam cerita ultraman Ace..dafuq!!!?jimat kos ka bang?gua tak tau la tang mana yang orang kata best lawak gila cerita ni...bagi gua..gua tengok Pendekar Bujang Lapok or Lawak ke Der berulang kali gua boleh gelak terbahak-bahak lagi*tu kalau nak kata gua tak dak sense of humour yang tinggi laa kan* tapi cerita Mael Lambung ni...gua senyum jaa...lagi bagus tengok cerita Karak..cerita serius yang boleh wat gua gelak gak untuk endingnya...btw..cerita Karak berganda lagi bagus dari cerita SAMPAH MAEL LAMBUNG. muvie ni...emmm..bagi gua...haram download untuk ditonton..apatah lagi membeli tiket ataupun melanggani astri first. buang masa...buang duit...rugi bandwith.

Thursday, July 12, 2012

gua lambat post...chaittt!!!!

Lepas SBPA keluaq...

macam harrom tahap cilaka penjawat awam memaki hamun kat blog CUEPACS..

patutla exit policy SBPA perlu diperkenalkan..

sebab ramai sangat penjawat awam main tenet time opis hour...

sebab ramai sangat penjawat awam baca blog time opis hour...

elok sangat la tu..

melayu tertinggal ke belakang salah kan yahudi..salahkan freemason, salahkan illuminati..

perkhidmatan awam kejat salahkan PTD..nice!

itu la sikap penjawat awam majoritinya adalah melayu..senantiasa menyalahkan orang lain atas kekhilafan diri sendiri..

patutnya..tengok pada yang lebih tak bernasib baik..

yang dapat kurang dari kita, tapi kita selalu nak bandingkan diri kita ngan orang yang lebih atas dari kita...

it's good if you can change it to motivation..but most of us...change it to hatred..prejudice..

bagus la orang-orang Malaysia ni..

masa awal-awal mintak reja ngan gomen, bila interviewer tanya...

'awak ada degree ni..kenapa mintak jawatan kerani?rugi tau tak?'

'takpa la encik..saya redha..saya nak cari rezeki yang halal, lagipun blaa..blaa...reja payah...bla..bla...ada anak bini...bla..bla..blaa..nak bayaq hutang PTPTPU..'

tapi bila da diserap masuk..

'cilaka..aku pun ada degree gak..aku pun ada master gak...tapi gaji aku sikit gila..tengok gaji PTD..blaa...blaa..blaa...'

itulah sikap manusia..

heh..

tungu la aku jadi interviewer balik nanti..

siapla lu orang..

Tuesday, July 10, 2012

Filem yang merosakkan emosi gua

menonton movie adalah satu keseronokan gua di waktu lapang gua, ataupun time gua nak tido..

memang gua ada koleksi muvie yang gua sorang ja kagum,yamg mana kebanyakannya cerita perang..hewhewhew...

lani pun bersepah dah orang pakat buat muvi..tapi, terdapat beberapa movie yang memusnahkan memori gua masa kecil..dan gua tak kagum pun bila menda jadah camni terjadi..list seperti di bawah..

1. Transformers trilogy

Ini adalah kebabian yang paling jelas menghancurkan memori gua masa kecik. dulu masa gua kecik, bumblebee adalah sampah...optimus adalah yang paling kool sekali. mana ada budak zaman gua yang rasa bumblebee itu hero?chaittt!!!!
banyak sangatla yang gua tak puas hati ngan filem ni...gua lagi suka megatron jadi pistol dari jap-jap dia jadi fighter..jap-jap jadi lori...bertambah kesampahan!!!da paling gua marah...apa jadah megan fox tak jadi heroin?

2. Dragon Ball Evolution

Marah gua tengok cerita legend ni,dulu gua pernah hampir bertumbuk ngan classmate gua semata-mata nak baca buku dragon ball no 32. sekali keluaq dia punya movie..macam sireh!!!! menyirap gua tengok.

3. Storm Warrior

Frust gua tengok cerita ni..tak macam Storm Riders...kadang-kadang gua rasa cam tengok cerita 300 lak...

4. King of Fighters

Dulu masa Playstation baru menjejak kaki kat bagan serai, gua kerap sangat main game nih..pejam mata ja gua main game ni.tambah-tambah kalau gua pakai Iori Yagami ngan Kyo Kusanagi..gua punya la eksaited depa buat filem game ni...tapi..sekali keluaq..gua tengok 15 minit ja..babi apakah penulis skrip cerita ni?dulu kecik-kecik main brick game ka apa?vavi!!!

5. Tekken

lagi bangsat cerita ni dari Tarzan X. ingat senang ka nak master main game ni?siriesli fakap movie ni...sama bangsat ngan filem razak mohaideen.

6.DOOM

kalau ada kutu yang start kenai first person shooter tu dah kenai Counter - Strike, maybe lu orang memang kata best..tapi...jejaka cam gua yang ada sentimental value ni..gua rasa filem ni...eemmmmm....razak mohaideen.titik.

7. Ombak Rindu

Vavi..sapa masukkan list ni dalam post gua?jilaka!!!haram di hard disk gua cerita tahyul camni.

btw..

pian..congratz sebab dah jadi laki orang..