1997
Masa ni aku dah masuk form one,
kelas aliran arab kat SMK Abu Bakar Al Baqir,masuk KAA menuruti abang kedua aku
yang ngaji kat situ. Dia pengawas, aku disiplin tinggi jugak tapi belum jadi
pengawas.
Cuma pagi ni tetiba otak aku
cargas menuju ke satu titik memori dalam hidup aku,dalam tahun 1997, yakni Hari
Penyampaian Anugerah SRK Bagan Serai, yang mana la ni depa bagi singkatan
Sejambu..apaan sejambu sih..tak kena langsung ngan karekter alumni..maybe lani
kena la kot sebab kawasan sekolah tu dah terlalu moden,tiada hutan belukar,takdak
dah buleh tengok family babi hutan keluaq waktu maghrib korek padang SMBS.
Aku tak ingat berapa ramai yang
kena jemput pada hari tu,untuk terima Anugerah pelajar Cemerlang UPSR yakni
yang dapat 4A. selama aku ngaji situ, nombor dalam kelas aku paling rendah pun
no 3 laa dalam kelas Ikhlas..kelas paling pawer kat SRK..
Cuma hari tu yang patut jadi hari
happy aku, aku jadi agak terkilan sikit, and kalau aku buleh tulis lagu
ni,maknanya rasa terkilan sebagai seorang budak umuq 13 tahun masa tu aku bawak
sampai aku ada anak 3 dah la ni.
Seingat aku, majlis berjalan lancar
elok..aku pun tak nebes langsung naik pentas amik Anugerah sebab tiap-tiap
tahun dari darjah satu aku memang naik pentas. Memang reja rutin aku,aku tau
dah protocol nya,nak berenti tang mana, masa bila nak senyum tengok
kamera.semua dalam kepala dah.
Bila abes sesi majlis tu, ada
kalangan cikgu-cikgu yang mai ucap tahniah kat kami and pakat tanya buleh sekolah
mana. Lutfi ke Alam Shah, Yasser MCKK, Pak Joi ke STAR Ipoh,and buleh kata
semua pakat masuk SBP la..paling cikai pun masuk SMKA.
Aku bukan takdak tawaran pi SBP,
aku dapat jugak tawaran pi SMKA Slim River,tapi aku yang takmau pi. And aku
pilih stay kat bandaraya Bagan Serai. Mak pak aku okay jaa..cumanya, bila kena
turn aku cakap aku sambung KAA kat SABAR, ada segelintir cikgu yang teruih macam..
‘ooooh…SABAR’
Pastu berlalu seperti angin
petang yang menyapu muka masa buleh karau temekung kat sungai belakang kampung
kamal.
SADIS
Nampak beza bila depa bersembang
ngan geng-geng hat masuk SBP, nampak depa ceria bersemangat dan bangga. Aku tak
mengharap layanan yang Istimewa pun, yalah, aku walaupun top 3 dalam SRK tu,
aku bukan pelajar popular, bukan budak sukan, cuma pernah wakil sekolah masa
darjah 6 dalam hoki main kat SK Sungai Bogak. Tu jaa..lain-lain memang aku tak
menonjol. Bukan pengawas, bukan ketua kelas, sekadar pelajar biasa yang pi
sekolah dan buat aktiviti kampung ja.
Dalam keadaan depa sedang
bergembira ngan cikgu-cikgu, aku teruih pi kat basikal aku, letak hadiah dalam
raga, aku kayuh balik rumah. Aku memang terkilan masa tu, jiwa budak yang baru
nak masuk alam remaja, rasa ternampak kasta di mata depa.
Fast forward, aku bersekolah kat
SABAR, sekolah menengah harian tu pun banyak mengajaq aku erti berdikari, erti bersahabat,
keindahan ponteng kelas dan kerisauan ponteng sekolah. Rezeki masing-masing atas
usaha sendiri, dan kejayaan tu sebenaqnya bukan boleh diukuq dari mana hang
bersekolah.
Papun, aku bersyukur aku pi dok
SABAR, kehidupan remaja aku banyak mencorak cara aku bawak hidup aku bila aku
masuk matrik PJ. Walaupun tu first time aku dok asrama, aku reti bawak diri,
pilih kawan yang sesuai. Nak kata kawan hat betoi jalan dak jugak..ke laut
dalam jugak kelaku.
Pada masa yang sama aku tak hilang
kawan-kawan yang membesaq masa aku dari darjah satu. Aku syak hidup aku akan
jadi lain kalau aku masuk SBP dulu. Aku takkan ada dalam garis hidup budak flet
began serai.
ALHAMDULILLAH.
Khalas!